Rutin harian kami di Al-Isra

Mungkin ramai yang ingin tahu, apa sebenarnya tugas-tugas sebagai seorang Ejen atau Wakil Takaful. Mungkin kebanyakannya hanya menganggap ejen hanyalah perlu buat sales sahaja. Dan tak kurang juga yang mengganggap perniagaan takaful ini hanya dibuat dirumah secara sambilan semata-mata.

Sebenarnya ada beberapa skop kerja yang perlu di lakukan oleh ejen tidak mengira samada ia boleh di lakukan secara sambilan atau sepenuh masa. antaranya ialah

1) Sales - membuat promosi, mengadakan perbincangan dan memberikan khidmat nasihat kepada pelanggan atau bakal pelanggan berkenaan perancangan kewangan melalui Takaful.

2) Perkhidmatan selepas jualan - ini adalah skop kerja yang paling banyak di lakukan oleh ejen-ejen terutamanya ejen yang mempunyai ramai pelanggan. Antara perkhidmatan yang perlu di berikan ialah:

  • Mengurus akaun pelanggan seperti memastikan caruman di masukkan mengikut jadual, pemotongan akaun bank dan mengemaskini maklumat-maklumat berkaitan akaun pelanggan.
  • Membantu pelanggan membuat claim.
  • Mengemaskini sebarang maklumat terbaru berkenaan polisi atau pelan-pelan terbaharu yang di keluarkan oleh syarikat
  • Membuat review kepada akaun dalam jangka masa tertentu supaya pelanggan benar-benar menpunyai akaun yang memenuhi keperlu mereka


kami Al Isra' Associates Sdn Bhd, mempunyai rutin harian tersendiri yang mana merupakan salah satu rahsia kejayaan kami (kini bukan lagi rahsia....:) )

1- Full time Agent

Full time agent ialah ejen yang menceburi perniagaan ini secara sepenuh masa.Maksudnya ejen ini tiada terikat dengan mana-mana syarikat atau pekerjaan lain. Bagi Full Time Agent, mereka mempunyai Structured Day tertentu seperti berikut :

  • Menghadiri sesi Sharing setiap Isnin, Rabu dan Jumaat tepat pukul 8.00 am.
  • Sesi Sharing adalah bertujuan untuk membuat diagnosis berkenaan aktiviti yang telah di lakukan sepanjang minggu atau hari-hari  sebelum nya. Biasanya meeting ini bermula jam 8 pagi sehingga 11 pagi (bergantung kepada bilangan ejen yang hadir dan isu-isu yang di bincangkan). Manakala bagi hari Rabu dan Jumaat,sharing ringkas akan di adakan bagi membolehkan setiap ejen mendapat bertukar-tukar info berkenaan aktiviti mereka setiap hari.
  • Selasa dan Khamis tidak diwajibkan untuk datang ke office pagi, agent boleh terus pergi ke appointment pagi bersama client atau membuat kerja-kerja servicing seperti mengambil medical report, menghantar polisi kepada client dan sebagainya. Akan tetapi, sekiranya tidak ada sebarang appointment, agent perlu datang ke office untuk membuat phone call dan kerja2 office yang tertunggak (back log)
  • Selepas meeting pagi, agent perlu buat 30 call tanpa gagal, biasanya antara 1 jam hingga 1 jam setengah. Selepas itu, agent perlu keluar untuk appointment. Sekiranya tiada appointment, agent perlu keluar untuk dapatkan appointment (fight for an appointment).
  • Sebelah petang, normally pukul 6.00 pm, pulang semula ke office untuk prepare quotation atau paper work untuk appointment esok. Dan seterusnya bagi agent2 baru, boleh berjumpa dengan senior agent atau manager untuk post mortem presentation dan role play untuk tingkatkan skill.
  • Setiap Sabtu, pagi hingga tengahari, datang ke office untuk buat planning dan susun semua details prospect (prepare quotation, proposal dan paper work yang berkaitan, susun nama untuk di call pada minggu berikutnya) selain menyediakan policy yang dah diterima untuk dihantar kepada client pada minggu berikutnya. Hari ini juga biasanya akan diadakan group meeting (synergistic group)...
  • Setiap Jumaat minggu pertama pukul 8.00 pm sampai 10.00 pm, akan di adakan agency meeting.
  • Setiap Sabtu minggu pertama setiap 3 bulan,akan di adakan Agent Planning Workshop yang biasanya di adakan di luar KL.
2- Part time

Kami menerima agent part time, tapi kami menetapkan antara 6 bulan hingga setahun, kemudian agent tersebut perlu membuat keputusan untuk menjadi agent full time.

Antara tugas-tugas agent part time :
  • Agent part time tak wajib hadir morning meeting. Tapi perlu hadir pada sebelah malam untuk training, submit application client, buat quotation, dan paper work.
  • Hadir agency meeting, setiap Jumaat minggu pertama setiap bulan
  • Hadir Agent Planning Workshop.
  • Menyertai activity yang telah ditetapkan oleh agency seperti booth, blizt dan sebagainya.
  • Hadir pada hari sabtu untuk planning dan role play bersama manager bagi meningkatkan skill sales cycle.
Comments