Khatam Terjemahan

                                              [Previous] [Next] [Home]

Al-Kahf, dari ayat 21~30;

21.  Dan demikianlah kami tunjukkan mereka kepada manusia, supaya mereka mengetahui, bahawa perjanjian Allah itu benar, dan bahawa hari kiamat itu, tidak ada syak tentang adanya.  Ingatlah, tetakala mereka berbantahan antara mereka tentang urusasn mereka yang digua itu, lalu mereka berkata; “dirikan lah atas mereka itu satu pendirian. Tuhan mereka lebih mengetahui tentang mereka”. Berkata orang-orang yang berkuasa atas urusan mereka; “sesungguhnya kami akan adakan atas mereka satu tempat sembahayang”.

22. Mereka akan berkata; “mereka itu, tiga orang yang ke empatnya ialah anjing mereka”. Dan sebahagian dari mereka berkata; “mereka itu lima orang, dan yang ke enam nya ialah anjing mereka”, dengan sangkaan tentang utusan ghaib, dan sebahagian dari mereka berkata; “mereka itu tujuh orang dan yang kelapan nya ialah anjing mereka”. Katakan lah; “Tuhan ku lebih mengetahui tentang bilangan mereka. Tidak ada yang mengetahui akan bilangan mereka, melainkan sedikit”,  oleh kerana itu, janganlah engkau berbantahan tentang mereka, melainkan dengan bantahan yang terang, dan janganlah engkau bertanya dari hal mereka kepada  seorang pun dari mereka itu.

23. Dan janganlah engkau berkata tentang suatu pekerjaan; “aku akan kerjakan yang demikian.

24. Kecuali bahawa dikehendaki oleh Allah, dan ingatlah akan Tuhan ku akan memimpin ku kejalan yang lebih dekat kenyataan nya daripada jalan ini”.

25. Dan mereka tinggal dalam gua mereka tiga ratus tahun, dan mereka tambah sembilan lagi.

26. Katakanlah; “Allah lebih mengetahui berapa lama mereka tinggal”, baginya lah barang yang ghaib dilangit-langit dan bumi. Alangkah terang pemandangan nya ! dan alangkah jelas pandangan nya !  tidak ada bagi mereka penjaga selain diri dia, dan tidak ada seorang pun yang ia jadikan sekutu dalam hukum nya.

27. Dan bacakan lah apa yang diwahyukan kepada mu dari kitab Tuhan mu, tidak ada yang boleh mengubah kalimah-kalimah nya, dan engkau tidak akan dapati tempat lari selain daripadanya.

28. Tahan lah diri mu bersama orang-orang yang menyeru Tuhan mereka duduk pagi dan petang kerana menghendaki keredaan Allah, dan janganlah dua mata mu berpaling dari mereka kerana menghendaki perhiasan penghidupan yang rendah ini, dan janganlah engkau turut orang yang kami telah lalaikan hati nya dari mengingat kami dan ia menurutkan hawa nafsu nya, kerana adalah pekerjaan nya melewati batas.

29. Dan katakan lah; “kebenaran itu dari Tuhan kamu, maka barang siapa mahu, bolehlah ia beriman, dan barang siapa mahu, boleh ia tidak percaya”.  Sesungguhnya kami telah sediakan bagi orang-orang yang zalim itu api neraka yang pagarnya itu melewati mereka, dan jika mereka minta air, akan diberikan kepada mereka air seperti logam yang terlebur yang menghanguskan muka-muka mereka, jelek sekali minuman itu dan buruk sekali api nereka itu bagi tempat duduk.

30. Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya kami tidak akan sia-siakan ganjaran orang yang memperbaiki  amal nya.

 

Sumber,
[] http://najidrosmah.blogspot.my/2016/02/surah-18.html

Following G+,
[] https://plus.google.com/116872662866307859796/posts/TV8iJiFzcK6






.
Comments