Al-Imran 1~200

                                                           [Previous] [Next] [Home] 

Al-Imran, dari Ayat 11~20

11. iaitu sebagimana hal kaum firaun dan orang-orang  yang dahulu daripada mereka itu. Mereka telah dustakan keterangan-keterangan kami, maka Allah akan seksa mereka dengan sebab dosa-dosa mereka, dan Allah itu pedih seksaan nya.

12. Katakan lah kepada orang-orang kafir itu; “kamu akan dikalahkan dan akan dikumpulkan ke jahanam, dan iaitu sejahat-jahat tempat persediaan.

13. Sesungguhnya adalah satu tanda bagi kamu tentang dua golongan yang bertemu, iaitu segolongan  berperang dijalan Allah, dan yang lain, golongan kafir memandang golongan Islam dengan penglihatan mata biasa, kelihatan dua kali banyak dari golongan mereka, kerana Allah menangguhkan dengan pertolongan nya akan siapa yang ia kehendaki, sesungguhnya tentang yang demikian itu ada satu peringatan bagi orang-orang yang mempunyai fikiran.

14. Telah dihiasi hati-hati manusia dengan kesukaan kepada barang-barang yang di ingini iaitu perempuan-perempuan dan anak cucu dan emas dan perak yang berpikul-pikul dan kuda-kuda kenaikan yang bagus-bagus dan binatang-binatang ternak dan sawah ladang, yang demikian itu perhiasan hidup di dunia, tetapi disisi Allah ada tempat kembali yang baik.

15. Katakan; “mahukah kami khabarkan kepada kamu apa yang lebih baik daripada yang demikian disisi Tuhan mereka, untuk orang-orang yang berbakti ? iaitu Syurga-syurga yang mengalir padanya sungai-sungai yang mereka akan kekal pada nya, dan isteri-isteri yang suci, dan keredaan dari Allah”, dan Allah itu amat melihat akan hamba-hamba nya.

16. iaitu orang-orang yang berkata; ‘hai Tuhan kami ! sesungguhnya kami telah beriman. Lantaran itu, ampunkan lah dosa-dosa kami dan pelihara kan lah kami daripada seksaan neraka”.

17. (iaitu) orang-orang yang sabar dan yang benar dan yang taat sungguh-sungguh dan yang  membelanjakan harta dan yang meminta ampun diwaktu-waktu malam.

18. Allah telah terangkan bahawa se nya tidak ada Tuhan melainkan dia yang berdiri dengan keadilan, dan disaksikan oleh melaikat dan ahli-ahli ilmu, bahawa se nya tidak ada Tuhan melain kan dia, yang amat berkuasa, yang bijaksana.

19. Sesungguhnya agama yang sah disisi Allah ialah Islam, tetapi orang-orang kafir yang diberi kitab itu tidak berselisihan, lantaran ketamakan antara mereka, melainkan sesudah datang pengetahuan kepada mereka, dan barang siapa tidak percaya kepada keterangan-keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah itu penghitung yang cepat.

20. Oleh sebab itu, jika mereka membantah mu, maka katakan lah; “aku telah serahkan diriku kepada Allah, begitu juga orang-orang yang menurutku”, dan tanyalah orang-orang kafir yang diberi kitab dan orang-orang yang ami (tidak tahu membaca menulis); “sudahkah kamu masuk Islam ?” jika mereka telah masuk Islam, sesungguhnya terpimpin lah mereka, dan jika berpaling, maka tidak ada kewajipan atas mu melainkan menyampaikan sahaja, dan Allah itu amat melihat akan hamba-hamba nya.

 

Sumber dari;
[] http://www.facebook.com/groups/243378299108390/doc/269538246492395


Following Twitter;
[] https://twitter.com/KumpulanDakwah/status/656409710732554241



Comments