Khatam Terjemahan

                                                        [Previous] [Next] [Home]

Al-Kahf, dari ayat 1~10);

1. Sekalian pujian kepunyaan Allah yang telah turunkan atas hambanya kitab itu, dan ia tidak adakan padanya kebengkokan.

2. Keadaan nya lurus, supaya ia ancam manusia dengan satu azab dari sisinya yang sangat pedih, dan supaya ia gemarkan mukminin yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa adalah bagi mereka balasan yang baik.

3. Hal keadaan mereka tinggal padanya selamanya.

4. Dan supaya ia ancam orang-orang yang berkata; “Allah mempunyai anak”.

5. Mereka tidak mempunyai ilmu ditentang itu dan tidak pula bapa-bapa mereka, besar urusan kalimah yang keluar dari mulut-mulut mereka, mereka tidak berkata melainkan dusta.

6. Boleh jadi engkau akan binasakan diri mu, dengan dukacita, lantaran  perbuatan-perbuatan mereka, jika mereka tidak mahu percaya kepada  cerita Quran ini.

7. Sesungguhnya kami telah jadikan apa yang ada dibumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak memberi percubaan kepada mereka siapakah dari antara mereka yang baik amal-amal nya ?!

8. Dan sesungguhnya kami akan jadikan apa yang ada padanya sebagai tanah yang rata.

9. Apakah engkau sangka, bahawa orang-orang gua atau masuk gua itu yang tertulis namanya padanya itu sahaja sebahagian dari tanda-tanda kami yang ajaib ?

10. Ingatlah tetakala orang-orang muda itu pergi kegua, lalu mereka berdoa; “hai Tuhan kami ! berilah rahmat kepada kami dari sisi mu, dan sediakan lah pertunjukan bagi kami dalam urusan kami.

 

Sumber,
[] http://jun2knajid.blogspot.my/2016/02/surah18.html

Following G+,
[] https://plus.google.com/116872662866307859796/posts/UC8W8iLQ9MK






.
Comments