PEMBANTU RUMAH TEMPATAN

 

 

 


Sebarang pertanyaan sila hubungi :

En Sobree :

017-308 3026  013-310 8286

Masa berurusan :      0800 - 2000 hrs

 


BERITA HARIAN ONLINE UTUSAN ONLINE                   MY METRO                              NEW STRAIT TIMES                THE STRAITS TIMES          ALIRAN / SUARAM SAKMONGKOL AK47                MALAYSIAN INSIDER    MALAYSIA TODAY             USTAZ SHAMSURI

 


BELAJAR TAJWID          BELAJAR BAHASA AL-QURAN  NAMA ANAK DALAM ISLAM


ABOUT PE                               ABOUT ED






             Pembantu Rumah Tempatan : 

    • Berugama Islam
    • Bujang/Ibu Tunggal
    • Sihat Tubuh Badan
    • Berumur antara 18 hingga 55 tahun
    • Berkelulusan sekurang-kurangnya Sijil Rendah Pelajaran (SRP)
    • Cekap menjalankan tugas
    • Bertanggungjawab, Berbudi Bahasa dan
    • Tidak mempunyai rekod jenayah
                 Calun pembantu rumah akan diberi pendedahan tentang aspek2:
  • Penjagaan kanak-kanak/Warga emas;
  • Kebersihan diri dan disiplin;
  • Pengurusan masa;
  • Cara-cara penggunaan alat letrik yang betul;
  • Keselamatan dalam rumah;
  • Cara memasak dan
  • Pertolongan cemas (First Aid)

              Sila hantar permohonan anda ke pembantuanda@gmail.com dengan                                            memberikan butiran berikut :

    • Nama penuh majikan. 
    • Bilangan anak dan umor
    • Untuk jagaan warga emas/suami/isteri, sila nyatakan umor dan keadaan fizikal/penyakit.
    • No HP dan alamat tempat tinggal.
    • Spec pengasuh yang dikehendaki.
    • Spec tugas yang perlu dilakukan pembantu.   

                  Anda akan dihubungi melalui telefon jika terdapat pembantu rumah yang                                      sesuai dengan permohonan anda.

              MUSTAHAK : 

    • Sila ambil perhatian kepada semua majikan bahawa kami bukanlah agent yang berdaftar di bawah mana-mana Jabatan atau Kementerian yang bertanggungjawab dalam hal-hal tenaga kerja di Malaysia. Kami hanyalah pehak ketiga yang memberikan alternatif/peluang kepada rakyat malaysia yang berminat untuk bekerja sebagai pembantu rumah dan juga kepada majikan yang berminat menggunakan khidmat pembantu rumah tempatan sebagai alternatif kepada sumber tenaga luar negara.
    • Fees atau bayaran yang dikenakan adalah untuk menampung perbelanjaan mengurus, menapis dan melatih bakal-bakal pembantu rumah selama 2 minggu sebelum diserahkan kepada majikan. Kami tidak mengambil sebarang deposit daripada  majikan.
    • Tiada sebarang syarat kelayakan bagi majikan.
    • Kami tidak bertanggungjawab di atas apa jua perlakuan jenayah yang dilakukan samada oleh majikan atau pun pembantu rumah, masing-masing tertakluk kepada apa jua undang-undang jenayah yang terpakai di Malaysia.
  • Majikan mestilah berjumpa dan berbincang dengan calun pembantu tentang syarat-syarat yang akan/telah dipersetujui bersama sebelum membuat keputusan kerana kami tidak akan bertanggungjawab ke atas apa jua kerugian yang bakal dihadapi oleh mana-mana pehak selepas  perjanjian ditandatangani terhadap apa jua fees yang telah dibayar oleh mana-mana pehak samada majikan atau pun pembantu rumah.       
    • Gaji minimum pembantu rumah tempatan adalah berdasarkan kepada :
                    - 1 hingga 2 anak gaji minimum ialah RM800.00
                    - 3 hingga 4 anak gaji minimum ialah RM850.00
                    - 5 anak ke atas gaji minimum ialah RM900.00
                    - menjaga ibu/bapa/suami/isteri yang SAKIT/BED-RIDDEN gaji minimum ialah RM800.00
    • Tugasan Pembantu Rumah :
  1. Menjaga dan menguruskan anak2/Warga emas.
  2. memasak.
  3. mengemas rumah.
  4. mencuci pakaian.        
    • Cuti satu (1) hari hendaklah diberi dalam seminggu.
    • Gaji minimum pembantu rumah bagi majikan yang bekerja diluar negara dikira dalam nilai mata wang negara berkenaan dengan jumlah minimum USD600 atau minimum RM1,800.00
    • Masa bertugas pembantu rumah adalah dari pukul 6 pagi sehingga 8 malam atau sehingga majikan sampai di rumah.
    • Disebabkan ramai majikan yang berminat untuk dapatkan khidmat pembantu rumah tempatan, nama anda akan dimasukkan dalam senarai menunggu sebaik saja kami terima permohonan melalui email. Masa menunggu adalah lebih kurang seminggu hingga sebulan.
    • Giliran anda adalah juga bergantung kepada spec pengurus yang anda kehendaki (contoh: calun mesti berumur 30 tahun, berasal dari perak, pandai mengaji dll) berbanding dengan majikan yang tidak mempunyai apa-apa spec pembantu yang khusus dan juga availability anda semasa tiba giliran. (Maksudnya anda hendaklah datang berjumpa dan menemubual calun pembantu rumah  immidiately selepas dihubungi, jika tidak kami akan menghubungi majikan seterusnya di dalam senarai menunggu).
    • Kami akan memilih dan membuat penilaian secara rapi terhadap kesesuaian calun2 pembantu seperti kekemasan, kebersihan diri, kemahiran, sikap dan sebagainya sebelum diserahkan kepada majikan.
    • BAYARAN AGENSI : RM2,000.00 -dibayar semasa mengambil pembantu rumah setelah kedua-dua pehak (majikan dan pembantu rumah) berpuashati dengan syarat2 yang dibincangkan bersama.
    • Kontrak 1 tahun. (perjanjian antara MAJIKAN dan PEMBANTU) akan didaftar di pejabat stamp setelah kedua dua pehak menandatanganinya dan akan dihantar kepada majikan/pembantu rumah melalui POS Malaysia.     
    • KONTRAK PEKERJAAN - sila klik        

                Lapurkan sebarang jenayah kepada pehak berkuasa