Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI)

Kenapa ramai gagal dalam permohonan KPLI?

Ramai calon yang memohon KPLI akhirnya gagal bukan kerana tidak layak dari segi akademik TETAPI gagal memahami kehendak soalan ujian MTEST dan menampilkan diri sebagai seorang bakal guru semasa menghadiri temuduga KPLI. Jadi, bagaimanakah anda boleh lulus ujian MTEST dan seterusnya berjaya menepati kehendak panel penemuduga KPLI dan menarik perhatian mereka?

Tujuan eKPLI ini diterbitkan adalah khusus untuk membantu calon untuk meramal, bersedia dan dapat menghadapi ujian MTEST dan temuduga KPLI dengan lebih yakin dan berjaya melayakkan diri untuk memasuki Institut Pendidikan Guru (IPGM) di seluruh Malaysia. Kami yakin anda adalah di antara ribuan lepasan ijazah yang sangat berminat dengan bidang perguruan.

Kami juga faham yang anda sudah pun biasa dengan sesi temuduga kerja sebelum ini, pernah menghadiri kursus dan yakin untuk ditemuduga. Tetapi anda perlu menerima hakikat bahawa sesi ujian MTEST dan temuduga untuk KPLI adalah amat jauh berbeza. Anda perlukan pendekatan yang berbeza untuk meyakinkan penemuduga. Anda perlulah memiliki kemahiran untuk meyakinkan mereka supaya memilih anda, insan paling bertuah dari berpuluh ribu insan bertuah yang lain.

Pihak kami tidak hanya menyediakan set-set soalan sahaja kerana set-set soalan boleh berubah setiap tahun. Anda akan berhadapan dengan sesuatu yang baru dan tidak diajar di dalam mana-mana buku sekalipun. Anda perlukan rujukan yang berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sebenar dunia pendidikan, dan kerana itulah eKPLI ini diterbitkan. Praktikal dan realistik adalah ciri istimewa yang ada pada pakej eKPLI ini.

Ujian MTEST (Malaysian Teacher Selection Test)

Sebijak mana sekalipun seseorang calon itu, jika tidak mengetahui teknik-teknik dan kemahiran yang khas ketika menjawab soalan MTEST, calon-calon masih akan gagal (sehingga bertahun-tahun). Tekniklah yang membezakan antara atlet yang cemerlang dan atlet yang biasa. Teknik jugalah yang membezakan antara ahli perniagaan yang berjaya dan ahli perniagaan yang gagal. Teknik ini biasanya tidak dihebahkan kerana ia menjadi senjata yang ampuh bagi sesetengah individu.

Pelajarilah teknik keguruan melalui Pakej eKPLI ini. Fahaminya dengan mendalam dan yakinlah dengan kemampuan anda untuk lulus MTEST kali ini. Teknik dan panduan keguruan ini hanya akan didedahkan kepada orang yang ingin berjaya dan orang yang berjaya yang saya maksudkan ialah ANDA!! eKPLI ini diterbitkan khusus untuk menjadi rujukan utama bakal calon KPLI pada setiap tahun.

eKPLI ini akan membincangkan kaedah-kaedah dan teknik yang berkesan untuk anda bagi menghadapi Ujian MTEST. Anda tidak akan dapat menjumpai teknik ini di mana-mana sekalipun kerana ia diterbitkan khusus untuk membantu calon-calon yang ingin memasuki KPLI. Teknik-teknik ini tidak terdapat di mana-mana kedai buku atau laman web yang lain. Bukan hasil ciplak dan bukan peniruan daripada mana-mana penerbitan. Ia merupakan kajian komprehensif dan mendalam tentang KPLI sejak pertama kali ia diperkenalkan pada tahun 1985.

MTEST terdiri daripada 5 Kertas Ujian iaitu Ujian kefahaman Bahasa Melayu (Verbal), Ujian kefahaman Bahasa Inggeris, Ujian Kemahiran Matematik (Kuantitatif), Ujian Kecerdasan (Analitikal) dan INSAK (Sahsiah). Kami akan menerangkan dengan terperinci bagaimana saudara saudari boleh melepasi ujian-ujian ini dengan yakin. Anda tidak perlu lagi berada dalam kebingungan dan kebimbangan. Kami akan mengajar anda bagaimana caranya untuk anda menjawab dengan pantas dan tepat soalan-soalan tersebut.

