Khatam Terjemahan

                                                       [Previous] [Next] [Home] 

HUD, dari ayat 81~90;

81. Mereka berkata; “Hai Lut ! sesungguhnya kami ini utusan-utusan Tuhan mu, mereka tidak boleh sampai kepada mu, lantaran itu, pergilah bersama ahli mu pada waktu malam --- tetapi janganlah seorang pun dari kamu melihat kebalakang  --- kecuali isterimu, kerana akan mengenai dia apa yang akan mengenai mereka. Sesungguhnya  waktu yang dijanjikan itu ialah subuh, bukankah subuh itu dekat !

82. Maka tetakala datang azab kami, kami jadikan yang sebelah atasnya kesebelah bawah, dan kami hujani atasnya batu dari tanah liat yang beriring-iring.

83. Yang ditandakan dari sisi Tuhan mu, dan ia itu tidak jauh dari orang-orang yang zalim.

84. Dan kepada Mad’yan kami utus saudara mereka, Shuib, ia berkata; “hai kaum ku ! sembahlah Allah, kerana tidak ada bagi kamu sebarang Tuhan selain dari dia, dan janganlah kamu kurangkan sukatan dan timbangan, sesungguhnya aku lihat kamu ada dalam kesenangan dan aku takut ditimpa atas  kamu azab hari yang meliputi”.

85. “Dan hai kaum ku ! sempurnakan lah sukatan dan timbangan dengan adil, dan janganlah kamu kurangkan dari manusia barang-barang mereka dan janganlah kamu berjalan dibumi dengan mengadakan kerosakan”.

86. “Ketinggalan rezeki dari Allah itu lebih baik buat kamu, jika betul kamu beriman, dan bukan aku ini penjaga atas kamu”.

87. Mereka berkata; “Hai Suhib ! apakah agama mu menyuruh mu supaya  kami tinggalkan apa yang disembah oleh bapa-bapa  kami atau supaya  jangan kami belanjakan harta-harta kami sebahagian kami suka ? sesungguhnya engkaulah orang yang sabar, penunjuk jalan”.

88. Ia berkata; “hai kaum ku ! khabarkan lah kepada ku bagaimanakah hal kamu, jika betul aku atas keterangan  dari Tuhan ku dan ia kurniakan kepada ku satu kurnia yang baik ? dan aku tidak mahu menyalahi kamu pada mengerjakan apa yang aku larang kamu mengerjakan nya, aku tidak mahu menyalahi kamu pada mengerjakan apa yang aku larang kamu mengerjakannya, aku  tidak mahu, melainkan kebaikan, selama aku kuasa, dan tidak ada taufik ku, melainkan dengan bantuan Allah, kepada nya lah  aku berserah diri dan kepadanya lah aku akan kembali”.

89. “Dan hai kaum ku ! janganlah permusuhan kamu kepada ku menyebabkan  kamu dikenakan seperti apa yang telah mengenai kaum Nuh atau kaum Hud atau kaum Saleh, pada hal tidak lah kaum Lut itu jauh dari kami”.

90. “Dan mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian bertaubatlah kepada nya, kerana sesungguhnya Tuhan ku itu penyayang, pencinta”.


Sumber,
[] http://www.facebook.com/groups/375521555860624/doc/375522285860551

Following Twitter,
[] https://twitter.com/umnoknajid/status/689403328346718208



.

Comments