Ulasan Surah 86‎ > ‎

Al-Imran 1~200

                                                                         [Previous] [Next] [Home]

Al-Imran, dari  Ayat 81~90

81. Dan ingatlah tetakala Allah adakan perjanjian dengan nabi-nabi; “jika datang kepada kamu kitab dan hikmat, kemudian datang kepada kamu seorang Rasul yang membenarkan apa-apa yang ada pada kamu, hendaklah kamu percaya sungguh-sungguh kepada nya, dan menolong sungguh-sungguh akan dia”.  Ia bertanya; “sudahkah kamu  sanggup dan kamu terima perjanjian ku atas yang  demikian ? “, mereka jawab; “kami telah sanggup”.   Ia berkata; “saksikan lah, dan aku bersama kamu adalah dari golongan mereka yang menyaksikan”.

82. Lantaran demikian, barang siapa berpaling balakang sesudah itu, maka mereka orang-orang yang pasik.

83. Apakah yang selain dari agama Allah mereka mahukan, pada hal apa-apa yang dilangit-langit dan dibumi telah menyerah diri kepadanya dengan suka dan dengan terpaksa, dan kepada nya lah mereka akan dikembalikan ?.

84. Katakan lah; ”kami telah beriman kepada Allah, dan kepada apa yang telah diturunkan kepada kami, dan kepada apa yang telah diturunkan kepada Ibrahim dan Ismail dan Ishak dan Yakub dan anak cucu nya, dan kepada apa yang telah diberikan kepada Musa dan Isa dan kepada nabi-nabi dari Tuhan mereka, kami tidak membezakan antara seorang pun dari mereka itu, dan kepadanya lah kami berserah diri”.

85. Dan barang siapa cari satu agama lain daripada Islam, maka tidak akan diterima agama itu daripada nya sedang ia diakhirat adalah seorang daripada mereka yang rugi.

86. Bagaimana kah Allah akan memberi pertunjukan kepada satu kaum yang kufur sesudah beriman, serta sudah mengaku bahawa Rasul itu benar, dan telah datang keterangan-keterangan kepada mereka ?  dan Allah tidak akan memberi pertunjukkan kepada kaum yang zalim.

87. Mereka itu balasan nya ialah laknat Allah atas mereka dan laknat melaikat dan manusia semuanya.

88. Pada hal mereka akan kekal padanya, tidak akan diringankan azab dari mereka, dan tidak pula mereka diberi tempoh.

89. Kecuali mereka yang bertaubat sesudah itu, dan membikin kebaikan, maka sesungguhnya Allah itu pengampun, penyayang.

90. Sesungguh nya mereka yang kufur sesudah beriman, kemudian bertambah kufur mereka, tidak akan diterima taubat mereka, dan mereka itu ialah orang-orang yang sesat.


Sumber dari;
[] http://tammpaj.blogspot.my/2015/10/alimran.html

Following Twitter,
[] https://twitter.com/tammpajgmail/status/657932054844207104



Comments