Temuduga KPLI

Apakah kelemahan-kelemahan calon semasa temuduga KPLI dan bagaimanakah untuk mengatasinya? Apakah jawapan-jawapan yang sepatutnya diberikan oleh calon ketika ditemuduga? Apakah jawapan-jawapan yang harus dielakkan sama sekali? Siapakah mereka dan mengapakah mereka dilantik menjadi penemuduga KPLI? Apakah pantang larang ketika berdepan dengan penemuduga KPLI dan apakah yang anda perlu tekankan pada personaliti anda? Calon yang bagaimanakah yang mereka cari? Semuanya kami dedahkan di dalam pakej eKPLI ini.

Kami akan memberikan juga contoh-contoh soalan temuduga KPLI dan apakah jawapan-jawapan yang wajar anda berikan, sesuai dengan kehendak dan prasyarat profesion perguruan. Ketahui juga contoh-contoh jawapan calon-calon terdahulu yang menggagalkan mereka di peringkat temuduga KPLI. Bagaimana pula strategi anda untuk mempengaruhi penemuduga dan menyakinkan mereka bahawa anda layak dan berhak memasuki KPLI ini? Apakah prinsip dan etika diri anda yang perlu anda tonjolkan? Apakah persediaan terbaik anda sehari sebelum temuduga?

Rahsia yang ada di dalam eKPLI ini tidak ternilai harganya. Jika anda tidak merebut peluang keemasan ini, orang lain sudah tentu akan merebutnya lebih awal. Mulakanlah langkah pertama itu sebelum langkah itu dimulai oleh orang lain dulu. Ingat saudara saudari, 'masa itu emas' dan jangan menyesal di kemudian hari. Sesi temuduga KPLI ini adalah khas untuk memilih bakal guru. Jadi anda perlu tahu kemahuan, kehendak dan tahu menarik minat penemuduga. Jika anda hendak menjadi guru, bertanyalah kepada guru. Prinsip itulah yang menjadikan eKPLI ini sebagai rujukan paling penting untuk calon-calon yang serius ingin mendapatkan tempat dalam KPLI. Ingat, tempat adalah TERHAD!

Dapatkan Pakej eKPLI sebelum terlambat!

Semoga anda berjaya mendapat tempat di dalam KPLI kali ini.

Kami mendoakan kejayaan anda.

Pakej ini disediakan oleh CIKGU WAN FAIZOL WAN MAT

(Guru Lepasan KPLI & Pengasas eKPLI)

Bagaimana ingin mendapatkan Pakej eKPLI?

Anda hanya perlu membayar RM60.00. Pakej eKPLI ini sangat berguna dan telah banyak membantu beribu-ribu calon yang memohon KPLI untuk melepasi Ujian MTEST & Temuduga KPLI dengan cemerlang dan jayanya. Pengasas eKPLI, Cikgu Wan Faizol adalah guru lepasan KPLI. Jadi, beliau banyak mengetahui rahsia dan teknik bagaimana untuk berjaya di dalam KPLI.

Kami menyediakan pelbagai saluran bayaran untuk kemudahan anda. Untuk membuat PEMBELIAN SEGERA yang mudah, selamat dan cepat, sila masukkan RM60.00 ke salah satu akaun bank berikut.

Selepas bayaran dibuat, sila Whatsapp atau SMS (SEGERA) ke no. 0139790000 dengan menaip EKPLI RM60.00 - NAMA PENUH ANDA, NO. TELEFON ANDA, E-MAIL ANDA (JIKA ADA), NAMA BANK dan MASA BAYARAN DIBUAT bagi memudahkan kami membuat pengesahan dan mendaftarkan nama anda dengan kadar segera. Sila pastikan masa bayaran yang dinyatakan adalah tepat. Kami akan mengesan bayaran anda melalui MASA BAYARAN. Tidak perlu telefon atau email. Hanya Whatsapp atau SMS dan tunggu pengesahan.


CIMB ISLAMIC BANK

ADHA ZAIN NETWORK

8603573079


MAYBANK ISLAMIC

ADHA ZAIN NETWORK

563064147551


Maklumat username dan password untuk login masuk ke Sistem eKPLI anda akan dihantar oleh Cikgu Wan Faizol ke nombor telefon bimbit anda sebaik sahaja pembayaran anda disahkan dan nama anda didaftarkan (Biasanya dalam tempoh 1 - 2 jam sahaja). Pakej eKPLI adalah dalam bentuk eBook (PDF) yang boleh didownload dan dicetak. Terdapat forum di mana anda boleh berbincang dengan ahli eKPLI.

