PSPM‎ > ‎

Keputusan PSPM

PENGUMUMAN KEPUTUSAN

PEPERIKSAAN SEMESTER PROGRAM MATRIKULASI (PSPM)

PROGRAM MATRIKULASI SATU TAHUN (PST) DAN

PROGRAM MATRIKULASI DUA TAHUN (PDT)

SEMESTER II DAN IV, SESI 2012/2013

 

  1. Pengarah BMKPM akan menyerahkan keputusan kepada pengarah-pengarah kolej pada 05 Jun 2013 (Rabu).
  2. Bagi calon Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM), Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT), Semester II, Sesi 2012/2013, keputusan peperiksaan boleh diperolehi di kolej masing-masing pada 6 Jun 2013 (Khamis) mulai jam 10.00 pagi.
  3. Bagi calon Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM), Program Matrikulasi Satu Tahun (PST), Semester II, Sesi 2012/2013 dan  Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM), Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT), Semester IV, Sesi 2012/2013  keputusan peperiksaan boleh disemak pada 5 Jun 2013 (Rabu) mulai jam 10.00 pagi melalui kaedah di bawah:
a)   LAMAN WEB.

Layari   http://apps.moe.gov.my/matrikulasi/keputusan_exam/

Masukkan :  Login name

Masukkan  : Kata Laluan (ikut arahan)

 b)   SISTEM PESANAN RINGKAS (SMS)

Taipkan

MOE MAK <no kad pengenalan>  hantar ke 15888

Contoh : MOE MAK 890215025789 hantar ke 15888

 c)   TELEFON:

                               i.    Kolej masing-masing.

                              ii.    Sektor Hal Ehwal Akademik Bahagian Matrikulasi KPM  di talian 03 88844022

 1.            Syarat kelayakan meneruskan pengajian adalah seperti berikut:

 

a)    Semester II, Program Matrikulasi Satu Tahun (PST):

 i.      Pelajar yang memperoleh 1.50 ≤ PNGK < 2.00 akan diberi status gagal dan ditawarkan untuk mengulang Program Matrikulasi Satu Tahun (PST).

ii.    Pelajar mengulang pada sesi lepas yang memperolehi PNGK < 2.00 akan diberikan status gagal dan TIDAK ditawarkan untuk mengulang Program Matrikulasi Satu Tahun (PST).

iii.   Pelajar yang memperolehi PNGK < 1.50 akan diberikan status gagal dan TIDAK ditawarkan untuk mengulang Program Matrikulasi Satu Tahun (PST).

 

b)   Semester IV, Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT):

 Pelajar yang memperoleh PNGK < 2.00 akan diberikan status gagal dan TIDAK ditawarkan untuk mengulang Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT).

 

c)    Semester II, Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT):

 i.      Pelajar yang memperoleh 1.50 ≤ PNGK < 2.00 gagal kali pertama dan dibenarkan meneruskan pengajian ke Semester III dengan amaran.

ii.    Pelajar yang memperoleh 1.50 ≤ PNGK < 2.00 gagal kali kedua atau PNGK < 1.50 akan diberi status gagal dan diberhentikan daripada pengajian.

 

2.            Calon-calon yang ingin membuat rayuan semak semula keputusan boleh merujuk syarat/ peraturan semak semula keputusan peperiksaan.

 

Bahagian Matrikulasi

Kementerian Pelajaran Malaysia.

April 2013.

Comments