PERATURAN PENGAWAS
 

 

PERATURAN PENGAWAS PUSAT SUMBER< xml="true" ns="urn:schemas-microsoft-com:office:office" prefix="o" namespace="">

PUSAT SUMBER AL-KAUTHAR, SMKA NIBONG TEBAL

 

1.                  Berpakaian seragam Pengawas Pusat Sumber sekolah yang lengkap dan kemas seperti yang tlah ditetapkan

 

2.                  Menepati waktu bertugas di pusat sumber :

HARI

MASA REHAT 1

MASA REHAT 2

ISNIN – JUMAAT

9.50 – 10.10 pagi

11.00 – 11.20 pagi

3.30 – 4.45 petang

SABTU

9.00 pagi  – 12.00 tengahari

 

3.                  Pengawas Pusat Sumber bertanggungjawab sepenuhnya semasa berada di Perpustakaan dan Bilik Media  pada bila-bila masa.

 

4.                  Berjumpa dengan Guru Pusat Sumber sekiranya tidak dapat hadir untuk melaksanakan tugas pada hari yang ditetapkan.

 

5.                  Sentiasa mempunyai sahsiah diri seperti jujur, amanah dan berakhlak mulia serta kesungguhan, dedikasi, berpersonaliti serta bertanggungjawab dalam menjalankan tugas tanpa menyalahgunakan kuasa.

 

6.                  Menjalankan tugas yang diamanahkan sama ada sebagai pengerusi, naib pengerusi, setiausaha, bendahari, ketua harian atau pengawas biasa dengan baik seperti yang dinyatakan dalam senarai tugasan.

 

7.                  Melakukan kerja-kerja rutin seperti menyapu dan membuang sampah, menyusun kemas buku dan akhbar di rak-rak, membuang habuk di semua meja dan ruang pameran bahan dan seumpamanya sebaik sahaja memasuki perpustakaan dan bilik media.

 

8.                  Pengawas Pusat Sumber yang bertugas pada bahagian kaunter hendaklah memastikan urusan peminjaman &, pemulangan bahan secara sah, merekod pengguna perpustakaan pada waktu prep dan tugas-tugas  yang berkaitan dengan kaunter berjalan dengan lancar.

 

9.                  Ketua harian perlu memastikan semua suis ditutup serta semua pintu pintu dan tingkap dikunci dari dalam. Semua Pengawas Pusat Sumber perlu keluar secara serentak apabila tamat waktu bertugas.

 

10.              Tidak memberi keistimewaan kepada rakan-rakan ketika di perpustakaan seperti melepak, membuat bising, merosakkan harta benda dan menggunakan kemudahan perpustakaan sesuka hati.

 

11.              Melaporkan kerosakan bahan, alat, label, perabot, karpet dan sebagainya kepada Pembantu Pusat Sumber atau mana-mana Guru Pusat Sumber.

 

12.              Mematuhi peraturan peminjaman buku iaitu 2 buah buku untuk tempoh 1 minggu.

 

13.                Melaksanakan arahan-arahan yang diberi dari semasa ke semasa.