PROGRAM NILAM

( NADI ILMU AMALAN MEMBACA )


 

SEK. MEN. KEB. AGAMA NIBONG TEBAL

 

PENGENALAN :

NILAM ADALAH PROGRAM SEPANJANG TAHUN PERSEKOLAHAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 13/1998, 22 MEI 1998)

PROGRAM INI DIPERKENALKAN OLEH BTP MELALUI BTPN PULAU PINANG KEPADA PELAJAR SEKOLAH PADA TAHUN 1999.

PROGRAM INI DIJALANKAN BERSAMA-SAMA PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DAN BOLEH DISERAPKAN DALAM SEMUA AKTIVITI.

IA TIDAK MEMBEBANKAN GURU MALAH MENJADI PEMANGKIN MEMUDAHKAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KE ARAH PENCAPAIAN AKADEMIK YANG CEMERLANG SERTA TERBINANYA BUDAYA MEMBACA.

NILAM JUGA BERTUJUAN UNTUK MENGATASI MASALAH-MASALAH YANG MENGHALANG PENYUBURAN TABIAT MEMBACA DI KALANGAN WARGA SEKOLAH.

TABIAT MEMBACA YANG BERTERUSAN MERUPAKAN CIRI UTAMA MASYARAKAT BERBUDAYA ILMU BAGI MEMBINA DAN MEMARTABATKAN BANGSA YANG KEKAL BERTAMADUN .

NILAM TURUT DISENARAIKAN SEBAGAI SATU AKTIVITI YANG WAJIB DILAKSANAKAN OLEH SETIAP PELAJAR KERANA AKTIVITI INI MERUPAKAN PENYUMBANG MATA DAN KELEBIHAN UNTUK PELAJAR MENJEJAKKAN KAKI KE INSTITUT PENGAJIAN TINGGI, MRSM DAN SEBAGAINYA .

 

MATLAMAT :

Membina tabiat membaca yang berkekalan di kalangan pelajar bagi menyokong misi dan visi sekolah..

OBJEKTIF :

Menambah bilangan pelajar dalam Tahap Jauhari dan Tahap Rakan Pembaca.

Menambah bilangan anugerah dalam Tahap Jauhari.

Menghantar sekurang-kurangnya 10 orang calon Anugeran NILAM ke peringkat negeri setiap tahun.

Menjadikan semua warga sekolah berbudaya ilmu melalui pembacaan dan mengamalkan hobi membaca.

Menjadikan pelajar berilmu pengetahuan luas dan menyumbang dalam peningkatan pencapaian kurikulum & kokurikulum serta membentuk sahsiah yang baik.

Menggalakkan guru-guru terus menjana idea, kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca dan mengamal konsep pembelajaran sepanjang hayat di kalangan warga sekolah.

3 ELEMEN PROGRAM :

REKOD MEMBACA :

Setiap murid merekodkan buku yang dibaca dalam Buku Rekod Membaca NILAM.

Keratan rencana terpilih dibukukan dan dikira sebuah buku khas dengan tajuk sendiri yang sesuai.

PENGESAHAN PEMBACAAN :

Guru mengesahkan rekod bacaan murid dan merekodkan data pencapaian NILAM pelajar di dalam borang yang disediakan.

PENGIKTIRAFAN :

Pencapaian tahunan dicatatkan di dalam Buku Rekod Kemajuan Murid pada akhir tahun.

Pengiktirafan mengikut tahap pencapaian diberi dalam Majlis Ihtifal Sekolah dan Sijil Berhenti Sekolah.

 

 

 

 

 

TAHAP PENCAPAIAN :

TAHAP JAUHARI

§

Membina kemahiran dan minat membaca sehingga terbina satu tabiat.

§

Murid wajib mengikuti aktiviti galakan membaca

§

Meminjam buku melalui perpustakaan dan lain-lain sumber.

§

Mulai dinilai dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima.

§

Pengiktirafan dikira mengikut jumlah buku yang telah dibaca.