Jadi, tunggu apa lagi? Dapatkan eKPLI dengan harga diskaun istimewa. Buat bayaran dan SMS sekarang!

Anda boleh menghubungi kami jika ada sebarang pertanyaan:

(Wakil Pengedar yang dilantik oleh Pengurus eKPLI - Cikgu Wan Faizol)

MOHD ADHA MOHD ZAIN

Tel : 0139790000 (Whatsapp atau SMS sahaja)

E-Mail : mdadha@yahoo.com

http://myadha.blogspot.com

http://www.facebook.com/adhazain


Perhatian (Penting)

* Anda akan diberikan satu alamat URL sistem download khas eKPLI (SULIT untuk pembeli sahaja) bersama username dan password.

* Apabila anda sudah memperolehi alamat URL download, username dan password, maka anda sudah boleh terus mendownload pakej dari mana-mana lokasi.

* Jika anda tidak mempunyai akses internet di rumah, dan jika ingin mendownload di Kafe Siber atau Pejabat, kami cadangkan anda membawa bersama Pen Drive berkapasiti besar.

* Anda dinasihatkan untuk menyimpan dengan selamat maklumat alamat URL download, username dan password kerana ia adalah hak milik anda.

* Pembeli dilarang untuk menyebarkan atau berkongsi sebarang maklumat yang dibeli kepada orang lain tanpa kebenaran bertulis dari pihak eKPLI.

* Pembeli juga dilarang untuk menciplak atau menjual kembali pakej eKPLI tanpa kebenaran bertulis dari pihak eKPLI.

* Produk eKPLI Adalah eBook Di dalam Format PDF dan bukan dalam format bercetak.

* Pastikan komputer anda mempunyai program Adobe Reader untuk membaca dan mencetak fail-fail pdf tersebut.

* Anda boleh menghubungi Cikgu Wan Faizol untuk bantuan dan khidmat nasihat: 013-4819486

PERATURAN MENDUDUKI UJIAN MTeST

TAHNIAH kepada anda kerana berjaya dan dipanggil untuk menduduki ujian MTeST. Sebagai seorang bakal guru, anda mesti mempunyai perwatakan dan penampilan diri yang sesuai dengan profesion keguruan. Di sini digariskan peraturan yang perlu anda turuti sebagai persediaan untuk menduduki ujian tersebut di atas. Kegagalan mematuhi arahan ini boleh menyebabkan anda dilarang daripada menduduki ujian. Sila ambil perhatian dan tindakan kepada perkara-perkara berikut :

1. Sila bawa perkara-perkara berikut ke pusat ujian :

a. Kad Pengenalan Diri/ MyKad

b. Tiket Panggilan Ujian yang dicetak melalui internet.

c. Pensel 2B dan pemadam

2. Anda mestilah berpakaian kemas dan sesuai dengan etika profesion keguruan.

Penampilan dan pakaian lelaki:

a. Berpakaian formal, sesuai dan kemas iaitu bertali leher, berseluar panjang dengan berbaju kemeja. Baju T dan seluar jeans tidak dibenarkan.

b. Memakai kasut dan berstokin. Sandal atau selipar tidak dibenarkan.

c. Berambut pendek, kemas dan tidak mencecah kolar baju. Fesyen rambut tidak keterlaluan dan tidak diwarnakan.

Penampilan dan pakaian perempuan:

a. Berpakaian formal, sopan, kemas, sesuai dan tidak menjolok mata. Sandal atau selipar tidak dibenarkan.

b. Baju mesti berlengan panjang dan tidak ketat sehingga menunjukkan bentuk tubuh badan. Baju T dan seluar jeans tidak dibenarkan.

c. Solekan, aksesori dan pewangi adalah sederhana sahaja.

d. Fesyen rambut tidak keterlaluan dan tidak diwarnakan.

3. Bahan-bahan berikut tidak dibenarkan dibawa masuk atau keluar daripada bilik ujian

a. Membawa masuk apa jua buku, kamus, telefon bimbit, alat perakam, kalkulator, kamera, kertas dan barang lain yang dilarang ke dalam bilik ujian.

b. Membawa keluar buku soalan, kertas jawapan berkomputer atau kertas kira kasar pada bila-bila masa.

