Khatam Terjemahan

                                              [Previous] [Next] [Home]

Bani Israil, dari ayat 1~10;

1. Maha suci Allah yang telah jalankan hambanya pada satu malam dari Masjidil Haram  ke Masjid Al-Aksa yang kami berkati keliling nya, untuk kami perlihatkan kepada nya tanda-tanda kami  ! sesungguhnya ialah yang mendengar, yang melihat.

2. Dan kami beri kepada Musa, kitab itu, dan kami jadikan dia penunjuk bagi bani Israil sambil kami berkata; “janganlah kamu jadikan selain daripada ku sebagai penolong”.

3. “Hai anak cucu orang yang kami angkat bersama Nuh !” sesungguhnya ia, seorang hamba yang penerima kasih.

4. Dan kami putuskan bagi bani Isaril dalam kitab itu; “sesungguhnya kamu akan adakan kerosakan dibumi dua kali, dan sesungguhnya kamu akan sombong dengan kesombongan yang besar”.

5. Maka apabila  datang perjanjian yang pertama daripada dua itu, kami utus untuk menunjukkan kamu, hamba-hamba kami yang mempunyai kekuatan yang sangat, lalu mereka maharajalela dicelah negari-negeri dan adalah itu perjanjian yang telah dilakukan.

6. Kemudian kami kembali kepada kamu kekuasaan atas mereka, dan kami beri kepada kamu harta-harta dan anak-anak, dan kami jadikan kamu lebih banyak bilangan.

7. Jika kamu berbuat kebaikan bererti kamu berbuat kebaikan bagi diri-diri kamu, dan jika kamu berbuat kejahatan, adalah itu bagi kecelakaan diri-diri kamu, Maka apabila datang perjanjian yang akhir, kami utus mereka supaya mereka membusuk kan muka-muka kamu, dan supaya mereka masuk ke dalam masjid itu, sebagaimana mereka telah masuk kedalam nya pada pertama kali, dan supaya mereka binasakan kamu selagi mereka berkuasa.

8. Mudah-mudahan Allah kamu mengasihani kamu, dan jika kamu kembali, kami akan kembali menyeksa, dan kami jadikan jahanam itu bagi orang-orang kafir sebagai kurungan.

9. Sesungguhnya Quran ini memimpin kepada jalan yang lebih lurus, dan mengkhabarkan kepada mukmin yang beramal soleh, bahawa bagi mereka ada ganjaran yang besar.

10. Dan bahawa orang-orang yang tidak beriman kepada  akhirat, kami sediakan bagi mereka azab yang pedih.

 

Sumber, 
[] http://aprikknajid.blogspot.my/2016/02/surah17.html

following twitter,
[] https://twitter.com/aprilknajid4/status/696144166141562880






.
Comments