Khatam Surah

                                                                       [Previous] [Next] [Home]

Al-An’am, dari Ayat 131~140.  

131. Yang demikian itu, kerana Tuhan mu tidak mahu membinasakan  negeri-negeri itu dengan anyanya ?,  sedang kan penduduk nya itu lalai.

132. Dan bagi tiap-tiap seorang ada beberapa darjat, lantaran amal yang mereka telah kerjakan, dan tidaklah Tuhan mu itu lalai dari apa yang mereka kerjakan.

133. Dan Tuhan mu yang kaya, yang mempunyai rahmat, jika ia mahu, nescaya ia akan binasakan kamu, dan ia akan jadikan pengganti, sesudah kamu.  Sesiapa yang ia sukai, sebagaimana ia telah jadikan kamu dari turunan kaum yang lain.

134. Sesungguhnya apa yang dijanjikan kepada kamu itu, akan datang, dan tidakl lah dapat kamu terlepas daripadanya.

135. Katakan lah; “hai kaum ku ! beramallah menurut kekuasaan kamu, sesungguhnya aku juga beramal bagitu, kerana kamu akan lihat, siapa yang mempunyai akibat yang baik  diakhirat, sesungguhnya orang-orang yang zalim itu tidak akan berbahagia”.

136. Dan mereka adalah bahagian untuk Allah dari apa yang ia jadikan,  iaitu sebahagian dari ladang dan binatang-binatang ternak, sambil berkata; “ini untuk Allah” – menurut sangkaan mereka – “dan ini untuk berhala-berhala kamu”,  tetapi apa yang mereka untukkan buat berhala-berhala mereka itu, tidak sampai kepada Allah, sedangkan apa yang teruntuk bagi Allah itu, sampai kepada berhala-berhala mereka. Jelek sekali apa yang mereka hukumkan itu.

137. Dan bagitu juga telah dinampakkan baik kepada kebanyakan dari kaum musrikin itu hal membunuh anak-anak mereka, oleh  sekutu-sekutu mereka, kerana hendak menjerumuskan mereka dan kerana hendak membikin agama  mereka jadi ragu-ragu buat mereka, dan kalau Allah mahu, nescaya tidak mereka kerjakan kelakuan itu, maka oleh kerana itu, biarkan lah mereka dan biarkan lah apa-apa yang mereka ada-adakan itu.

138. Dan mereka berkata; “inilah binatang-binatang ternak dan ladang yang terlarang, yang seorang pun tidak boleh memakan nya, melainkan siapa yang kami kehendaki” – menurut persangkaan mereka dan ada beberapa binatang ternak yang diharamkan oleh mereka menunggang nya dan beberapa binatang ternak yang mereka tidak sebut nama Allah waktu menyembelehnya, kerana berdusta atas namanya. Ia akan balas mereka tentang apa yang mereka telah ada-adakan.

139. Dan mereka berkata; “apa-apa yang ada dalam perut binatang-binatang ternak ini halal bagi laki-laki dari kami dan haram bagi isteri-isteri kami”, tetapi jika kandungan binatang-binatang itu mati, maka mereka ber bersekutu padanya. Allah akan membalas mereka tentang aturan mereka itu, kerana sesungguhnya  Allah itu bijak sana, amat mengetahui.

140. Sesungguh nya rugilah orang-orang yang membunuh anak-anak mereka, kerana kebodohan dengan tidak mempunyai pengetahuan, dan rugilah  mereka yang mengharamkan apa yang Allah telah kurniakan kepada mereka itu, kerana berbuat dusta atas nama Allah, sesungguhnya mereka itu sesat dan tidak mereka itu mendapat petunjuk.

 

Sumber dari;
[] http://orangislammunafik.blogspot.my/2015/11/alanam.html

Following Twitter,
[] https://twitter.com/knajidgawabcom/status/668233599922012160


.
Comments