Khatam Terjemahan

                                                               [Previous] [Next] [Home]

[11] HUD, dari surah 11~20; 

11. Kecuali orang-orang yang sabar dan beramal soleh, mereka itu  adalah bagi mereka keampunan dan ganjaran yang besar.

12. Tetapi boleh jadi engkau akan hendak tinggalkan sebahagian dari apa yang diwahyukan kepada mu, dan sempit dada mu lantaran mereka berkata; “mengapakah tidak diturunkan atas nya satu perbendaharaan atau datang berserta nya seorang Malaikat ?” sesungguhnya engkau hanya seorang pengancam, dan Allah itu penjaga atas tiap-tiap sesuatu.

13. Atau apakah mereka mahu berkata; “ia telah bikin dia?” katakanlah; “datang kan lah sepuluh surah seperti itu yang dibuatkan dan serulah siapa yang kamu boleh selain dari Allah, jika memang kamu orang-orang yang benar”.

14. Maka kalau mereka tidak boleh perkenankan kamu, ketahuilah bahawa iaitu diturunkan dengan pengetahuan Allah, dan bahawa tidak ada Tuhan, melainkan dia, lantaran itu, tidakkah kamu mahu serahkan diri ?.

15. Barang siapa suka kepada penghidupan dunia dan perhiasan nya, kami akan sempurnakan ganjaran bagi usaha-usaha mereka didunia ini ! dan mereka tidak akan dirugikan padanya.

16. Merekalah orang-orang yang tidak ada bagi mereka diakhirat, melainkan neraka, dan gugur  apa-apa kebaikan yang mereka kerjakan padanya dan batal apa-apa yang mereka amalkan.

17. Apakah orang-orang yang berjalan atas keterangan dari Tuhan nya, dan di iringi dia oleh saksi daripadanya, sedang sebelum dia ada kitab Musa sebagai ikutan dan rahmat itu, sama dengan orang-orang yang hanya mahukan penghidupan didunia ?.  Mereka percaya kepadanya, dan barang siapa tidak percaya kepadanya dari antara beberapa golongan, maka neraka lah tempatnya yang dijanjikan, lantaran itu, janganlah engkau syak padanya, kerana sesungguhnya ialah kebenaran dari Tuhan mu, tetapi kebanyakan manusia tidak mahu percaya.

18. Dan bukankah tidak ada yang lebih aniayai daripada orang-orang yang ada-ada kan dusta atas nama Allah ?  mereka akan dibawa kehidupan Tuhan mereka, sedang saksi-saksi akan berkata; “inilah orang-orang yang berdusta atas nama Tuhan mereka”.  Sesungguhnya ! laknat Allah adalah atas orang-orang yang melewati batas.

19. Yang berpaling dari jalan Allah dan mahu supaya dia bengkok, dan mereka tidak percaya kepada akhirat.

20. Mereka tidak boleh terlepas dibumi, dan tidak ada bagi mereka pengurus selain dari Allah, akan digandakan bagi mereka azab. Mereka tidak  kuasa mendengar ajakan yang hak dan mereka tidak boleh melihat kebenaran.


Sumber,
[] http://www.facebook.com/groups/114367995248504/doc/499643686720931

Following Twitter,
[] https://twitter.com/etiqaknajid2/status/688872915673059328




.
Comments