Dalil Wajib Taat Kepada Allah Dan Rasulullah



09 - Februari 2011

قل هذه سبيلي أدعو الى الله على بصيرة أنا ومن اتبعني وسبحان الله وما أنا من المشركين. (سورة يوسف آية 108).
Terjemahan Pimpinan Ar Rahman : Katakanlah (wahai Muhammad): "Inilah jalanku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain." 

Terjemahan Indonesia : Katakanlah: "Inilah jalan (agama) ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujah yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik.

Dalam ayat ini Allah Taala memberikan tunjuk ajar mereka yang hendak mengajak manusia kepada jalan Allah.

Ada beberapa ayat lain yang sama erti dengan ayat ini. Sila lihat pautan ini.

Dalam ayat ini Allah Taala memerintahkan Nabi Muhammad berkata "inilah jalan agama ku, jalan aku dan jalan orang-orang yang mengikut ku, aku dan orang-orang-orang yang mengikut ku menyeru kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti dan hujah yang jelas nyata".

Mereka yang hendak mengajak orang lain kepada agama Allah mestilah terlebih dahulu mempunyai hujah dan bukti yang jelas nyata.

Bukti yang jelas nyata itu ialah yang terdapat di dalam Al Quran.

Sekarang, di Malaysia, mereka yang benar-benar mengajak kepada jalan Allah ialah PAS.

Tetapi sayang sekali orang-orang PAS sendiri tak tahu apa bukti yang jelas mereka ajak orang ramai kepada agama Allah.

Buktinya ialah ramai orang PAS yang berkeras dengan mazhab syafie sahaja. Pada pandangan orang-orang PAS ini bahawa hanya mazhab syafie sahaja yang betul di Malaysia ini.

Tidakkah orang-orang PAS sedar bahawa di Malaysia ini, selain daripada mazhab syafie, orang-orang PAS juga ada yang bermazhab hanafi, maliki, dan hambali.

Kita orang PAS, kalau hendak menang pilihanraya dan berterusan memegang kerajaan Islam, maka tidak dapat tidak kita kena hormat juga kepada mazhab lain.

Kalau bab sujud syukur pun kita dah tak boleh terima mazhab lain yang lebih kuat dalilnya daripada mazhab syafie maka bagaimanakah kita hendak memerintah negeri Kelantan di masa akan datang yang mempunyai berbagai-bagai mazhab.

Orang PAS semakin berkurangan kerana dalam PAS sendiri, orang PAS tidak boleh terima mazhab lain selain mazhab syafie.

Kalau UMNO tolak hukum Allah, kita orang PAS akan kata :
إنما كان قول المؤمنين إذا دعوا إلى الله ورسوله ليحكم بينهم أن يقولوا سمعنا وأطعنا وأولئك هم المفلحون. (سورة النور آية 51).
Terjemahan Pimpinan Ar Rahman : Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang beriman ketika mereka diajak ke pada Kitab Allah dan Sunnah RasulNya, supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, hanyalah mereka berkata: Kami dengar dan kami taat: dan mereka itulah orang-orang yang beroleh kejayaan.

Terjemahan Indonesia : Sesungguhnya jawaban orang-orang mukmin, bila mereka dipanggil kepada Allah dan rasul-Nya agar rasul menghukum (mengadili) di antara mereka ialah ucapan." "Kami mendengar dan kami patuh." Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.

Kita orang PAS akan berkata, wahai orang UMNO, apabila diajak kepada Al Quran dan As Sunnah, orang-orang beriman akan berkata, kami dengar dan kami patuh, tetapi kamu wahai UMNO, kamu kata, kami dengar dan kami ingkar.

Tetapi sedarkah kita bahawa kita orang PAS sendiri apabila berlaku perselisihan, kita terus kembali kepada mazhab syafie sedangkan kita orang PAS lupa bahawa dalam kalangan orang PAS ada orang yang bermazhab hambali dan hanafi.

Lihat lagi ayat lain,

يا ايها الذين امنوا اطيعوا الله واطيعوا الرسول واولي الامر منكم فان تنازعتم في شيء فردوه الى الله والرسول ان كنتم تؤمنون بالله واليوم الاخر ذلك خير واحسن تاويلا. (سورة النساء آية 59).
Terjemahan Pimpinan Ar Rahman : Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya.

Terjemahan Indonesia : Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya. 

Dalam ayat ini Allah Taala memberitahu, jika sekiranya ada perselisihan maka kembalilah kepada Al Quran dan As Sunnah.

Maknanya hendaklah kembali kepada Rasulullah. Sila lihat pautan ini.

Adakah Allah suruh kembali kepada mazhab? Tidak!!!

Kenapa?

Kerana Allah tahu bahawa manusia tidak akan bersatu dengan mazhab lain-lain, tetapi manusia akan bersatu dengan Al Quran dan Al Hadith.

Orang PAS, kalau dengan UMNO, kata kafir, zalim dan fasiq. Tetapi sedarkah kita bahawa orang-orang PAS sendiri berperangai macam UMNO.

Berani tolak hadith nabi hanya berpegang teguh kepada mazhab syafie.

Ada orang PAS yang apabila berselisih pendapat akan kembali kepada mazhab syafie sedangkan Allah Taala suruh kembali kepada Al Quran dan As Sunnah.

Perangai macam ini lah yang menyebabkan kita orang-orang PAS menjadi lemah kerana berbalah sama sendiri dan hanya pandai kata kepada orang lain fasiq, zalim dan kafir sedangkan kita sendiri silap-silap haribulan akan jadi fasiq, zalim dan kafir juga.

Kita kena ingat kembali, perjuangan PAS adalah perjuangan paling mulia iaitu menegakkan Al Quran dan Al Hadith di Malaysia kita ini, dan bukan hanya setakat menegakkan negara Islam sahaja.

Apabila bercakap hendak menegakkan Al Quran dan Al Hadith di Malaysia ini ianya bermakna mesti kumpulkan semua mazhab kemudian buat kajian kemudian hendaklah mencari mazhab manakah yang paling dekat dengan Al Quran dan Al Hadith. 
يا ايها الذين امنوا اتقوا الله وقولوا قولا سديدا (71). يصلح لكم اعمالكم ويغفر لكم ذنوبكم ومن يطع الله ورسوله فقد فاز فوزا عظيما. (71). (سورة الأحزاب آية 70-71).

Terjemahan Pimpinan Ar Rahman : Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan katakanlah perkataan yang tepat (benar dalam segala perkara). (70). Supaya Dia memberi taufik dengan menjayakan amal-amal kamu dan mengampunkan dosa-dosa kamu dan (ingatlah) sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya dia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan. (71).

Terjemahan Indonesia : Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar. (70). niscaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar. (71).

Ingatlah ayat ini
فلا وربك لا يؤمنون حتى يحكموك فيما شجر بينهم ثم لا يجدوا في انفسهم حرجا مما قضيت ويسلموا تسليما. (سورة النساء آية 65).
Terjemahan Pimpinan Ar Rahman : Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya.

Terjemahan Indonesia : Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakekatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa dalam hati mereka sesuatu keberatan terhadap putusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya.

Wajib taat kepada Rasulullah. sila lihat pautan ini.

Banyak lagilah dalil-dalil lain.







Comments