Khatam Terjemahan

                                                        [Previous] [Next] [Home]

Al-Kahf, dari ayat 31~40;

31. Mereka itu, bagi mereka disediakan syurga yang kekal, yang mengalir padanya bebeapa sungai-sungai, dihiaskan mereka padanya dengan gelang-gelang emas, dan mereka pakai  pakaian-pakaian hijau dari sutera yang halus dan sutera sulaman emas, sambil bersandar atas  tempat-tempat duduk yang tinggi, baik sekali ganjaran itu, dan bagus syurga itu sebagai tempat duduk.

32. Dan adakan bagi mereka satu perumpamaan, iaitu dua laki-laki yang kami adakan  bagi salah seorang dari mereka dua kebun dari angur-angur dan kami kelilingi dua-dua kebun itu dengan pohon-pohon kurma dan kami adakan diselang-selang dua-dua nya itu tumbuh-tumbuhan.

33. Dua-dua kebun itu, mendatangkan hasilnya, dan ia tidak kurangi sedikit pun daripadanya, dan kami pancarkan dicelah-celah dua-dua kebun itu dengan sungai.

34. Dan adalah baginya buah, maka ia berkata kepada kawan nya – pada hal ia sedang berbual-bual dengan dia -- ; “aku orang yang lebih baik hartanya daripada mu dan lebih gagah pengikut nya”.

35. Lalu ia masuk kedalam kebun nya, sedangkan ia berlaku zalim terhadap dirinya, ia berkata; “aku tidak sangka kebun ini  akan binasa selamanya”.

36. “Dan aku tidak percaya, bahawa kiamat akan datang, dan jika diandaikan aku akan dikembalikan kepada Tuhan ku, nescaya aku dapati tempat kembali yang lebih baik dari ini”.

37. Berkata kawan nya kepada nya pada hal ia sedang berbual-bual dengan  nya; “apakah engkau tidak percaya kepada zat yang telah menjadikan mu dari tanah kemudian dari air mani, kemudian ia sempurnakan mu jadi seorang laki-laki ?”.

38. Tetapi kepercayaan ku, dialah Allah, Tuhan ku, dan aku tidak sekutukan seorang pun dengan Tuhan ku”.

39. “Dan mengapakah waktu engkau masuk kedalam kebun mu, engkau tidak berkata; “apa yang dikehendaki oleh Allah jadi, tidak ada daya upaya melainkan dengan pertolongan Allah ? jika engkau anggap aku lebih sedikit daripada mu tentang harta dan anak”.

40. “Maka mudah-mudahan Tuhan ku memberi kepada ku lebih baik daripada  kebun mu, dan boleh jadi ia kirim atas kebun mu satu azab dari langit, sehingga  ia jadi gondol, licin”.

 

Sumber,
[] http://najidrosmah.blogspot.my/2016/02/al-kahf-dari-ayat-3140-31.html

Following G+,
[] https://plus.google.com/116872662866307859796/posts/ha1YSoerSyy






.
Comments