DISKRIPSI TUGAS

AJK KERJA


 

 

JAWATANKUASA KERJA PUSAT SUMBER SMK AGAMA NIBONG TEBAL

 

STRUKTUR ORGANISASI

 

Pengerusi      :   Penolong Kanan 1                       

Setiausaha   :  Guru Perpustakaan dan Media

Naib Setiausaha       :  Guru AJK yang dilantik oleh JK Kerja

AJK                 :   Ketua & Pembantu Unit Perpustakaan

                        Ketua & Pembantu Unit Media

                        Ketua & Pembantu Unit Bahan Bantu Mengajar

                        Ketua & Pembantu Unit  Aktiviti

                            Ketua & Pembantu Unit  Keceriaan

                            Pembantu Perpustakaan

                            Pengawas-pengawas Pusat Sumber Sekolah

 

DISKRIPSI TUGAS

Setiausaha

            Guru Perpustakaan dan Media adalah setiausaha dalam Jawatankuasa Kerja Pusat Sumber Sekolah.  Dilantik berdasarkan jawatan Guru Perpustakaan dan Media dan  secara automatik berada dalam Unit  Perpustakaan.

 

Diskripsi Tugas Setiausaha

1.                  Mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat Sumber Sekolah.

2.                  Menyelaras semua aktiviti yang dirancang oleh AJK Induk dan Unit Aktiviti Pusat Sumber Sekolah.

3.                  Menyediakan perancangan Jangka Panjang dan Jangka Pendek aktiviti Pusat Sumber Sekolah.

4.                  Memberi khidmat nasihat dan kepakaran kepada guru dan pelajar.

5.                  Mengawasi, menyelia perjalanan perkembangan penggunaan Pusat Sumber Sekolah.

6.                  Menyediakan Fail Kuasa bersama-sama ahli Jawatankuasa Kerja.

7.                  Fail Kuasa dikemaskinikan 3 tahun sekali berpandukan prosedur penyediaan Fail Kuasa. Perubahan kandungan Fail Kuasa boleh dilakukan sebelum tahun kemaskini jika ada keperluan.

8.                  Mengurus fail-fail Pusat Sumber Sekolah dengan teratur dan sempurna mengikut Sistem Pengurusan Fail.

9.                  Melantik Pengawas Pusat Sumber Sekolah setelah dipersetujui dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja dan memaklumkan kepada waris.

10.             Menyimpan rekod stok dengan teratur, menentukannya berada dalam keadaan baik untuk semakan hujung tahun.

11.             Menyediakan stok sumber dan lokasi untuk mengetahui keadaan sebenar bahan dan peralatan yang ada di Pusat Sumber Sekolah.

12.             Merancang dan menyelaras Program Galakan Membaca peringkat sekolah.

13.             Memastikan koleksi bahan mencukupi.

14.             Mengumpul laporan aktiviti, kewangan dan penggunaan unit-unit.

 

JAWATANKUASA KERJA PUSAT SUMBER

SMK AGAMA NIBONG TEBAL

 

Diskripsi Tugas Naib Setiausaha

1.                  Mencatat dan menyediakan minit mesyuarat.

2.                  Mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kerja sekiranya GPM tiada.

3.                  Boleh melantik sesiapa sahaja dari Jawatankuasa Kerja mencatat minit sekiranya mempengerusikan mesyuarat.

4.                  Membantu GPM dalam tugas-tugas MEN.

5.                  Membantu menyelaraskan semua aktiviti yang dirancang oleh AJK Induk dan Unit Aktiviti.

6.                  Memberi khidmat nasihat dan kepakaran kepada guru dan pelajar.

7.                  Membantu mengawasi, menyelia perjalanan perkembangan penggunaan dan kemajuan Pusat Sumber Sekolah.

8.                  Membantu mendapatkan kerjasama guru-guru untuk memilih dan membeli bahan bacaan dan BBM yang sesuai kepada guru dan pelajar bagi meningkatkan pencapaian akademik.