Jumlah bacaan / Buku

Pengiktirafan

72 - 143

Jauhari Gangsa

144 - 215

Jauhari Perak

216 - 287

Jauhari Emas

288 ke atas

Jauhari Nilam

TAHAP RAKAN PEMBACA (RP)

§

Kebolehan murid membimbing dan menarik minat RAKAN LAIN supaya suka membaca.

§

Pelajar layak memasuki tahap RP Setelah membaca 100 buah buku.

§

Murid-murid dibimbing oleh guru secara kumpulan melalui bengkel dan tunjuk cara.

§

Buku yang dipinjam dari Perpustakaan atau sumber lain akan dipinjam kepada rakan-rakan.

§

Markah akan diambil kira mengikut penglibatan aktiviti, bilangan pinjaman, pendengar dan pembaca.

Markah

Pengiktirafan

100 - 199

RP Gangsa

200 - 299

RP Perak

300 - 399

RP Emas

400 ke atas

RP Nilam

Contoh Aktiviti Rakan Pembaca (RP)

Markah

Bercerita, syarahan, pidato, lakonan, berpuisi

5

Meminjam buku kepada 3 orang kawan / membaca bersama

3

 

5

 
 

PERANAN GURU TINGKATAN / GURU MATAPELAJARAN / GURU PEMBIMBING :

Mewujudkan sudut bacaan kelas

Membantu dalam pemilihan bahan bacaan, mencadang, mempromosi dan mengedarkan buku bacaan kepada para pelajar

Menggalakkan dan membimbing murid membaca buku- buku fiksyen

Memastikan pelajar merekod setiap bacaan mereka

Memastikan pelajar mencapai tahap pembacaan yang telah ditetapkan untuk mendapat pengiktirafan

Membuat pinjaman pukal buku dari Pusat Sumber Sekolah

Menyemak dan merekod data bacaan pelajar setiap bulan untuk diserahkan kepada Setiausaha NILAM

Menyimpan dan mengemaskini rekod bacaan pelajar di dalam komputer di Bilik Guru (softcopy) dan di dalam folder yang disediakan setiap bulan.

Mengesah dan menandatangani Buku Rekod Bacaan pelajar

Mengenal pasti dan melapor pelajar yang tidak mencukupi jumlah pembacaan sebulan dikenakan tindakan demerit (tidak kurang dari 4 buah buku setiap bulan)

Menerapkan aktiviti Rakan Pembaca secara kreatif di dalam pengajaran dan pembelajaran

Memastikan pelajar yang yang layak sebagai Rakan Pembaca merekodkan aktiviti Rakan Pembaca di dalam Buku Rekod Rakan Pembaca

Menyerahkan Buku Rekod Rakan Pembaca kepada Setiausaha NILAM setiap akhir bulan.

  

PERANAN MURID :

Membaca buku sebanyak yang mungkin

Menentukan bahan bacaan yang dibaca itu direkod secara sistematik mengikut format yang disediakan supaya layak dicalonkan ke peringkat negeri dan kebangsaan

Mendapat bahan bacaan dari pelbagai sumber

Mencapai tahap pembacaan yang telah ditetapkan untuk mendapat pengiktirafan

Menjadi Rakan Pembaca yang layak dan berkeyakinan.

Merekod aktiviti Rakan Pembaca di dalam Buku Rekod Rakan Pembaca yang akan diberi oleh Setiausaha NILAM jika layak.

 

AKTIVITI-AKTIVITI SOKONGAN ANJURAN PUSAT SUMBER SEKOLAH

(setiap hujung April, Julai, Oktober)

Cabutan bertuah : bagi setiap 10 buah buku dalam sebulan melayakkan pelajar untuk mengisi borang cabutan bertuah di Pusat Sumber. 10 buah hadiah cabutan bertuah akan diberikan sewaktu perhimpunan pagi.

Pembaca Buku Terbanyak : diumumkan setiap tiga bulan beserta hadiah.

Kelas dengan Peratus Pembaca Terbanyak : diumumkan setiap tiga bulan beserta hamper.

Anugerah Guru NILAM Terbilang : diumumkan setiap tiga bulan beserta hadiah.