Al-Baqarah 1~286

                                                 [Previous] [Next] [Home]

{2} Al-Baqarah (1~10),

Dengan nama Allah, Pemurah, Penyayang.

1. Alif, Lam, Mim.

2. Kitab itu tidak ada sebarang syak padanya, satu petunjuk jalan bagi orang-orang yang mahu beriman.

3. Yang percaya kepada qhaib, dan mendirikan sembahayang, dan mendermakan sebahagian daripada apa yang kami telah kurniakan kepada mereka.

4. Dan percaya kepada apa yang telah diturunkan kepada mu, dan kepada apa yang telah diturunkan dahulu daripada mu, dan mereka yakin kepada hari kemudian.

5. Mereka itu atas pimpinan daripada Tuhan mereka, dan mereka itu ialah orang-orang yang dapat kejayaan.

6. Sesungguhnya orang yang tidak (mahu) beriman itu sama sahaja atas mereka mahu pun  engkau ancam mereka atau pun engkau tidak ancam mereka, tidak akan mereka beriman.

7. Allah telah paterikan hati-hati mereka dan atas pendengaran mereka, dan atas pengelihatan mereka ada tutupan, dan adalah bagi mereka azab yang besar.

8. Dan sebahagian daripada manusia ada yang berkata; “kami telah  beriman kepada Allah dan kepada hari kemudian”, pada hal mereka bukan orang-orang yang beriman.

9. Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, pada hal mereka tidak memperdayakan melainkan diri-diri mereka (sendiri), sedang mereka tidak sadar.

10. Dihati-hati mereka ada penyakit, maka Allah tambah penyakit kepada mereka, dan adalah bagi mereka seksaan yang pedih dengan sebab mereka telah berdusta.

 

Sumber;
[] http://www.facebook.com/groups/192404187532560/doc/264870746952570


Comments