Ubuntu :: Sistem Operasi Sumber Terbuka

 Menerokai Keupayaan Ubuntu 

Ubuntu merupakan Sistem Operasi Sumber Terbuka berasaskan Linux, dan bercabang dari Debian. Desktop shell dalam pakej awalan ialah GNOME dan UNITY.


GNOME shell
UNITY shell

Ubuntu 11.10 Overview by OMGUBUNTU!



Pada permulaan selepas siap pasang dari CD, semua aplikasi adalah berlesen yang bebas dan terbuka (GPL). Dari pemain multimedia, codec (ogg dan ogv), pelayar internet (browser), pakej office, album foto, disc burner dan sebagainya. Tetapi untuk memenuhi keperluan format yang mempunyai lesen yang berkekangan seperti MP3, MP4, MPEG, XVID, WMV, WMA dan sebagainya memerlukan proses muat turun dan pemasangan tambahan. Ini termasuk font tambahan untuk keserasian dokumen office.

Ubuntu boleh menghasilkan dokumen PDF dalam semua aplikasinya. Ini memudahkan keperluan mencetak di komputer lain dan juga memaparkan dokumen seperti yang di komputer asal. Ianya boleh dilakukan samada;

  1. Mencetak ke fail dan memilih format PDF
  2. Fungsi EXPORT TO PDF (jika ada)

Semua aplikasi adalah asli dan boleh didapati dari Ubuntu Software Centre. Untuk mereka yang lebih berpengalaman boleh muat turun terus dari pengarang aplikasi yang tulen. Tiada risiko Virus, Trojan dan Malware.

Tidak memerlukan Antivirus dan Aplikasi Sekuriti. Firewall sudah siap terpasang dalam sistem Ubuntu dan aplikasi untuk menguruskannya boleh didapati dari Ubuntu Software Centre. Tiada kekangan tambahan, komputer lebih laju.

Dengan Ubuntu, komputer anda bagaikan seperti baru setiap kali anda menggunakannya. Nikmatilah penggunaan komputer tanpa was-was, ianya bebas dan boleh dikongsi tanpa had. Dengan Perisian Sumber Terbuka maka tiada lagi kesalahan mencuri harta intelek, cetak rompak, halangan mengubah harta intelek dan pembayaran lesen mengguna.



Rujukan: