Al-Imran 1~200

                                                         [Previous] [Next] [Home]

Al-Imran, dari Ayat 21~30

21. Sesungguhnya  mereka yang kufur kepada perintah-perintah Allah, dan membunuh nabi-nabi dengan tidak sebenar nya, dan membunuh orang-orang yang menyuruh manusia melakukan keadilan, maka berilah ancaman kepada mereka itu dengan seksaan yang pedih.

22. Mereka itu ialah orang-orang yang gugur amal-amal nya didunia dan di akhirat, dan tidak ada penolong-penolong bagi mereka.

23. Tidak kah engkau fikirkan kejahatan orang-orang yang diberi sebahagian daripada kitab ? diajak mereka kepada kitab Allah, supaya kitab itu memberi keputusan antara mereka, kemudian, sebahagian daripada mereka berpaling, pada hal mereka membelakangi kebenaran.

24. Yang demikian itu lantaran mereka berkata; “kami tidak akan disentuh oleh api melainkan beberapa hari sahaja”, kerana mereka telah ditipu didalam urusan agama mereka oleh khabar yang ketua-ketua mereka adakan sendiri.

25. Bagaimana kah hal mereka apabila kami himpunkan mereka disatu hari yang tidak ada sebarang syak tentang datang nya, dan disempurnakan kepada tiap-tiap seorang, apa yang ia telah usahakan, sedang mereka tidak teranyanya !.

26. Katakanlah; “Hai Tuhan yang memiliki sekelian kekuasan ! engkau beri kerajaan kepada sesiapa yang engkau kehendaki dan engkau cabut kerajaan dari sesiapa yang engkau kehendaki dan engkau muliakan sesiapa yang engkau kehendaki, dan engkau hinakan sesiapa yang engkau kehendaki ditangan mu lah ada sekalian kebaikan kerana sesungguhnya engkau berkuasa atas tiap-tiap sesuatu”.

27. “Engkau memasukkan malam pada siang, dan engkau memasukkan siang pada malam dan engkau mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan engkau mengeluarkan yang mati dari yang hidup dan engkau memberi rezeki kepada siapa yang engkau kehendaki dengan tidak berkira”.

28. Janganlah mukminum mengambil kafirin sebagai sahabat daripada mukmin, dan barang siapa berbuat begitu, maka tidaklah ia mendapat penjagaan dari Allah disesuatu apa pun, tetapi hendaklah kamu menjaga diri dari mereka dengan satu pekerjaan yang betul, dan Allah ancam kamu dengan seksaan dari dirinya, dan kepada Allah lah tempat datang kamu.

29. Katakan lah; “Jika kamu sembunyaikan apa yang ada didada-dada kamu atau kamu nyatakan dia diketahui dia oleh Allah, dan ia mengetahui apa yang dilangit-langit dan apa yang dibumi, dan Allah itu berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.

30. Takutlah kepada hari yang tiap-tiap seorang akan dapati ganjaran amal kebaikan nya sedia dihadapan nya,  dan apa-apa kejahatan yang ia telah kerjakan itu, ingin ia kalau diantara  balasan nya dan antara dia ada satu masa yang jauh, dan Allah ancam kamu dengan seksaan dari dirinya, dan Allah itu amat sayang akan hamba-hamba nya.


Sumber dari;
[] http://www.facebook.com/groups/363042257060518/doc/437437622954314


Following Twitter;
[] https://twitter.com/N19Demit/status/656655867815694336

Comments