4. Perbuatan berikut adalah dilarang semasa ujian:

a. Meniru.

b. Mengambil ujian untuk orang lain.

c. Memberi atau menerima pertolongan semasa ujian.

d. Membuat sebarang komunikasi (bercakap, berbisik, memberi isyarat dan sebagainya).

e. Menyalin soalan sama ada secara menulis atau elektronik.

5. Sila berada 30 minit sebelum masa ujian. Calon yang datang lewat lebih daripada 15 minit selepas masa ujian bermula tidak akan dibenar masuk menduduki ujian.

A: PENGENALAN

MTeST merupakan singkatan bagi “Malaysian Teacher Selection Test” (Ujian Pemilihan Calon Guru Malaysia). Ujian ini digunakan sebagai saringan awal untuk calon yang memohon mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) di institut/ maktab perguruan Malaysia. Calon yang telah menduduki ujian dan mencapai tahap yang ditetapkan sahaja akan dipanggil temu duga.

B: KOMPONEN DAN TEMPOH MENJAWAB MTeST

Terdapat lima komponen dalam MTeST iaitu:

  1. Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK)

  2. Kuantitatif

  3. Bahasa Inggeris

  4. Analitikal

  5. Verbal (Bahasa Melayu)

Kelima-lima komponen ini dimuatkan dalam lima buah buku seperti berikut:

Buku A: INSAK

Buku B: Kuantitatif

Buku C: Bahasa Inggeris

Buku D: Analitikal

Buku E: Verbal

Tempoh keseluruhan ujian ialah selama 2 jam 30 minit.

HURAIAN KOMPONEN MTeST

Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK)

Rasional

Calon perlu memiliki ciri-ciri sahsiah yang terpuji, positif serta kesediaan yang tinggi untuk memikul tanggungjawab sebagai guru. INSAK merupakan ujian bagi mengesan kesesuaian sahsiah calon untuk profesion keguruan. Komponen ujian ini mengandungi gagasan amanah, taat setia, ikhlas dan dedikasi, kawalan emosi, disiplin, kepekaan, kepimpinan, motivasi, kreatif dan inovatif serta kematangan fikiran. Komponen INSAK merupakan teras dalam MTeST dan calon perlu mencapai tahap yang ditetapkan.

Objektif

Komponen ujian ini bertujuan

  • memilih calon selaras dengan keperluan profesion keguruan;

  • mengenalpasti calon yang mempunyai sahsiah yang sesuai dalam bidang keguruan.

Format Soalan

Jumlah soalan: 135

Masa: 30 minit

Bentuk soalan: Soalan objektif dengan dua pilihan jawapan

Panduan Menjawab Soalan

Calon dikehendaki menjawab

  • secara spontan

  • purata 4 – 5 soalan dalam masa 1 minit

KUANTITATIF

Rasional

Kebolehan untuk memanipulasi data atau maklumat seperti membuat perbandingan antara dua kuantiti, mentafsir data dan menyelesai masalah dianggap sebagai kemahiran asas bagi semua bakal guru. Keupayaan ini membolehkan mereka membuat keputusan dengan lebih tepat, cekap dan berwibawa.

Objektif

Komponen ini bertujuan mengenal pasti dan memilih calon guru yang boleh

  • mengaplikasi asas-asas matematik sekolah menengah (Aritmetik, Algebra dan Geometri) dalam pelbagai situasi;

  • membuat perbandingan antara dua kuantiti;

  • membaca, mentafsir dan membuat analisis carta, jadual, graf atau rajah;

  • menyelesaikan masalah yang melibatkan penggunaan data;

  • membuat ramalan berdasarkan maklumat kuantitatif dan;

  • membuat keputusan yang terbaik berdasarkan maklumat kuantitatif.

Format

Komponen kuantitatif mengukur pengetahuan, kefahaman konsep dan kemahiran asas matematik. Komponen ini menggunakan jenis soalan yang berbentuk

  • perbandingan kuantitatif - 15 soalan

  • penyelesaian masalah &

mentafsir data. - 15 soalan

Jumlah soalan: 30

Masa: 30 minit

Bentuk soalan: Soalan objektif dengan empat pilihan jawapan

Panduan Menjawab Soalan

Calon diingatkan

  • tidak membazir masa membuat pengiraan yang terlalu tepat untuk membanding dua kuantiti;

  • mempertimbang semua jenis nombor sebelum membuat keputusan;

  • gambar rajah geometri tidak dilukis mengikut skala;

  • perbandingan perlu dibuat berasaskan pengetahuan matematik.

