Kasut terkena najis anjing



SAYA terpijak najis anjing dan memasuki sebuah kedai dengan najis masih melekat di tapak kasut, tetapi sebelum itu saya sempat melalui jalan basah dan berpasir.

Saya menyamak tapak kasut berkenaan. Persoalannya, bagaimana dengan lantai kedai berkenaan. Apakah perlu disamak? Apakah saya juga perlu menyamak kasut saya setiap kali ke kedai itu?

Azuan Azam

Selangor

Saudara tidak perlu menyamak kasut setiap kali memasuki kedai kerana mungkin najis itu tidak melekat di lantai disebabkan saudara sudah menghilangkannya terlebih dulu.


Comments