Khatam Surah An-Nisa

                                                         [Previous] [Next] [Home]

An-Nisa, dari  Ayat 81~90

81. Dan mereka itu berkata “kami taat” tetapi apabila berpisah daripada mu, maka segolongan dari mereka, mereka mereka-reka pada malam lain dari yang mereka katakan tetapi Allah menulis apa yang mereka reka-reka pada malam itu, lantaran itu berpalinglah dari mereka yang berserah dirilah kepada Allah, kerana Allah itu cukup sebagai pembela.

82. Kalau bagitu, apakah mereka  tidak mahu tadbir akan Quran ?  kerana jika adalah ia dari sisi yang lain dari Allah, nescaya mereka dapati pada nya perselisihan yang banyak.

83. Dan apabila sampai kepada mereka satu urusan dari keamanan atau ketakutan, maka mereka siar-siar kan dia, pada hal jika mereka kembalikan dia kepada Rasul dan kepada orang-orang yang berkuasa dari mereka, nescaya urusan itu diketahui oleh sebahagian dari orang-orang yang menyelidiki nya, dan jika tidak ada kurnia Allah atas kamu dan rahmatnya, nescaya kamu turut syaitan, kecuali sedikit dari kamu.

84. Maka berperanglah dijalan Allah – tidak diberatkan atas mu melainkan diri mu, tetapi kerahkan lah mukmin, mudah-mudahan Allah menyikirkan kegagahan orang-orang yang kafir, kerana Allah itu terlebih sangat gagah dan terlebih keras seksa nya yang menjadi contoh.

85. Barang siapa mengenepi satu ketetapan yang baik, nescaya adalah bagi nya bahagian dari itu, dan barang siapa mengenepi satu kegenapan yang jahat, nescaya adalah baginya tangungan dari itu, kerana adalah Allah jadi pengawal atas tiap-tiap sesuatu.

86. Dan apabila kamu diberi rahmat dengan satu penghormatan, maka hendaklah kamu balas beri rahmat dengan cara yang terlebih baik daripada nya, atau hendaklah kamu balas dia, kerana sesungguhnya Allah itu adalah  pengira atas tiap-tiap sesuatu.

87. Allah itu tidak ada Tuhan melainkan dia. Sesungguhnya ia akan kumpulkan kamu kehari kiamat – tidak ada syak padanya, kerana siapakah yang terlebih benar  perkataan nya dari Allah ?

88. Maka mengapakah kamu jadi dua golongan tentang kaum munafik itu, pada hal Allah telah juruskan mereka dengan sebab  apa yang mereka telah usahakan ? Apakah kamu mahu memimpin orang yang telah disesatkan oleh Allah, kerana barang siapa disesatkan oleh Allah, maka tidak bakal engkau dapat baginya satu jalan ?

89. Mereka suka jika kamu kufur, sebagaimana mereka kufur supaya kamu jadi sama, lantaran itu, janganlah  kamu ambil sahabat-sahabat dari mereka, hingga mereka ber hijrah dijalan Allah, tetapi jika mereka berpaling, maka tawan lah akan mereka dan bunuhlah mereka dimana-mana sahaja kamu bertemu mereka, dan jangan lah kamu jadikan diri mereka seorang sahabat dan jangan seorang pembantu.

90. Kecuali orang-orang yang sampai kepada satu kaum yang antara kamu dan antara mereka ada satu perjanjian, atau mereka datang kepada kamu, pada hal sempit dada mereka buat memerangi kamu atau memerangi kaum mereka, pada hal jika Allah kehendaki, nescaya ia jadikan mereka berkuasa melawan kamu, lalu memerangi kamu. Lantaran itu, jika mereka tinggalkan kamu, iaitu mereka tidak memerangi kamu dan mereka tawarkan kepada kamu perdamaian, maka Allah tidak jadikan satu jalan buat kamu atas mereka.

 

Sumber dari;
[] http://normanajidgmail.blogspot.my/2015/11/annisa.html

Following Twitter,

[] https://twitter.com/normanajidgmail/status/661088559475003392


Comments