Khatam Surah 51‎ > ‎

Al-Baqarah 1~286

                                                    [Previous] [Next] [Home]

Al-Baqarah, dari Ayat 31~40

31. Dan dia telah ajarkan kepada Adam keterangan-keterangan itu semuanya, kemudian ia tunjuk kan benda-benda itu kepada melaikat seraya berkata, “berilah tahu kepada  ku keterangan-keterangan bagi benda-benda ini jika memang kamu itu makhluk yang benar.

32. Mereka menjawab, “maha cuci Engkau ! kami tidak mempunyai pengetahuan melainkan  apa yang Engkau telah ajarkan kepada kami, kerana sesungguhnya Engkau lah yang amat mengetahui, yang bijak sana”.

33. Ia berkata, “Hai Adam ! khabarkan lah kepada mereka keterangan-keterangan bagi benda-benda

itu”. Maka setelah ia khabarkan kepada mereka keterangan-keterangan itu, ia berkata, “bukankah aku telah berkata kepada kamu, bahawa Aku amat mengetahui rahsia langit-langit dan bumi, dan aku amat mengetahui apa-apa yang kamu nyatakan dan apa-apa  yang kamu rahsiakan ?”.

34. Dan ingatlah tetakala kami berkata kepada melaikat, “tunduklah bagi Adam”, maka mereka tunduk, tetapi iblis enggan dan menyombong, kerana adalah ia daripada  makhluk-makhluk yang kafir.

35. Dan kami berkata, “Hai Adam ! tinggal lah engkau dan isterimu, dijanah ini, dan makanlah daripada nya sepuas-puasnya dan suka-suka kamu berdua, tetapi janganlah kamu berdua hampiri pohon ini, kerana kamu berdua akan jadi orang-orang yang menginyayi”.

36. Maka syaitan itu telah gelincirkan mereka berdua daripada (taat) itu, hingga menyebabkan mereka berdua dikeluarkan daripada keadaan (baik) yang mereka sudah ada padanya, dan kami berkata, “pargilah kamu, didalam keadaan sebahagian daripada kamu jadi seteru bagi sebahagian, dan kamu akan dapat  dibumi itu satu tempat ketetapan dan bekalan hingga satu masa”.

37. Sesudah itu, adam telah terima apa perkataan dari Tuhan nya, lalu Ia ampunkan dia, kerana sesunggunya Allah itu ialah pengampun, penyayang.

38. Kami berkata, “pergilah sekelian dari janah itu, kemudian jika datang kepada kamu satu petunjuk daripada ku, maka sesiapa yang turut petunjuk itu, tidaklah ada ketakutan atas mereka dan tidak akan mereka dukacita.

39. Dan orang-orang yang kafir dan mendustakan ayat-ayat kami, mereka itu ialah ahli neraka yang akan kekal padanya.

40. Hai bani Israel ! ingatlah nikmat Ku  yang Aku telah kurniakan atas kamu, dan sempurnakan lah perjanjian Ku, nescaya Aku sempurnakan perjanjian kamu, dan Aku lah semata-mata hendaknya kamu takuti.

 

Sumber;
[] http://www.facebook.com/groups/8533013308/doc/10150946659373309 



Comments