BAHASA INGGERIS

Rasional:

Bahasa Inggeris merupakan bahasa ilmu yang digunakan di peringkat global. Oleh yang demikian amatlah penting bagi calon yang mengikuti kursus di maktab perguruan mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bahasa tersebut untuk membolehkan mereka mendapat maklumat daripada pelbagai sumber.

Objektif

Komponen ini bertujuan memilih calon yang mampu:

  • mengesan dan memperbaiki kesilapan penggunaan bahasa Inggeris dalam pelbagai situasi;

  • menggunakan bahasa Inggeris yang gramatis dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Format

Terdapat tiga jenis item:

§ Error identification - 10 soalan

§ Improving sentences - 10 soalan

§ Improving paragraph - 5 soalan

Jumlah soalan: 25

Masa: 30 minit

Bentuk soalan: Soalan objektif dengan empat pilihan jawapan

Panduan Menjawab Soalan

Candidates are required to:

  • answer three types of item i.e. Error Identification, Improving Sentences and Improving Paragraph;

  • read the instructions for each item carefully;

  • choose/select the best answer from the four options given in each question.

ANALITIKAL

Rasional

Keupayaan analitikal merupakan daya taakulan seseorang yang menjadi asas pembentukan manusia yang saintifik, progresif dan berkeyakinan terhadap kemampuan diri untuk membolehkannya berdaya suai, berwawasan dan berteknologi tinggi.

Objektif

Komponen ini bertujuan mengenal pasti dan memilih calon guru yang berpotensi serta mempunyai keupayaan analitikal dan logikal.

Format

Komponen ini mengandungi 2 bidang

  • Analitikal - 16 soalan

  • Logikal - 4 soalan

Jumlah soalan: 20

Masa: 30 minit

Bentuk soalan: Soalan objektif dengan empat pilihan jawapan

Panduan Menjawab Soalan

Calon dingatkan bahawa soalan

  • analitikal adalah berdasarkan rangsangan atau penyataan dan diikuti dengan beberapa soalan. Membuat rajah, jadual atau membuat catatan ringkas akan membantu calon menjawab soalan jenis analitikal;

  • logikal adalah berdasarkan rangsangan atau penyataan dan diikuti dengan satu soalan.

VERBAL

Rasional

Kemahiran verbal mencakupi aspek komunikasi yang menjadi asas penting bagi setiap individu untuk berinteraksi antara satu sama lain. Sehubungan itu, seseorang calon guru haruslah menguasai kosa kata yang sempurna serta dapat menghubungkaitkannya melalui komunikasi. Komponen ini akan menilai kemampuan calon menguasai kemahiran tersebut. Penguasaan verbal bertujuan menguji tahap kemahiran menghubung kait, menaakul dan menguasai kosa kata.

Objektif

Komponen ini bertujuan

  • mengenal pasti tahap taakulan verbal calon sebagai alat komunikasi;

  • mengesan kemampuan calon untuk bertindak secara matang, rasional dan profesional;

· membolehkan calon mengaplikasikan kemahiran verbal secara berkesan.

Format

Komponen verbal mengandungi 3 bidang :

  • Analogi – 15 soalan

  • Melengkapkan Ayat – 5 soalan

· Kefahaman – 5 soalan

Jumlah soalan: 25

Masa: 30 minit

Bentuk soalan: Soalan objektif dengan empat pilihan jawapan

Panduan Menjawab Soalan

Calon diingatkan bahawa soalan

  • analogi memfokuskan pasangan perkataan atau rangkai kata yang memperlihatkan unsur hubungan tertentu.

  • melengkapkan ayat terdiri daripada satu ayat majmuk dengan satu atau dua tempat kosong

  • kefahaman menguji sejauh mana calon memahami sesebuah petikan.

Soal Jawab mengenai KPLI

Soalan: Saya telah membeli no. pin KPLI di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) dan mendapati bahawa KPLI Ambilan Jan 2011 dicetak di slip no. pin tersebut dan bukannya KPLI Ambilan Jun 2010 seperti yang sepatutnya. Adakah no. pin itu sah dan boleh digunakan untuk mengisi Borang Permohonan KPLI Ambilan Jun 2010 kali ini?