9.                  Membantu Penyelaras PSS merancang pelaksanaan projek peningkatan penggunaan Pusat Sumber Sekolah.

10.             Membantu mengumpul dan menyediakan laporan aktiviti, kewangan dan penggunaan Pusat Sumber Sekolah.

11.             Membantu menyediakan Fail Kuasa dan selalu dikemaskinikan dengan persetujuan Penyelaras PSS.

12.             Membantu melantik Pengawas Pusat Sumber Sekolah dan memaklumkan kepada waris.

13.             Membantu menyimpan stok dengan teratur, menentukannya berada dalam keadaan baik untuk semakan hujung tahun.

14.             Membantu mengurus  stok sumber dan lokasi untuk mengetahui keadaan sebenar bahan dan peralatan yang ada di Pusat Sumber Sekolah.

15.             Membantu merancang dan menyelaras Program Galakan Membaca Sekolah.

16.             Membantu menyediakan perancangan untuk guru-guru membuat penilaian, pemilihan dan penyeliaan dan penggunaan sumber pendidikan dan peralatan.

17.             Membantu memastikan koleksi bahan mencukupi.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

JAWATANKUASA KERJA PUSAT SUMBER

SMK AGAMA NIBONG TEBAL

 

Diskripsi Tugas Ketua & Pembantu Unit Perpustakaan

 

  1. Membantu GPM mengelola, mentadbir dalam menggalakkan penggunaan perpustakaan.
  2. Mengadakan mesyuarat atau perjumpaan dari masa ke semasa dalam membuat penilaian mengenai penggunaan, pemilihan bahan sumber dan perkhidmatan perpustakaan.
  3. Menentukan dasar pentadbiran, pembelian dan penggunaan perpustakaan.
  4. Merancang anggaran belanjawan tahunan perpustakaan.
  5. Bekerjasama dengan GPM dalam pemilihan dan latihan kepimpinan dan pengurusan kepada pengawas Pusat Sumber Sekolah.
  6. Menyelia tugas pengawas perpustakaan supaya mereka dapat membantu menguruskan perpustakaan.
  7. Merancang dan melaksanakan aktiviti dan latihan mengenai penggunaan sumber-sumber, penerapan budaya membaca dan kemahiran literasi maklumat kepada semua pengguna Pusat Sumber Sekolah.
  8. Menjamin bahawa perpustakaan diurus dengan teratur dengan penggunaan optimum.
  9. Memesan dan menerima buku-buku dan bahan-bahan lain untuk pinjaman dan kegunaan dalam Pusat Sumber Sekolah.
  10. Memastikan koleksi bahan bacaan mengikut agihan yang ditetapkan.
  11. Merekodkan bahan sumber ke dalam buku Daftar Perolehan / sistem automasi.
  12. Mengkelas dan mengkatalogkan buku-buku / bahan bercetak.
  13. Memproses teknik bahan-bahan sumber untuk pinjaman dan kegunaan dalam Pusat Sumber Sekolah.
  14. Merancang dan menyedia penyusunan bahan-bahan sumber di dalam perpustakaan.
  15. Melabelkan sudut-sudut dalam perpustakaan.
  16. Bertanggungjawab membaikpulih, menyemak dan menghapuskira bahan-bahan sumber dengan kerjasama guru Pusat Sumber Sekolah yang lain.
  17. Merekod dan menganalisa penggunaan perpustakaan untuk mengetahui tahap penggunaan dalam bentuk data dan graf.
  18. Menganalisa penggunaan bahan perpustakaan dalam bentuk data dan graf.
  19. Mencatat penerimaan majalah dan suratkhabar ke dalam Daftar Majalah dan Suratkhabar.
  20. Memastikan bahan bacaan dalam keadaan baik dan sedia digunakan.
  21. Melaporkan kerosakan, kehilangan bahan bacaan pada GPM.
  22. Menyediakan perkhidmatan pinjaman dan pulangan bahan bacaan untuk semua warga sekolah.
  23. Menyediakan panduan penggunaan perpustakaan.
  24. Menyediakan peraturan penggunaan perpustakaan.
  25. Menyediakan jadual menggunakan perpustakaan dan jadual tugas pengawas perpustakaan.
  26. Menyediakan perkhidmatan tempahan bilik untuk pengajaran dan pembelajaran.
  27. Mempromosi bahan-bahan sumber baru kepada pengguna-pengguna perpustakaan.
  28. Menjaga kebersihan bilik bersama-sama pengawas Perpustakaan.
  29. Mengesyorkan dan menggalakkan kegunaan sumber-sumber untuk meningkatkan tahap pencapaian pengajaran dan pembelajaran.
  30. Mengesyorkan kegunaan sumber-sumber untuk kegiatan kokurikulum.
  31. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Penolong Kanan dan GPM.

