تفسير الآية



أَوْ كَالَّذِيْ مَرَّ عَلَى قَرْيَةٍ وَهِيَ خَاوِيَةٌ عَلَى عُرُوْشِهَا قَالَ أَنَّىَ يُحْيِيْ هَذِهِ اللهُ بَعْدَ مَوْتِهَا فَأَمَاتَهُ اللهُ مِائَةَ عَامٍ ثُمَّ بَعَثَهُ قَالَ كَمْ لَبِثْتَ قَالَ لَبِثْتُ يَوْمًا أَوْ بَعْضَ يَوْمٍ قَالَ بَل لَّبِثْتَ مِائَةَ عَامٍ فَانْظُرْ إِلَى طَعَامِكَ وَشَرَابِكَ لَمْ يَتَسَنَّهْ وَانْظُرْ إِلَى حِمَارِكَ وَلِنَجْعَلَكَ آيَةً لِّلنَّاسِ وَانْظُرْ إِلَى الْعِظَامِ كَيْفَ نُنْشِزُهَا ثُمَّ نَكْسُوْهَا لَحْمًا فَلَمَّا تَبَيَّنَ لَهُ قَالَ أَعْلَمُ أَنَّ اللهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ. (سورة البقرة أية 259).

Tajuk penting dalam ayat
  1. digalakkan keluar negeri kerana melihat kekuasaan Allah
  2. Allah berkuasa menghidupkan yang mati
  3. Allah maha rahmat ke atas hambaNya
  4. Allah maha berkuasa
Terjemahan ringkas ayat
*** أَوْ كَالَّذِيْ مَرَّ عَلَى قَرْيَةٍ ***
atau tidakkah engkau pelik wahai Muhammad tentang orang yang melalui sebuah negeri ...
*** وَهِيَ خَاوِيَةٌ عَلَى عُرُوْشِهَا ***
yang telah runtuh segala bangunannya ...
*** قَالَ أَنَّىَ يُحْيِيْ هَذِهِ اللهُ بَعْدَ مَوْتِهَا ***
orang itu berkata, bagaimana Allah akan menghidupkan dan membina semula negeri ini sesudah matinya dan rosak binasanya? ...
*** فَأَمَاتَهُ اللهُ مِائَةَ عَامٍ ***
lalu Allah matikannya dan Allah biarkan lelaki itu tidak berubah selama seratus tahun ...
*** ثُمَّ بَعَثَهُ ***
kemudian Allah hidupkan dia semula ...
*** قَالَ كَمْ لَبِثْتَ ***
lalu Allah bertanya kepadanya, berapa lama engkau tinggal di sini? ...
*** قَالَ لَبِثْتُ يَوْمًا أَوْ بَعْضَ يَوْمٍ ***
dia menjawab, aku telah tinggal di sini sehari atau setengah hari ...
*** قَالَ بَل لَّبِثْتَ مِائَةَ عَامٍ ***
Allah berfirman, tidak benar, bahkan engkau telah tinggal berkeadaan demikian selama seratus tahun ...
*** فَانْظُرْ إِلَى طَعَامِكَ وَشَرَابِكَ لَمْ يَتَسَنَّهْ ***
oleh itu, perhatikanlah kepada makanan dan minumanmu, masih tidak berubah keadaannya ... 
*** وَانْظُرْ إِلَى حِمَارِكَ ***
dan perhatikanlah pula kepada keldai kamu hanya tinggal tulang-tulangnya bersepah ...
*** وَلِنَجْعَلَكَ آيَةً لِّلنَّاسِ ***
dan Kami lakukan ini ialah untuk menjadikan engkau sebagai tanda kekuasaan kami bagi umat manusia ...
*** وَانْظُرْ إِلَى الْعِظَامِ ***
dan lihatlah kepada tulang-tulang keldai itu ...
*** كَيْفَ نُنْشِزُهَا ثُمَّ نَكْسُوْهَا لَحْمًا ***
bagaimana Kami menyusunnya kembali kemudian Kami menyalutnya dengan daging ...
*** فَلَمَّا تَبَيَّنَ لَهُ ***
maka apabila telah jelas kepadanya apa yang berlaku itu ...
*** قَالَ أَعْلَمُ أَنَّ اللهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ ***
berkatalah dia, sekarang aku mengetahuinya dengan yakin, sesungguhnya Allah maha kuasa atas tiap-tiap sesuatu
Tafsir ayat
  1. dalam ayat ini Allah Taala menyebut "أَوْ كَالَّذِيْ مَرَّ عَلَى قَرْيَةٍ وَهِيَ خَاوِيَةٌ عَلَى عُرُوْشِهَا" yang bermaksud "atau tidakkah engkau pelik wahai Muhammad tentang orang yang melalui sebuah negeri yang telah runtuh segala bangunannya" ...
