Khatam Surah

                                                                     [Previous] [Next] [Home]

Al-Maidah, dari Ayat 71~80. 

71. Dan mereka sangka, bahawa tidak akan ada percubaan, lantas mereka jadi buta dan tuli, kemudian Allah beri taubat kepada mereka kemudian kebanyakan dari mereka jadi buta dan tuli. Pada hal Allah melihat apa yang mereka kerjakan.

72. Sesungguhnya telah kufur orang-orang yang berkata, bahawa Allah itu ialah Al’Masih anak Mariam, pada  hal Al’Masih telah berkata; “hai bani Israel ! sembahlah Allah, Tuhan ku dan Tuhan kamu, kerana barang siapa menyekutu Allah, maka sesungguhnya Allah haramkan atas nya syurga, dan tempat kembali nya, ialah neraka, dan tidak lah ada penolong-penolong bagi orang-orang yang zalim”.

73. Sesungguhnya telah kufur orang-orang yang berkata, bahawa Allah itu yang ketiga daripada tiga, pada hal tidak ada Tuhan, malainkan Tuhan yang tunggal, dan jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan, nescaya akan mengenai orang-orang kafir dari mereka itu azab yang pedih.

74. Dari itu, tidak kah mereka mahu bertaubat kepada Allah dan meminta ampun kepada nya, kerana Allah itu pengampun, penyayang ?

75. Tidaklah Al-Massih anak Mariam, melainkan seorang Rasul sebagai Rasul-Rasul yang telah terdahulu daripadanya, dan ibu nya seorang perempuan yang sangat taat, adalah dua-dua nya memakan makanan. Lihatlah bagaimana kami terangkan kepada mereka tanda-tanda, kemudian lihatlah, bagaimana mereka dipalingkan.

76. Katakan lah; “adakah patut  kamu sembah selain daripada Allah, suatu yang tidak berkuasa mudaratkan dan tidak boleh manfaatkan kamu, sedangkan Allah itu, ialah yang mendengar, yang mengetahui ?

77. Katakan lah; “hai ahli kitab ! janganlah kamu melebih-lebihi didalam agama kamu dengan tidak benar, dan jangan lah kamu turut hawa nafsu satu kaum yang dahulunya telah sesat dan menyesatkan kebanyakan manusia, dan sesat dari jalan yang lurus”.

78. Telah dilaknat orang-orang kafir daripada bani Israel atas lidah nabi Daud dan nabi Isa anak Mariam,  yang demikian, kerana mereka itu derhaka dan melewati batas.

79. Adakah mereka tidak berlarang-larangan daripada munkar yang mereka kerjakan, sesungguhnya amat jelek apa yang mereka telah kerjakan.

80. Engkau akan lihat kebanyakan dari mereka jadikan orang-orang kafir  sebagai ketua ! sesungguhnya amat  jelek lah apa yang telah disediakan bagi mereka oleh diri-diri mereka iaitu kemurkaan Allah atas mereka, dan didalam azab lah mereka akan kekal.

 

Sumber dari
[] http://p7padangterap.blogspot.my/2015/11/almaidah.html


Following Twitter,
[] https://twitter.com/17SungaiLembing/status/663689771588317184



Comments