 

 

 

 

 

JAWATANKUASA KERJA PUSAT SUMBER

SMK AGAMA NIBONG TEBAL

Diskripsi Tugas Ketua & Pembantu Unit Bahan Bantu Mengajar

 

  1. Membantu GPM mengelola, mentadbir dalam menggalakkan penggunaan bahan bantu mengajar (BBM).
  2. Mengadakan mesyuarat atau perjumpaan dari masa ke semasa dalam membuat penilaian mengenai penggunaan, pemilihan bahan sumber dan perkhidmatan BBM bersama ketua-ketua panitia.
  3. Menentukan dasar pentadbiran, pembelian dan penggunaan BBM.
  4. Merancang anggaran belanjawan tahunan perkhidmatan BBM Pusat Sumber Sekolah.
  5. Mencatatkan semua bekalan bahan media yang dibeli atau diterima ke dalam Buku Daftar Perolehan /sistem automasi.
  6. Mengkelas dan mengkatalog semua bahan media yang dibeli atau diterima bersama-sama ketua-ketua panitia.
  7. Menyediakan dan mempromosi senarai BBM terkini untuk pengetahuan guru-guru dan murid-murid.
  8. Memperbanyakkan koleksi BBM terutama sekali hasil guru-guru.
  9. Merancang dan menyediakan aktiviti untuk mempertingkatkan penggunaan BBM.
  10. Menggalakkan kegunaan sumber-sumber untuk meninggikan tahap pencapaian pengajaran dan pembelajaran.
  11. Menggalakkan penggunaan sumber-sumber dalam kegiatan ko-kurikulum.
  12. Mewujudkan sistem pinjaman dan pemulangan  BBM secara berkesan.
  13. Merekod dan menganalisa penggunaan bahan BBM untuk mengetahui tahap penggunaan dalam bentuk data dan graf.
  14. Memastikan BBM sentiasa dalam keadaan baik dan sedia digunakan.
  15. Melaporkan sebarang kerosakan BBM kepada GPM untuk urusan penyelenggaraan.
  16. Memberi pendedahan dan latihan mengenai penggunaan BBM kepada guru-guru lain, pembantu Pusat Sumber Sekolah dan murid-murid dengan kerjasama GPM.
  17. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua, Penolong Kanan dan GPM.
  18. Menyediakan panduan penggunaan BBM.
  19. Menyediakan peraturan penggunaan BBM.
  20. Mengurus stok dan inventori BBM.

 

 

JAWATANKUASA KERJA PUSAT SUMBER

SMK AGAMA NIBONG TEBAL

 

 

Diskripsi Tugas Ketua & Pembantu Unit Media

 

