Khatam Terjemahan

                                                   [Previous] [Next] [Home]

YUSUF, dari ayat 31~40;

31. Maka tetakala ia dengar ejekan mereka, ia panggil mereka dan ia  sediakan bagi mereka tempat duduk dan ia berikan kepada tiap-tiap seorang dari mereka satu pintu, lalu ia berkata kepada Yusof; “keluarlah dihadapan mereka”,  maka tetakala mereka lihat dia, mereka hairan kepada nya dan mereka potong tangan-tangan mereka  sambil mereka berkata; “maha suci Allah ! ini bukan manusia ! ini tidak lain, melainkan satu Malikat yang mulia !”.

32. Ia berkata; “inilah dia orang yang kamu chela akan daku ditentang nya sesungguhnya aku telah mahukan dia tetapi ia menolak, dan sesungguhnya jika ia tidak mahu kerjakan apa  yang  aku perintah, nescaya ia akan dipenjara dan akan jadilah ia daripada orang-orang yang hina”.

33. Yusof berkata;  “hai Tuhan ku ! penjara itu lebih aku sukai daripada apa yang mereka ajak akan daku kepadanya, dan jika engkau tidak palingkan daripada ku tipu daya mereka, nescaya aku condong kepada mereka, dan jadilah aku daripada orang-orang yang  bodoh”.

34. Maka Allah perkenankan baginya, lalu ia palingkan daripadanya tipu daya mereka, kerana sesungguhnya ialah yang mendengar, yang mengetahui.

35. Kemudian terbit bagi mereka satu fikiran sesudah mereka melihat tanda-tanda itu, iaitu  mereka mesti penjara dia sampai satu masa.

36. Dan masuk kepenjara bersama dia dua anak muda, berkata salah seorang daripada yang dua itu; “sesungguhnya aku telah menyampai  memerah anggur”, dan berkata yang seorang laki; “sesungguhnya  aku telah menyampai penjunjung roti atas kepala ku, yang dimakan oleh burung sebahagian nya”. “terangkan lah kepada kami  akan takwail nya, kerana sesungguhnya kami pandang mu daripada orang-orang yang berbuat kebaikan”.

37. Ia berkata; “tidak akan datang kepada kamu makanan yang diberikan kepada kamu, melainkan aku boleh terangkan kepada kamu tawail nya, sebelum ia datang kepada kamu, kerana yang demikian itu, ialah sebahagian dari apa yang diajarkan oleh Tuhan ku kepada ku, sesungguhnya aku telah tinggalkan agama kaum yang tidak mahu percaya kepada Allah, kerana mereka ialah orang-orang yang kufur kepada akhirat”.

38. “Dan aku menurut agama bapa-bapa ku Ibrahim dan Ishak dan Yaakub, tidaklah boleh sekali-sekali kita sekutukan sesuatu dengan Allah, yang demikian itu kurnia dari Allah atas kita dan atas manusia, tetapi kebanyakan manusia tidak berterima kasih”.

39. “Hai dua sahabat penjaraku ! apakah beberapa Tuhan yang bercerai-berai itu lebih baik, atau kah Allah  yang satu, yang maha gagah ?”.

40. “Kamu tidak sembah selain daripadanya, melainkan nama-nama yang kamu dan bapa-bapa kamu namakan, Allah tidak turunkan keterangan baginya, tidak ada hukuman itu melainkan bagi Allah, ia perintah supaya kamu jangan sembah melainkan dia, kerana yang demikian itu, ialah agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui”.


Sumber,
[] http://www.facebook.com/groups/216409958461224/doc/295193687249517

Following Twitter,
[] https://twitter.com/wasiyyahknajid5/status/689786705809842177



Comments