LAPORAN AKTIVITI 2008

PUSAT SUMBER AL-KAUTHAR


 

'EARTH DAY'

 

Tajuk

 

 

'Earth Day' / 'Hari Bumi'.

Pusat Sumber Al-Kauthar 2008

 

Disediakan untuk 

 

Unit Aktiviti Pusat Sumber Al-Kauthar, SMKANT

 

Disediakan oleh

 

Penyelaras Aktiviti, Pusat Sumber Al-Kauthar

 

 

Tujuan 

 

Memupuk rasa hormat dan kasih terhadap bumi dan alam

 

Rasional 

 

Bersempena Hari Bumi, program ini dirancang sebagai simbol penghargaan dan kasih sayang terhadap Bumi yang kita diami

 

Objektif

 

  • Melahirkan bakal kreatif murid menghias pokok untuk tujuan pembelajaran @ pokok NILAM 
  • Mengumpulkan dana Pusat Sumber melalui pengagihan pokok kepada setiap kelas 

 

Tarikh / Tempat

 

Mei 2008 / Semua bilik darjah SMKANT                                   

                                                                                                                                                                                                                            

 

Sasaran

 

Semua pelajar SMKANT

 

 

Kaedah Perlaksanaan

 

  1. AJK Keceriaan setiap kelas diberikan  sepasu pokok
  2. Setiap kelas perlu menjaga pokok sebagai simbol menghargai 'BUMI'
  3. Setiap kelas perlu menyumbang RM5.00 untuk dana PSS
  4. Kelas perlu membayar RM10.00 jika pokok 'mati' 

 

Anggaran Kewangan  

 

Pokok hiasan RM 3.00 / pasu X 30 kelas = RM  90.00

Pengangkutan                                          RM 100.00

Jumlah                                                     RM 190.00

 

Disediakan oleh 

 

Pn. Nor Azurawati Ahmad Zuhdi

Penyelaras Aktiviti

Pusat Sumber Al-Kauthar 2008

 

 

'GURUKU SAYANG'

 

 

Tajuk

 

 

Program 'Guruku Sayang'.

Pusat Sumber Al-Kauthar, 2008

 

Disediakan untuk 

 

Unit Aktiviti Pusat Sumber Al-Kauthar, SMKANT

 

Disediakan oleh

 

Penyelaras Aktiviti, Pusat Sumber Al-Kauthar

 

 

Tujuan 

 

Menzahirkan rasa sayang dan terima kasih kepada para guru menerusi kad ucapan dan lukisan

 

Rasional 

 

Bersempena kedatangan Mei / Jun, program ini dirancang sebagai simbol penghargaan dan kasih sayang terhadap insan bergelar ibu dan untuk para guru

 

Objektif

 

  • Melahirkan bakal kreatif murid merealisasikan penghargaan kepada guru menerusi kad ucapan dan lukisan
  • Mengumpul dana Pusat Sumber melalui penjualan kad ucapan dan penyertaan lukisan

 

 

Tarikh / Tempat

 

Mei - Jun 2008 / Pusat Sumber Al-Kauthar SMKANT                        

                                                                                                                                                                                                                            

 

Sasaran

 

Semua pelajar SMKANT

 

 

Kaedah Perlaksanaan

 

  1. Pustakawan memilih beberapa koleksi rekabentuk kad yang menarik
  2. Info program disalurkan melalui notis di kelas - kelas dan di papan kenyataan PSS. Info juga disampaikan semasa perhimpuanan pagi.
  3. Kad - kad diperbanyakkan - maksima 6 rekabentuk
  4. Penjualan kad - 1 keping / 20 sen
  5. Penyertaan pertandingan lukisan bertemakan : 'Terima Kasih Cikgu', 30 sen / penyertaan
  6. Kad kreatif dan lukisan yang telah disiapkan di kembalikan ke PSS
  7. Hadiah : Kad dan lukisan yang paling kreatif - tempat 1, 2 & 3 - Penyertaan individu dan kelas terbanyak

 

Anggaran Kewangan  

 

Kertas Warna          RM 40.00

Kertas Lukisan        RM 20.00

          JUMLAH       RM 60.00

 

Disediakan oleh 

 

Pn. Nor Azurawati Ahmad Zuhdi

Penyelaras Aktiviti

Pusat Sumber Al-Kauthar 2008

 

 

AKTIVIT PASCA PMR - PROGRAM BICARA BUKU

PUSAT SUMBER AL-KAUTHAR

SMK AGAMA NIBONG TEBAL

 

 

Perkara 

 

Program Bicara Buku, Pusat Sumber Al-Kauthar, SMKANT 2008

 

Dikemukakan kepada

 

Pentadbir & PIBG SMKANT

 

Disediakan oleh

 

Penyelaras Aktiviti, Pusat Sumber Al-Kauthar

 

 

Tujuan 

 

Program ini diadakan bersempena Karnival Pusat Sumber Al-Kauthar, bertujuan untuk menghebahkan kepada murid tentang kepelbagaian koleksi bahan bacaan yang disediakan di Pusat Sumber sekolah 

 

Rasional 

 

Lazimnya, pelajar cenderung ke bahagian fiksyen untuk memilih buku yang hendak dibaca ataupun dipinjam. Amnya, pelajar tahu tentang variasi koleksi bahan bacaan yang ada di Pusat Sumber namun disebabkan kurang pendedahan mereka kurang berminat untuk menjadikan bahan bacaan lain sebagai pilihan utama. Justeru, program 'Bicara Buku' diharap dapat meluaskan pengetahuan murid tentang pilihan buku yang ada di Pusat Sumber

 

Objektif

 

  • Mendedahkan kepada murid tentang variasi koleksi buku di Pusat Sumber Al-Kauthar
  • Mendedahkan murid kepada pilihan buku ilmiah, motivasi dan pengetahuan am berbanding fiksyen
  • Memperkenalkan pelajar dengan penulis buku

 

 

Tarikh / Tempat

 

AKTIVITI PASCA PMR : OKTOBER - NOVEMBER 2008, Pusat Sumber Al-Kauthar (tapak perhimpunan pagi)                 

                                                                                                                                                                                                                            

 

Sasaran

 

Semua pelajar dan staf SMKANT

 

 

Kaedah Perlaksanaan

 

  1. Variasi koleksi ditempatkan di sudut pameran bertema
  2. Pustakawan akan memperkenalkan 1 buku 1 hari di tapak perhimpunan pagi
  3. Penulis undangan dijemput untuk membicarakan karyanya
  4. Kuiz diberikan kepada pelajar dan memerlukan

 

 

Anggaran Pembelajaran

 

Cenderahati untuk penulis                                      RM 50.00

Banner                                                                 RM 50.00

Hadiah                                                                 RM 50.00

                                          JUMLAH                    RM 150.00

 

 

Disediakan oleh 

 

Pn. Nor Azurawati Ahmad Zuhdi

Penyelaras Aktiviti

Pusat Sumber Al-Kauthar 2008