Khatam Surah 15

                                                                  [Surah 14][Surah 16]                                 

Ulasan Surah AL-HIJR,

Surah ini terdiri atas 99 ayat, termasuk golongan surah-surah Makkiyyah, kerana diturunkan di Mekah sebelum Hijrah.  Al-Hijr adalah nama sebuah daerah pergunungan yang didiami zaman dahulu oleh kaum tasmud terletak dipinggir jalan antara Midinah dan Syam (Syria).

Nama surah ini diambil dari nama daerah pergunungan itu, berhubung nasib penduduknya iaitu kaum Tasmud diceritakan pada ayat 80 sampai dengan 84, mereka telah dimusnahkan  Allah s.w.t,  kerana mendustakan Nabi Saleh a.s. dan berpaling dari ayat-ayat Allah. Dalam surah ini terdapat juga kisah-kisah kaum yang lain yang telah dibinasakan oleh Allah seperti kaum Luth a.s.  dan kaum Syuib a.s.  dari kesemua kisah itu dapat diambil pelajaran bahawa orang-orang yang menentang ajaran Rasul-Rasul akan mengalami kehancuran.

 

SUMBER 1:
Khatam terjemahan ayat-ayat Al-Hijr (1-99)
,
[YG]
http://t.co/NQlcRVUV3z
[GF] https://t.co/Takl0uxPFi
[FB] http://t.co/tCepqcFBUS    

[GS] https://t.co/oOsytiNNDI 

SUMBER 2:
1. Al-Quran & Terjemahan.
2. Al-Furqan & Terjemahan.


Comments