Ulasan Surah 44‎ > ‎

Al-Baqarah 1~286

                                                         [Previous] [Next] [Home]

Al-Baqarah, dari Ayat 181~190

181. Maka barang siapa mengubah wasiat itu sesudah ia dengar, tidaklah ada dosa melainkan atas orang-orang yang mengubahnya itu, kerana sesungguhnya Allah itu pendengar, pengetahui.

182. Tetapi barang siapa tahu bahawa orang yang bikin wasiat itu terkeliru atau berdusta tentang wasiatnya, lantas ia bikin damai antara mereka yang jadi ahli waris nya, maka tidaklah ada dosa atasnya, kerana Allah itu pengampun, penyayang.

183. Hai orang-orang yang beriman ! diwajibkan puasa atas kamu sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu terpelihara (daripada kejahatan).

184. iaitu beberapa hari yang tertentu tetapi barang siapa dari antara kamu sakit atau didalam perjalanan, maka wajib ia berpuasa beberapa hari yang ketinggalan itu di hari-hari yang lain, dan orang-orang yang boleh puasa tetapi dengan susah payah itu, kalau tidak puasa, wajib bayar pidiah, iaitu memberi makan seorang meskin, tetapi barang siapa menderma lebih dengan sukanya sendiri, maka iaitu baik buat dirinya sendiri, dan berpuasa itu baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.

185. iaitu sebulan ramadhan yang padanya mulai diturunkan Quran  sebagai satu pimpinan  bagi manusia dan sebagai petunjuk jalan dan pembeza yang terang.  Oleh sebab itu barang siapa dari antara kamu melihat bulan itu, hendaklah ia berpuasa, dan barang siapa sakit atau didalam perjalanan, maka wajib ia puasa beberapa hari yang ketinggalan itu dihari-hari yang lain, kerana Allah hendak membuat keriangan bagi kamu, dan tidak hendak membuat keberatan atas kamu, dan ia hendak supaya kamu sempurnakan bilangan itu, dan supaya kamu mengagungkan Allah, lantaran ia telah beri pertunjukan kepada kamu, dan supaya kamu menerima kasih kepadanya.

186. Dan apabila hamba-hamba ku bertanya kepada mu dari hal ku, maka katakanlah, bahawa se nya aku ada hampir, aku sedia memperhatikan permohonan orang yang memohon apabila ia memohon.  sesungguhnya oleh sebab itu, hendaklah mereka memperkenankan seruan ku, dan hendaklah mereka beriman kepada ku, supaya mereka dapat jalan yang lurus.

187. Dihalalkan bagi kamu, pada malam puasa, bercampur kepada isteri-isteri kamu. Mereka itu pakaian bagi kamu, dan kamu pun pakaian bagi mereka itu, Allah mengetahui bahawa se nya kamu telah berlaku khainat kepada diri-diri kamu, lantas ia ampunkan kamu. Maka sekarang, hampirilah mereka itu dan carilah apa yang Allah telah tentukan untuk kamu, dan makanlah dan minumlah hingga terbit bagi kamu tali putih daripada  tali hitam dari waktu fajar, kemudian, sempurnakan lah puasa itu hingga malam, tetapi janganlah kamu hampiri mereka itu sedang mereka iktikap dimasjid-masjid. Yang demikian itu batas-batas Allah, lantaran itu jangan lah kamu hampirinya, bagitulah Allah terangkan perintah-perintah nya kepada manusia supaya mereka terpilihara daripada Kejahatan.

188. Dan janganlah kamu makan harta orang-orang yang diantara kamu dengan jalan yang tidak betul dan janganlah kamu bawa urusan harta itu kepada hakim-hakim dengan maksud kamu hendak memakan sebahagian daripada harta orang lain dengan jalan dosa, pada hal kamu tahu.

189. Nanti mereka bertanya kepada mu dari hal guna peredaran bulan-bulan. Katakanlah; “iaitu waktu yang  ditentukan untuk keperluan manusia dan untuk amal haji dan tidak ada kejelekan tentang kamu masuk kerumah kamu dari belakang nya, tetapi kebajikan itu ialah kebajikan orang berbakti, dan masuk lah kerumah-rumah kamu itu dari pintu-pintu nya, dan berbaktilah kepada Allah, supaya kamu dapat kejayaan”.

190. Dan perangilah dijalan Allah akan mereka yang memerangi kamu, tetapi jangan kamu melewati batas, kerana sesungguhnya Allah tidak kasih orang-orang yang melewati batas.

 

Sumber dari;
[] http://www.facebook.com/groups/cengalknajidemail/doc/391213654277671
[]
http://www.facebook.com/groups/tm3.knajid/doc/414229035281729


Following via Twitter;
[] https://twitter.com/tmknajid/status/654130995562590208

Comments