  1. Membantu GPM mengelola, mentadbir dalam menggalakkan penggunaan bahan bantu mengajar (BBM).
  2. Mengadakan mesyuarat atau perjumpaan dari masa ke semasa dalam membuat penilaian mengenai penggunaan, pemilihan bahan sumber dan perkhidmatan bilik media dan bahan media.
  3. Menentukan dasar pentadbiran dan penggunaan bilik media juga pembelian bahan media.
  4. Merancang anggaran belanjawan tahunan perolehan dan penyelenggaraan bahan media Pusat Sumber Sekolah.
  5. Mencatatkan semua bekalan bahan media yang dibeli atau diterima ke dalam Buku Daftar Inventori /sistem automasi.
  6. Memastikan koleksi bahan media mencukupi,memenuhi kehendak dan sedia digunakan.
  7. Melabel semua bahan media yang dibeli atau diterima.
  8. Menyediakan senarai tajuk dan sinopsis bahan dan mempromosi penggunaan bilik media dan bahan media kepada semua warga sekolah.
  9. Bekerjasama dengan Guru Bestari dalam memastikan kebersihan bilik media dan Pusat Akses.
  10. Menceriakan bilik media dalam keadaan sedia digunakan.
  11. Menyediakan jadual penggunaan bilik media untuk pelajar dan guru.
  12. Merekod dan menganalisa penggunaan bilik media dan bahan media untuk mengetahui tahap penggunaan dalam bentuk data dan graf.
  13. Menyediakan peraturan penggunaan bilik media dan bahan media.
  14. Menyediakan panduan penggunaan bilik media dan bahan media.
  15. Melabelkan sudut-sudut dalam perpustakaan.
  16. Mengadakan aktiviti galakan penggunaan bilik media dan bahan media dalam pengajaran dan pembelajaran.
  17. Memastikan perkakasan dan perisian berfungsi dengan baik ( semak secara mingguan atau bulanan).
  18. Melaporkan kerosakan kepada GPM dan menguruskan penyelenggaraan bahan dengan pihak berkenaan.
  19. Mengurus stok dan inventori.
  20. Memastikan komputer-komputer PSS dalam keadaan bersih dan sedia digunakan.
  21. Merancang dan mengendalikan sesi latihan bagi memberi tunjukajar tatacara penggunaan bahan media kepada semua guru dan pelajar.

 

 

 

JAWATANKUASA KERJA PUSAT SUMBER

SMK AGAMA NIBONG TEBAL

 

Diskripsi Tugas Ketua & Pembantu Unit Aktiviti

 

1.      Mengadakan perjumpaan atau mesyuarat bersama AJK Induk PSS dalam menguruskan pelaksanaan perancangan aktiviti Pusat Sumber Sekolah dan aktiviti kolaborasi Pusat Sumber Sekolah bersama mana-mana penganjur aktiviti di sepanjang tahun.

2.      Bekerjasama bersama ketua-ketua unit JK Kerja Pusat Sumber Sekolah dan penganjur dalam penyediaan kertas kerja untuk setiap aktiviti yang dirancang.

3.      Menyenaraikan aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun.

4.      Mempamerkan jadual aktiviti PSS dan aktiviti kolaborasi yang dirancang.

5.      Mengumpul semula laporan aktiviti yang telah dijalankan dan direkodkan penerimaan.

6.      Menyelaraskan aktiviti yang dirancang oleh penganjur-penganjur.

7.      Memberi perkhidmatan seperti  memberi galakan dan kemudahan tempat, menggalakkan penggunaan PSS, memberi khidmat nasihat, memberi perkhidmatan penyediaan bahan-bahan.

8.      Mengumpul anggaran belajawan bagi aktiviti PSS sepanjang tahun penilaian.

9.      Menampal poster di tempat-tempat strategik untuk menarik peserta aktiviti.

10. Menyediakan hadiah.

11. Pemenang dihebahkan dalam perhimpunan.

12. Mempamerkan hasil kerja murid yang berjaya bagi tujuan memotivasikan murid-murid lain.

13. Dengan bantuan panitia pameran bertema dijalankan.

14. Setiap pameran bertema perlu ada aktiviti mencabar.  Contoh ; soalan-soalan menguji IQ atau aktiviti pencarian maklumat diletakkan bersama-sama bahan pameran.