    1. ulama tafsir berselisih pendapat siapakah lelaki yang dimaksudkan dalam ayat ini
    2. ada pendapat mengatakan lelaki itu namanya 'Uzair
    3. Mujahid pula berkata, lelaki itu adalah seorang kafir yang merasa syak dan ragu-ragu tentang kekuasaan Allah Taala menghidupkan manusia yang telah mati
    4. pendapat lain pula mengatakan, lelaki itu adalah seorang muslim dan pendapat inilah yang paling kuat
    5. ini kerana selepas ini akan berlaku perbualan antara lelaki ini dan Allah Taala
    6. jadi tidak munasabah Allah Taala berbicara dengan kafir sedangkan kafir itu musuh Allah
    7. negeri itu ialah Baitul Maqdis
    8. lelaki itu menunggang keldai
    9. bersama lelaki itu sebakul tanah dan sebekas air perahan
    10. negeri Baitul Maqdis itu hancur binasa selepas serangan Bikhtansar
  2. dalam ayat ini Allah Taala menyebut "قَالَ أَنَّىَ يُحْيِيْ هَذِهِ اللهُ بَعْدَ مَوْتِهَا" yang bermaksud "orang itu berkata, bagaimana Allah akan menghidupkan dan membina semula negeri ini sesudah matinya dan rosak binasanya?" ...
    1. lelaki ini melihat di sebuah kampung semua penduduknya telah meninggal dunia dan semua bangunannya telah rosak binasa
    2. lalu lelaki itu bertanya dalam dirinya, bagaimanakah Allah Taala boleh menghidupkan manusia yang telah mati
    3. kata-kata lelaki ini bukannya bermakna dia mengingkari kekuasaan Allah menghidupkan manusia yang telah mati
    4. tetapi kata-kata lelaki ini adalah melihat kepada adat kebiasaan
    5. kebiasaannya kalau manusia mati dan bangunan hancur binasa maka tidak ada sesiapapun yang dapat menghidupkan manusia yang telah mati dan tidak ada sesiapa pun yang dapat menbina semula bangunan yang telah rosak binasa
    6. Nabi Ibrahim sendiri meminta daripada Allah Taala untuk melihat bagaimana Allah Taala menghidupkan makhluk yang telah mati, bukan kerana Nabi Ibrahim tidak percaya kepada kekuasaan Allah dalam menghidupkan sesuatu yang telah mati tetapi untuk memberi ketenangan dalam dirinya sebagaimana firman
      1. Surah Al Baqarah Ayat 260
        1. وإذ قال إبراهيم رب أرني كيف تحيي الموتى قال أو لم تؤمن قال بلى ولكن ليطمئن قلبي قال فخذ أربعة من الطير فصرهن إليك ثم اجعل على كل جبل منهن جزءا ثم ادعهن يأتينك سعيا واعلم أن الله عزيز حكيم
        2. yang bermaksud, yang bermaksud, 260. dan ingatlah ketika Nabi Ibrahim merayu dengan berkata, wahai tuhanku, perlihatkanlah kepadaKu bagaimana Engkau menghidupkan makhluk-makhluk yang mati, Allah berfirman, adakah engkau belum percaya kepada kekuasaanku? Nabi Ibrahim menjawab, bahkan aku percaya dan yakin, akan tetapi aku memohon yang demikian ialah supaya tenteram hatiku yang amat ingin menyaksikannya, Allah berfirman, jika demikian, ambilah empat ekor burung, kemudian kumpulkanlah olehmu dan cincanglah semuanya, setelah itu letakkanlah di atas tiap-tiap sebuah bukit sebahagian daripadanya, kemudian serulah burung-burung itu nescaya semuanya akan datang kepadamu dengan segera, dan ketahuilah sesungguhnya Allah maha kuasa, lagi maha bijaksana
  3. dalam ayat ini Allah Taala menyebut "فَأَمَاتَهُ اللهُ مِائَةَ عَامٍ ثُمَّ بَعَثَهُ" yang bermaksud "lalu Allah matikannya dan Allah biarkan lelaki itu tidak berubah selama seratus tahun kemudian Allah hidupkan dia semula" ...
