ORIENTASI PPDa-PETRONAS SEKOLAH RENDAH

Pengenalan

Permuafakatan program PPDa antara Kementerian Pelajaran dan PETRONAS yang termeterai adalah sejajar usaha semua pihak memastikan matlamat Sekolah Bebas Dadah 2012 tercapai. Fokus pelaksanaan program adalah kepada aktiviti-aktiviti luar bilik darjah yang memberi peluang kepada pelajar mengetahui dengan lebih mendalam tentang akibat penyalahgunaan dadah dan langkah pencegahan untuk menghindari diri dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.
Ia juga selari dengan usaha membangunkan modal insan yang memiliki ketahanan dan jati diri yang tinggi dalam kalangan pelajar dari segi fizikal, emosi, mental dan rohani. Selain itu ia membentuk nilai PPDa iaitu budaya sihat, tingkah laku positif, amalan nilai murni dan sikap benci dadah dalam kalangan warga sekolah.
Tujuan program ini  juga adalah untuk  mewujudkan permuafakatan masyarakat sekolah dengan masyarakat luar sekolah dalam usaha mencegah dadah selain menyediakan alternatif yang berfaedah supaya dapat menyekat pelajar daripada terlibat dengan dadah. Melalui permuafakatan tersebut ia memberi peluang penglibatan ramai pelajar dan memberi pengalaman kepada pelajar untuk meningkatkan motivasi ke arah kecemerlangan hidup.
Pada tahun 2010 program ini diadakan di SK Batu Berendam 2. Sebanyak 45 buah sekolah mengambil bahagian kali ini. Seramai 310 orang murid mendaftarkan diri. Terima kasih kepada semua fasilitator yang membantu menjayakan program ini. Jasa kalian amat hargai. 
 
 
 
 
 
       
 
 
 
 
       
 
 
 
 
       
 
 
 
 
       
 
 
 
 
       
 
 
 
 
       
 
 
 
 
       
 
 
 
 
Comments