Khatam Terjemahan

                                                      [Previous[ [Next] [Home]

An-Nahl, dari ayat 61~70;  

61. Dan kalau Allah seksa manusia lantaran kezaliman mereka , tentu ia tidak akan tinggalkan dibumi seorang makhluk yang merayap, tetapi ia beri tempoh kepada  mereka supaya satu masa yang tertentu, maka apabila datang tempoh mereka, tidaklah boleh mereka minta ditakhirkan sebentar dan tidak boleh mereka minta dimajukan.

62. Dan mereka adakan bagi Allah apa yang mereka sendiri tidak suka, pada hal lidah-lidah mereka mengucapkan dusta, iaitu bahawa bagi mereka ada kebaikan, tetapi sesungguhnya mereka lah yang dimajukan ke naraka.

63. Demi Allah ! sesungguhnya kami telah utus Rasul-Rasul kepada umat-umat sebelum mu, tetapi syaitan merupakan baik akan amal-amal mereka, kerana ia jadi ketua mereka pada hari itu, dan bagi  merekalah azab yang pedih.

64. Dan tidak kami turunkan kepada mu kitab ini, melainkan buat engkau terangkan kepada mereka perkara yang mereka berselisihan padanya, dan sebagai petunjuk dan rahmat bagi  kaum yang beriman.

65. Dan Allah turunkan air dari langit lalu dengan itu ia hidupkan bumi sesudah matinya, sesungguhnya pada yang demikian itu, ada satu tanda bagi kaum yang mahu dengarkan kebenaran.

66. Dan sesungguhnya bagi kamu pada binatang-binatang ternak itu, ada pelajaran, kami beri minum kamu dari apa yang ada diperut-perut nya yang terbit dari antara kotoran dan darah, iaitu susu yang bersih, yang senang bagi orang-orang yang mahu minum.

67. Dan dari buah-buah kurma dan anggur, kamu jadikan daripada perahan nya minuman yang memabukkan dan rezeki yang baik, sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda bagi kaum yang mahu fikirkan.

68. Dan Tuhan mu wahyukan kepada labah; “hendaklah engkau jadikan sebahagian dari gunung-gunung sebagai rumah, dan bagitu juga pohon-pohon dan sebahagian yang mereka jadikan atap”.

69. “Kemudian makanlah dari semua macam buah-buahan itu, lalu jalanlah dijalan-jalan Tuhan mu dengan merendah diri”, akan keluar dari perut-perut nya minuman yang berlainan warna nya yang padanya ada penawar bagi manusia, sesungguhnya pada yang demikian, ada tanda bagi kaum yang mahu fikirkan.

70. Dan Allah telah jadikan kamu, kemudian ia akan terima kamu, dan sebahagian dari kamu ada yang dikembalikan kepada sejelek-jelek umur, supaya ia tidak tahu sesuatu apa pun sesudah tahu,  sesungguhnya Allah mengetahui, berkuasa.

 

Sumber,
[] http://p108shahalam.blogspot.my/2016/02/an-nahl.html

Following Twitter,
[] https://twitter.com/P148AyerHitam/status/695249813474947072







.
Comments