    1. untuk menunjukkan kekuasaan Allah dalam menghidupkan orang yang telah mati maka Allah Taala telah mematikan lelaki itu
    2. Allah matikannya selama seratus tahun
  4. dalam ayat ini Allah Taala menyebut "قَالَ كَمْ لَبِثْتَ قَالَ لَبِثْتُ يَوْمًا أَوْ بَعْضَ يَوْمٍ قَالَ بَل لَّبِثْتَ مِائَةَ عَامٍ" yang bermaksud "lalu Allah bertanya kepadanya, berapa lama engkau tinggal di sini? dia menjawab, aku telah tinggal di sini sehari atau setengah hari Allah berfirman, tidak benar, bahkan engkau telah tinggal berkeadaan demikian selama seratus tahun" ...
    1. di sini bermulanya perbualan antara lelaki ini dengan Allah Subhanahu Wataala
    2. Allah Taala bertanya kepada lelaki ini bukannya menunjukkan Allah Taala tidak mengetahui tetapi untuk lebih kuat lagi memasukkan keyakinan dalam diri lelaki itu
  5. dalam ayat ini Allah Taala menyebut "فَانْظُرْ إِلَى طَعَامِكَ وَشَرَابِكَ لَمْ يَتَسَنَّهْ وَانْظُرْ إِلَى حِمَارِكَ وَلِنَجْعَلَكَ آيَةً لِّلنَّاسِ" yang bermaksud "oleh itu, perhatikanlah kepada makanan dan minumanmu, masih tidak berubah keadaannya dan perhatikanlah pula kepada keldai kamu hanya tinggal tulang-tulangnya bersepah dan Kami lakukan ini ialah untuk menjadikan engkau sebagai tanda kekuasaan kami bagi umat manusia" ...
    1. dalam ayat ini Allah membuat perumpamaan dan membuat contoh bagaimana berkuasanya Allah Taala 
    2. iaitu berkuasanya Allah Taala menghidupkan semula manusia dan sesuatu yang telah mati
    3. contohnya makanan lelaki itu tidak berubah supaya apabila Allah hidupkan semula lelaki itu, dia boleh makan daripada makanannya yang tidak rosak itu
    4. ini menunjukkan Allah berkuasa menjaga makanan lelaki itu walaupun telah berlalu seratus tahun, makanan lelaki itu tetap baik
    5. contohnya keldai itu tinggal tulang sahaja
    6. tetapi lelaki yang Allah matikan itu dapat hidup semula
    7. Allah Taala memang bekuasa menghidupkan yang telah mati sebagaimana firman Allah
      1. Surah Al Baqarah Ayat 258
        1. ألم تر إلى الذي حاج إبراهيم في ربه أن آتاه الله الملك إذ قال إبراهيم ربي الذي يحيي ويميت قال أنا أحيي وأميت قال إبراهيم فإن الله يأتي بالشمس من المشرق فأت بها من المغرب فبهت الذي كفر والله لا يهدي القوم الظالمين
        2. yang bermaksud, 258. tidakkah engkau pelik memikirkan wahai Muhammad tentang orang yang berhujah membantah Nabi Ibrahim dengan sombongnya mengenai tuhannya, kerana Allah memberikan orang itu kuasa pemerintahan, ketika Nabi Ibrahim berkata, tuhanku ialah yang menghidupkan dan yang mematikan, dia menjawab, aku juga boleh menghidupkan dan mematikan, Nabi Ibrahim berkata lagi, sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, oleh itu terbitkanlah dia dari barat, maka tercenganglah orang yang kafir itu lalu diam membisu, dan ingatlah, Allah tidak akan memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim
      2. Surah Al Haj Ayat 6
        1. ذلك بأن الله هو الحق وأنه يحيي الموتى وأنه على كل شيء قدير
        2. yang bermaksud, 6. kedua-dua kenyataan yang tersebut membuktikan bahawa sesungguhnya Allah jualah tuhan yang sebenar-benarnya yang berhak disembah, dan sesungguhnya Dia lah yang menghidupkan makhluk-makhluk yang mati, dan Dia lah jua yang maha kuasa atas tiap-tiap sesuatu
    8. dalam ayat-ayat Al Quran yang lain, bermacam-macam cara Allah Taala sebutkan kepada manusia supaya manusia beriman kepada hidup selepas mati
    9. contohnya gambaran bumi dahulunya mati kemudian Allah Taala hidupkannya sebagaimana firman Allah
      1. Surah Qaf Ayat 11
        1. رزقا للعباد وأحيينا به بلدة ميتا كذلك الخروج
        2. yang bermaksud, 11. semuanya itu sebagai rezeki bagi hamba-hamba kami, dan lagi Kami telah hidupkan dengan air itu bumi yang mati, demikianlah pula keadaan keluarnya orang-orang yang mati dari kubur setelah dibangkitkan hidup semula
      2. Surah Az Zukhruf Ayat 11
        1. والذي نزل من السماء ماء بقدر فأنشرنا به بلدة ميتا كذلك تخرجون
