*Kebaikan dan Keburukan Menggunakan YouTube Dalam Pengajaran

Kelebihan

-Menyokong pembelajaran kendiri dengan maklum balas dan peneguhan yang cepat.

-Pengintegrasian multi media daripada sumber yang pelbagai.

-Keinteraktifan yang membolehkan pembelajaran dapat dijalankan dengan luas dengan kawalan kendiri. 

-Cara kerja baru dalam komputer akan membangkitkan motivasi kepada pelajar dalam pembelajaran.

-Warna, muzik dan grafik animasi dapat menambahkan kesan realistik dan memerlukan latihan, kegiatan amali, simulasi dan sebagainya.

-Pengawasan pengajaran daripada guru dapat diperluaskan kerana maklumat senang didapati dan mudah diatur dan ia membantu pengawasan yang lebih terhadap pelajar.

Kelemahan

-Kos yang tinggi

-Teknologi yang cepat berubah

-Perlu cekap dan bermotivasi untuk berjaya

-Program pengajaran pendidikan yang bermutu yang menggunakan kecanggihan komputer masih kurang, terutama yang menggunakan mikrokomputer.

-Beban pengajaran guru bertambah kerana terpaksa memahami penggunaan komputer secara terperinci.

-Kreativiti mungkin hanya akan difokuskan kepada pengajaran yang dikomputerkan sahaja. Ini akan mengabaikan sikap semulajadi pelajar yang kreatif kerana semua pembelajaran adalah menggunakan program komputer.

Comments