15. Mengadakan ceramah-ceramah yang berbentuk ilmiah dan lawatan sambil belajar.

16. Mengumpul dan membantu pelaksanaan perkembangan staf dari unit-unit PSS dan pentadbiran sekolah.

17. Mempromosikan aktiviti kepada pelajar dan guru dalam bentuk dokumentasi di Pusat Sumber Sekolah.

 

 

 

 

 

 

JAWATANKUASA KERJA PUSAT SUMBER

SMK AGAMA NIBONG TEBAL

 

 

Diskripsi Tugas Ketua & Pembantu Unit Keceriaan

 

1.      Menyelaras dan memastikan setiap unit PSS berada di dalam keadaan ceria, indah dan menawan.

2.      Mengadakan mesyuarat atau perjumpaan dari masa ke semasa.

3.      Merancang dan menyediakan aktiviti Unit Keceriaan sepanjang tahun.

4.      Membuat anggaran perbelanjaan tahunan Unit Keceriaan.

5.      Menyediakan jadual tugas dan tanggungjawab tugasan keceriaan.

6.      Mengedarkan senarai tugasan keceriaan.

7.      Menyediakan kertas kerja merancang keceriaan PSS dan pelan susun atur perabot.

8.      Menyediakan laporan aktiviti yang telah dan belum dijalankan dengan kerjasama dengan unit Aktiviti.

9.      Berusaha untuk mendapatkan bahan ceria daripada agensi luar ( seperti poster, bahan dekor, lukisan, gambar dan lain-lain. )

 

10. Merakamkan gambar-gambar; sebelum dan selepas sesuatu diceriakan untuk menilai tahap keceriaan dan didokumentasikan.

11. Memastikan suasana PSS dari segi cahaya dan bahan adalah sesuai digunakan

 

I.                     ASPEK FIZIKAL

1.      Menyusun dan mengubahsuai perabot PSS.

2.      Membaikpulih alatan dan perabot.

3.      Menyusun bahan-bahan PSS di rak dengan kemas.

4.      Melukis mural yang berkaitan.

5.      Mengecat perabot atau dinding yang didapati telah lusuh.

 

II.                   ASPEK KEBERSIHAN

1.      Menyapu lantai dan membuang sampah.

2.      Mengelap rak, bahan, tingkap, perabot, kipas, lampu dan lain-lain.

3.      Mencuci langsir dan alas meja.

III.                  ASPEK HIASAN

1.      Memasang langsir, alas meja dan sebagainya.

2.      Meletakkan pokok bunga dan hiasan di tempat yang ditetapkan.

3.      Memotong polisterin/plastik, menggunting huruf atau corak untuk hiasan.

4.      Melekatkan bahan hiasan di tempat tertentu.

5.      Melipat kertas dan membuat bahan hiasan.

6.      Membingkaikan poster-poster.

 

IV.               ASPEK PROMOSI DAN SIARAN

1.      Membuat label sudut-sudut PSS.

2.      Menyediakan, melekatkan dan menukar ganti kata-kata hikmat.

3.      Menyediakan, melekat dan menukar ganti poster-poster yang sesuai untuk PSS sempena peristiwa tertentu.

4.      Menyediakan, menggantung dan menukar ganti cogankata di PSS.

5.      Menyusun perabot dan menghiasi papan pameran di PSS atau papan pameran agensi luar yang membawa bahan pameran atau bahan pameran yang dipinjamkan kepada PSS.  ( Contoh; pameran setem, duit syiling, kraftangan dan sebagainya.)