        2. yang bermaksud, 11. dan Dia lah yang menurunkan hujan dari menurut sukatan yang tertentu, lalu Kami hidupkan dengan hujan itu negeri yang kering tandus tanahnya, sedemikian itulah pula kamu akan dikeluarkan hidup semula dari kubur
      3. Surah Fatir Ayat 9
        1. والله الذي أرسل الرياح فتثير سحابا فسقناه إلى بلد ميت فأحيينا به الأرض بعد موتها كذلك النشور
        2. yang bermaksud, 9. dan Allah jualah yang menghantarkan angin, lalu angin itu menggerakkan awan, kemudian kami halakan awan itu ke negeri yang mati yang kering kontang, lalu Kami hidupkan bumi sesudah matinya dengan hujan dari awan itu, sedemikian itu pula kebangkitan manusia hidup semula sesudah mati
      4. Surah Ar Rum Ayat 19
        1. يخرج الحي من الميت ويخرج الميت من الحي ويحيي الأرض بعد موتها وكذلك تخرجون
        2. yang bermaksud, 19. Dia mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup, serta menghidupkan bumi sesudah matinya, dan sedemikian itulah kamu akan dikeluarkan hidup semula dari kubur bumi yang mati, demikianlah pula keadaan keluarnya orang-orang yang mati dari kubur setelah dibangkitkan hidup semula
    10. contohnya gambaran tumbuh-tumbuhan dahulunya mati kemudian Allah Taala hidupkannya semula sebagaimana firman Allah
      1. Surah Qaf Ayat 9
        1. يخرج الحي من الميت ويخرج الميت من الحي ويحيي الأرض بعد موتها وكذلك تخرجون
        2. yang bermaksud, 9. dan juga Kami telah menurunkan dari langit air hujan yang banyak faedahnya, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu pokok-pokok tanaman buah-buahan dan biji-bijian yang dituai
      1. Surah Ar Rum Ayat 50
          1. فانظر إلى آثار رحمة الله كيف يحيي الأرض بعد موتها إن ذلك لمحيي الموتى وهو على كل شيء قدير
          2. yang bermaksud, 50. maka lihatlah olehmu kepada kesan-kesan rahmat Allah, bagaimana Dia menghidupkan bumi sesudah matinya dengan tanaman-tanaman yang menghijau subur, sesungguhnya Allah yang demikian kekuasaanNya, sudah tentu berkuasa menghidupkan orang-orang yang telah mati, dan ingatlah Dia maha kuasa atas tiap-tiap sesuatu
        1. Surah Al Haj Ayat 5
          1. يا أيها الناس إن كنتم في ريب من البعث فإنا خلقناكم من تراب ثم من نطفة ثم من علقة ثم من مضغة مخلقة وغير مخلقة لنبين لكم ونقر في الأرحام ما نشاء إلى أجل مسمى ثم نخرجكم طفلا ثم لتبلغوا أشدكم ومنكم من يتوفى ومنكم من يرد إلى أرذل العمر لكيلا يعلم من بعد علم شيئا وترى الأرض هامدة فإذا أنزلنا عليها الماء اهتزت وربت وأنبتت من كل زوج بهيج
          2. yang bermaksud, 5. wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak ragu-ragu tentang kebangkitan makhluk hidup semula pada hari kiamat, maka perhatilah kepada tingkatan kejadian manusia kerana sebenarnya Kami telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitik air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging yang disempurnakan kejadiannya dan yang tidak disempurnakan, Kami jadikan secara yang demikian kerana Kami hendak menerangkan kepada kamu kekuasaan Kami, dan Kami pula menetapkan dalam kandungan rahim ibu ang mengandung itu apa ang Kami rancangkan hingga ke suatu masa yang ditentukan lahirnya, kemudian Kami mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak, kemudian kamu dipelihara hingga sampai ke peringkat umur dewasa, dan dalam pada itu ada di antara kamu yang dimatikan semasa kecil atau semasa dewasa dan ada pula yang dilanjutkan umurnya ke peringkat tua nyanyuk sehingga dia tidak mengetahui lagi akan sesuatu yang telah diketahuiNya dahulu, dan ingatlah satu bukti lagi, engkau melihat bumi itu kering, kemudian apabila Kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya dengan tumbuh-tumbuhan ang merecup tumbuh, dan gembur membusutlah dia, serta dia pula menumbuhkan berjenis-jenis tanaman yang indah permai
        2. Surah Al A'raf Ayat 57
          1. وهو الذي يرسل الرياح بشرا بين يدي رحمته حتى إذا أقلت سحابا ثقالا سقناه لبلد ميت فأنزلنا به الماء فأخرجنا به من كل الثمرات كذلك نخرج الموتى لعلكم تذكرون
