Ulasan Surah 104‎ > ‎

Al-Baqarah 1~286

                                                                   [Previous] [Next] [Home]

Al-Baqarah, dari Ayat 71~80

71.  Ia berkata, “bahawa se nya”, Ia berfirman, “sesungguhnya iaitu sapi betina yang tidak digunakan untuk gembala tanah, dan tidak membuat sawah, tidak ada cacat, tidak ada belang padanya, mereka berkata, “sekarang engkau telah tunjuk keterangan” lalu mereka sembelih akan dia, pada hal hampir-hampir mereka tidak kerjakan.

72. Dan ingatlah tetakala kamu bunuh sesuatu jiwa, kemudian kamu bertuduh-tudahan tentang itu, pada hal Allah hendak keluarkan apa yang kamu sembunyikan.

73. Maka kami berkata,  “pukul lah dia dengan sebahagian daripada itu”. Bagitulah mudah bagi Allah menghidupkan orang-orang yang mati, dan bagitulah Ia menunjukkan kepada kamu kekuasaan Nya, supaya kamu mengerti.

74. Kemudian sesudah itu, hati-hati kamu jadi keras, maka iaitu seperti batu-batu atau terlebih sangat keras, pada hal sesungguhnya sebahagian daripada batu-batu ada yang terpancar daripadanya beberapa aliran air, dan sesungghnnya sebahagian beberapa aliran air, dan sesungguhnya sebahagian daripada nya ada yang terbelah, lantas keluar air daripadanya, dan sesungguhnya sebahagian daripadanya ada yang runtuh kerana takut kepada Allah, sedang Allah tidak lalai daripada apa yang kamu kerjakan.

75. Maka adakah  kamu harap, bahawa mereka itu akan turut kepada kamu, pada hal sesungguhnya telah ada sebahagian daripada mereka itu mendengar firman Allah, kemudian mereka ubah akan dia sesudah mereka mengerti, sedang mereka mengetahui ?

76. Dan apabila mereka bertemu orang-orang yang beriman, mereka berkata,  “kami telah beriman” dan apabila sebahagian daripada mereka berjumpa dengan sebahagian mereka berkata, “Adakah patut kamu ceritakan  kepada mereka itu apa yang telah diterangkan oleh Allah kepada kamu, kerana dengan itu, nanti mereka mendakwa kamu dihadapan Tuhan kamu ?,  Apakah kamu tidak berfikiran ?”.

77. Pada hal tidak kah mereka ketahui bahawa se nya Allah mengetahui apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka terangkan ?

78. Dan sebahagian daripada mereka itu, orang-orang yang tidak kenal tulisan, tidak mereka tahu apa yang dikatakan kitab agama melainkan dongeng-dongengan, dan tidak mereka berpengetahuan melainkan mereka bersangka-sangka.

79. Maka kecelakaan itu bagi orang-orang yang menulis kitab dengan tangan-tangan mereka,  kemudian mereka berkata, “ini dari sisi Allah”, kerana mereka hendak mendapat, dengan itu, sedikit wang, maka kecelakaan itu tetap bagi mereka.  Oleh sebeb apa yang telah ditulis oleh tangan-tangan mereka,  dan kecelakaan itu tetap bagi mereka, lantaran hasil yang mereka dapat.

80. Dan mereka berkata, “api neraka itu tidak bakal menyentuh kami melainkan beberapa hari sahaja”. Tanyalah, “sudahkah kamu buat perjanjian pada sisi Allah, yang oleh itu, Allah tidak akan menyalahi janjinya,  atau kah kamu buat palsu atas nama Allah, khabaran yang kamu sendiri tidak tahu ?”.

 

Sumber;
[] http://www.facebook.com/groups/187012018097039/doc/187012628096978


Comments