Jawapan: Anda tidak perlu risau kerana no. pin tersebut sah digunakan untuk ambilan kali ini. Situasi ini terjadi disebabkan bilangan pembelian no. pin KPLI pada ambilan yang lepas telah melebihi had kuota yang ditetapkan. Oleh yang demikian, pihak BSN terpaksa menggunakan kuota no. pin untuk ambilan Jan 2011. Walaubagaimanapun, masalah tersebut tidak akan menjejaskan permohonan anda.

Soalan: Adakah selepas mengisi Borang Permohonan KPLI, saya perlu menghantar borang tersebut bersama-sama salinan sijil kepada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia?

Jawapan: Anda hanya perlu menghantar Borang Permohonan KPLI secara online dan tidak perlu menghantar borang dan salinan sijil kepada pihak kementerian. Segala urusan semakan tempat ujian MTEST, semakan panggilan temuduga dan semakan keputusan tawaran mengikuti KPLI akan dibuat secara online. Calon-calon yang berjaya dipanggil temuduga sahaja perlu membawa sijil-sijil akademik semasa temuduga nanti.

Soalan: Bilakah tarikh ujian MTEST dan temuduga KPLI ambilan kali ini akan diadakan?

Jawapan: Anda boleh merujuk kepada Kalendar Aktiviti & Tarikh Penting KPLI yang telah diberikan. Anda hendaklah menyimpan dan mengambil perhatian kepada tarikh-tarikh tersebut samaada untuk semakan tempat ujian MTEST, tarikh ujian MTEST, semakan temuduga ataupun keputusan tawaran. Ini kerana pihak Kementerian Pelajaran Malaysia tidak akan memaklumkan kepada anda melalui pos. Segala urusan akan dibuat secara online.

Soalan: Jika sekarang ini saya bekerja di bawah Skim Perkhidmatan Singkat (SKS) di Jabatan Kerajaan secara kontrak, adakah saya layak memohon KPLI?

Jawapan: Semua kakitangan awam samaada tetap, kontrak atau sambilan boleh memohon KPLI asalkan anda tidak terikat dengan perjanjian yang menyatakan secara jelas yang anda tidak boleh meletakkan jawatan dalam tempoh tertentu (rujuk surat perjanjian yang anda tandatangani dengan ketua jabatan anda). Pemohon dari kakitangan tetap Kerajaan Persekutuan hendaklah melampirkan surat pengesahan dari ketua jabatan masing-masing apabila menghadiri temuduga KPLI nanti.

Soalan: Saya sekarang bertugas sebagai Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) di sekolah. Adakah saya layak memohon dan mendapat keutamaan di dalam pemilihan KPLI nanti?

Jawapan: Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) boleh memohon KPLI dan pengalaman mengajar anda akan diberi pertimbangan sewajarnya semasa temuduga nanti. Walaubagaimanapun, anda perlu lulus ujian MTEST sepertimana calon-calon lain juga untuk dipanggil temuduga KPLI.

Soalan: Saya akan tamat pengajian dan berkonvokesyen pada bulan Mei nanti. Adakah saya layak memohon KPLI ambilan kali ini?

Jawapan: Hanya lepasan ijazah yang sudah berkonvokesyen dan telah mempunyai skrol ijazah (sijil asal ijazah universiti masing-masing) layak memohon.

Soalan: Saya mendapat tahu yang tempoh pengajian KPLI akan dilanjutkan kepada 18 bulan (satu setengah tahun). Benarkah begitu?

Jawapan: Tempoh pengajian 18 bulan masih dalam peringkat cadangan dan penilaian Kementerian Pelajaran Malaysia. Buat masa ini, tempoh pengajian KPLI masih kekal selama 12 bulan @ satu tahun (2 semester).

Soalan: Jika saya memohon KPLI sekarang, adakah saya masih berpeluang untuk memohon DPLI pada bulan Mac nanti? Yang mana satu akan diberi keutamaan (KPLI atau DPLI) jika saya mohon kedua-duanya?

Jawapan: KPLI & DPLI adalah di bawah 2 kementerian yang berbeza. KPLI diuruskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sementara DPLI diuruskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Oleh itu, permohonan anda dalam KPLI tak akan terjejas dengan permohonan DPLI. Terdapat juga calon yang mendapat tawaran kedua-duanya, KPLI & DPLI.