 

 

JAWATANKUASA KERJA PUSAT SUMBER

SMK AGAMA NIBONG TEBAL

 

Diskripsi Tugas Pembantu Perpustakaan

 

  1. Membuka PSS mengikut waktu perkhidmatan dan memastikan pintu PSS ditutup dan dikunci selepas waktu pejabat.
  2. *Membantu mengurus hal-hal berkaitan dengan perolehan bahan untuk PSS.
  3. *Membantu melaksanakan urusan pemprosesan teknikal bahan (mengkelas dan mengkatalog buku, menyediakan katalog mutakhir ).
  4. *Membantu menguruskan bahan-bahan terbitan berkala.
  5. *Merekod dan mengindeks bahan daripada suratkhabar.
  6. Mencetak, menyusun dan menjilid bahan-bahan PSS.
  7. Membantu GPM dalam membaik pulih, menjilid, merekod dan menyemak stok bahan-bahan perpustakaan.
  8. *Memberi khidmat pengguna (pinjaman dan pemulangan bahan, perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan)
  9. Mengadakan tunjuk cara kepada pelajar-pelajar baru mengenai kaedah penggunaan perpustakaan seperti cara menggunakan bahan bacaan yang disediakan,
  10. Membantu menilai buku yang sesuai untuk bahan bacaan dan rujukan bagi pelajar dalam penyelidikan mereka.
  11. Menyediakan dan menyebarkan maklumat mengenai buku-buku baru kepada pengguna dengan mempamerkannya di papan kenyataan..
  12. *Membantu melaksanakan pentadbiran PSS.
  13. Menyediakan jadual waktu penggunaan perpustakaan yang dipaparkan dengan jelas kepada pengguna-penggunanya.
  14. Membantu menguruskan program dan aktiviti yang dirancangkan oleh guru perpustakaan & media agar berjaya dilaksanakan.
  15. Menghantar dan mengambil semua surat rasmi PSS.
  16. Membuat salinan surat rasmi dan pekeliling yang berkaitan PSS.
  17. Mengedar surat dan pekeliling PSS kepada semua guru dan kakitangan sekolah.
  18. Mencari, mengambil, merekod, menghantar dan menyimpan semula fail di bilik pengurusan PSS.
  19. *Membantu mengurus pengawas-pengawas PSS.
  20. Menjaga keceriaan dan kebersihan PSS.
  21. Menyusun dan mengemas kerusi dan meja di bilik-bilik PSS dan melaporkan kepada GPM jika ada yang rosak atau kurang.
  22. Melaporkan kepada GPM jika ada sebarang kerosakan, kekurangan dan kehilangan bahan-bahan, peralatan atau perabut-perabut di PSS.
  23. Menjalankan tugas yang diarahkan dari masa ke semasa.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

JAWATANKUASA KERJA PUSAT SUMBER

SMK AGAMA NIBONG TEBAL

                                                                                                

Diskripsi Tugas Pengawas Pusat Sumber Sekolah

 

 

  1. Membantu guru membawa murid ke PSS
  2. Mengawasi keadaan perpustakaan agar terkawal dan ceria
  3. Memastikan pinjaman dan pemulangan buku atau bahan yang dipinjam
  4. Memastikan keadaan buku yang dipinjam adalah baik
  5. Memastikan rekod pinjaman dan pemulangan sentiasa dikemaskini
  6. Melaporkan sebarang kerosakan dengan segera kepada guru perpustakaan
  7. Memastikan buku disusun di rak atau tempat yang betul
  8. Membantu pengguna mengesan lokasi bahan
  9. Menyimpan fail mesyuarat dan laporan aktiviti PSS
  10. Menyediakan jadual tugas dan senarai tugas PSS
  11. Melaksanakan program orientasi dan latihan pengawas PSS
  12. Memastikan keadaan bilik dan alatan bersih, kemas serta sedia untuk digunakan pada bila-bila masa
  13. Memastikan rekod penggunaan alatan/bahan sentiasa dikemaskini
  14. Melaporkan sebarang kerosakan kepada guru yang bertanggungjawab
  15. Membantu guru mencari dan menyediakan bahan
  16. Memastikan bahan dan alatan baik dan sedia untuk digunakan
  17. Membantu pengguna mencari maklumat atau bahan
  18. Membantu guru menyelaras aktiviti yang dirancang
  19. Membantu menyediakan bahan untuk aktiviti
  20. Membuat promosi setiap aktiviti yang hendak dijalankan.