Salam Perkenalan

Alang-alang menyeluk pekasam..
Panggilan 'cikgu' hanya diajukan kepada individu yang memiliki identiti 'keramat'. Seorang yang bergelar cikgu sewajarnya mampu menerapkan ilmu pengetahuan dan nilai-nilai kepada individu dan masyarakat dengan sebaik mungkin. Apatah lagi seandainya cikgu itu dikenali sebagai Guru Cemerlang. Amanah untuk membangunkan negara bangsa begitu berat untuk dipikul. Namun dengan kudrat dan tulang empat kerat, segala yang mustahil akan dapat direalisasikan. Dalam era globalisasi yang disebut-sebut buat masakini, peranan guru menjadi semakin kompleks dan mencabar. Cabaran hanyalah wujud untuk disahut. Alang-alang menyelam dalam profesion ini, segala yang disentuh mestilah berbau kecemerlangan. InsyaAllah..  
 
Nama : NURUL UYUN BINTI ABDULLAH
Jawatan: GURU CEMERLANG BIOLOGI DG54
Jabatan: SEKOLAH MENENGAH SAINS KUALA SELANGOR