Soalan: Jika saya ditawarkan untuk mengikuti pengajian KPLI, berapakah jumlah elaun yang akan saya dapat?

Jawapan: Semua calon yang berjaya ditawarkan untuk mengikuti pengajian KPLI di Institut Pengajian Guru Malaysia (IPGM) akan diberi elaun sekitar RM1,300 sebulan selama tempoh pengajian.

Soalan: Benarkah calon perempuan yang mengandung tidak dibenarkan untuk mengikuti KPLI?

Jawapan: Atas faktor-faktor keselamatan, calon perempuan yang mengandung tidak dibenarkan mengikuti pengajian KPLI kerana ada aktiviti luar yang lasak dan tidak sesuai kepada calon yang mengandung. Calon hendaklah sihat tubuh badan (fizikal dan mental).

Soalan: Jika saya pernah tidak hadir ujian MTEST, temuduga KPLI dan juga menolak tawaran KPLI pada ambilan yang lepas, adakah nama saya akan disenaraihitam dan tidak dibenarkan untuk memohon pada ambilan kali ini?

Jawapan: Anda masih boleh memohon KPLI ambilan kali ini seperti biasa.

Soalan: Jika saya berjaya ditawarkan mengikuti pengajian KPLI dan berjaya menamatkan tempoh pengajian selama setahun, adakah saya dijamin mendapat penempatan di sekolah kerajaan?

Jawapan: Mengikut pengalaman yang lepas, lepasan KPLI tiada masalah penempatan di sekolah kerajaan. Anda hendaklah bersedia untuk ditempatkan di mana-mana sahaja sekolah yang memerlukan khidmat anda di seluruh Malaysia.

5. BIDANG PENGKHUSUSAN YANG DITAWARKAN

6. CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN

7. MAKLUMAN DAN PERHATIAN

8. PENDAFTARAN

Calon yang ditawarkan mengikuti kursus ini akan mendaftar di Institut Pendidikan Guru yang ditentukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tarikh yang akan ditetapkan. Calon yang telah ditemu duga dan tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh pendaftaran di Institut Pendidikan Guru dianggap tidak berjaya. Bahagian ini tidak akan mengeluarkan maklumat secara bersurat kepada calon.

9. IKATAN PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU

Calon yang ditawarkan mengikuti kursus di Institut Pendidikan Guru adalah tertakluk kepada ikatan Perjanjian Pendidikan Guru seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Calon hendaklah bersetuju dan patuh dengan kontrak perjanjian untuk dilatih di mana-mana kampus IPG, KPM dan bersedia ditempatkandi mana-mana sekolah termasuk di kawasan pedalaman seluruh negara seperti yang diarahkan oleh pihak kerajaan setelah tamat berkursus.

10. TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Permohonan bagi Ambilan Januari 2012 ditutup pada 9 Oktober 2011 (AHAD).

11. ALAMAT BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

B. KESESUAIAN IJAZAH DENGAN BIDANG PENGKHUSUSAN YANG DITAWARKAN

Berikut adalah kesesuaian ijazah dengan bidang pengkhususan yang ditawarkan:

1. Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR) j-QAF Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS)

C. STRUKTUR PROGRAM

KPLI-SR j-QAF MOD LPBS

1.

2.

Tempoh Pengajian

Tempoh pengajian bagi program ini ialah lapan belas bulan iaitu tiga semester. Calon yang berjaya terpilih akan ditempatkan di mana-mana Iinstitut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia di seluruh negara.

Komponen dan Mata Pelajaran

Komponen dan mata pelajaran KPLI j-QAF Mod LPBS Ambilan Januari 2012 adalah seperti berikut:

KOMPONEN

MATAPELAJARAN

D.

KALENDAR AKTIVITI PERMOHONAN KPLI SEKOLAH RENDAH (KPLI-SR) j-QAF MOD LPBS

AMBILAN JANUARI 2012

Perhatian : Aktiviti dan Tarikh yang dinyatakan tertakluk kepada perubahan semasa.

APLIKASI PERMOHONAN ON-LINE KPLI-SR j-QAF AMBILAN JANUARI 2012

http://apps.moe.gov.my/kpli/mohon_kpli_jqaf2012/