PERATURAN PUSAT SUMBER


 

  PERATURAN PENGGUNAAN PSS UNTUK GURU

 

 Guru perlu mengisi buku penggunaan  bilik semasa menggunakan bilik Pusat Sumber (Perpustakaan, Bilik tayangan dan bilik khas yang lain) 

 

 Guru pengiring perlu mengawal disiplin  murid di dalam bilik Pusat Sumber.

 

 Sebarang tempahan penggunaan bilik perlu dibuat sekurang-kurangnya sehari sebelum hari penggunaan.

 

 Semua peminjaman bahan dan buku perlu dibuat dengan Pengawas Pusat Sumber bertugas atau Guru PSS.

 

 Guru-guru perlu memastikan semua suis ditutup dengan elok dan bilik dikunci  selepas waktu akhir persekolahan. 

 

 Guru perlu mengawasi dan mengurus pinjaman & pulangan buku murid semasa aktiviti Nilam diadakan. Bagi kelas yang ada Pengawas Pusat Sumber, serah kerja ini kepada mereka.