          2. yang bermaksud, 57. dan Dia lah Allah yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang mengembirakan sebelum kedatangan rahmatNya iaitu hujan, hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati, ke daerah yang kering kontang, lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan, demikianlah pula Kami mengeluarkan menghidupkan semula orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat mengambil pelajaran daripadanya
        3. Surah Al A'raf Ayat 57
          1. وهو الذي يرسل الرياح بشرا بين يدي رحمته حتى إذا أقلت سحابا ثقالا سقناه لبلد ميت فأنزلنا به الماء فأخرجنا به من كل الثمرات كذلك نخرج الموتى لعلكم تذكرون
          2. yang bermaksud, 57. dan Dia lah Allah yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang mengembirakan sebelum kedatangan rahmatNya iaitu hujan, hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati, ke daerah yang kering kontang, lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan, demikianlah pula Kami mengeluarkan menghidupkan semula orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat mengambil pelajaran daripadanya
        4. Surah Fussilat Ayat 39
          1. ومن آياته أنك ترى الأرض خاشعة فإذا أنزلنا عليها الماء اهتزت وربت إن الذي أحياها لمحيي الموتى إنه على كل شيء قدير
          2. yang bermaksud, 39. dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya, engkau melihat bumi kosong sepi dalam keadaan kering dan tandus, maka apabila Kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya serta suburlah tanamannya, sesungguhnya Allah yang menghidupkannya sudah tentu berkuasa menghidupkan makhluk-makhluk yang telah mati, sesungguhnya Dia maha kuasa atas tiap-tiap sesuatu
    11. dalam ayat ini Allah Taala menyebut "وَلِنَجْعَلَكَ آيَةً لِّلنَّاسِ" yang bermaksud "dan Kami lakukan ini ialah untuk menjadikan engkau sebagai tanda kekuasaan kami bagi umat manusia" 
    12. ini menunjukkan Allah Taala matikan lelaki itu dan Allah pelihara makanannya dalam jangka masa yang tersangat lama ada sebabnya
    13. antaranya supaya manusia melihat betapa berkuasanya Allah Taala dalam melakukan sesuatu yang dikehendakiNya
    14. ada beberapa perkara yang Allah Taala buat untuk menunjukkan kepada manusia betapa hebatnya kekuasaan Allah Subhanahu Wataala
      1. antaranya, Allah Taala jadikan Maryam Binti Imran mengandungkan seorang anak lelaki dengan tidak ada suami sebagaimana firman Allah
        1. Surah Maryam Ayat 21
          1. قال كذلك قال ربك هو علي هين ولنجعله آية للناس ورحمة منا وكان أمرا مقضيا
          2. yang bermaksud, 21. dia menjawab, demikianlah keadaannya tak usahlah dihairankan, tuhanmu berfirman, hal itu mudah bagiKu, dan Kami hendak menjadikan pemberian anak itu sebagai satu tanda yang membuktikan kekuasaan kami untuk umat manusia dan sebagai satu rahmat dari kami, dan hal itu adalah satu perkara yang telah ditetapkan berlakunya
        1. Surah Al Furqan Ayat 37
          1. وقوم نوح لما كذبوا الرسل أغرقناهم وجعلناهم للناس آية وأعتدنا للظالمين عذابا أليما
          2. yang bermaksud, 37. dan demikian juga kaum Nabi Nuh, ketika mereka mendustakan rasul-rasul kami, Kami tenggelamkan mereka, dan Kami jadikan mereka satu tanda yang menjadi contoh bagi umat manusia, dan Kami sediakan bagi sesiapa yang zalim, azab seksa yang tidak terperi sakitnya
  6. dalam ayat ini Allah Taala menyebut "وَانْظُرْ إِلَى الْعِظَامِ كَيْفَ نُنْشِزُهَا ثُمَّ نَكْسُوْهَا لَحْمًا" yang bermaksud "dan lihatlah kepada tulang-tulang keldai itu bagaimana Kami menyusunnya kembali kemudian Kami menyalutnya dengan daging" ...
    1. dalam ayat ini, Allah Taala ingin menunjukkan kekuasaan Allah Taala
  7. dalam ayat ini Allah Taala menyebut "فَلَمَّا تَبَيَّنَ لَهُ قَالَ أَعْلَمُ أَنَّ اللهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ" yang bermaksud "" ...
    1.  Allah Taala berkuasa melakukan segala yang Allah Taala kehendaki

سورة البقرة أية 259

Comments