Al-Baqarah 1~286

                                                     [Previous] [Next] [Home]

Al-Baqarah, dari Ayat 241~250

241. Dan perempuan-perempuan yang ditalak itu wajib mendapat bekalan nafkah dengan  cara  yang patut, iaitu satu kewajipan atas orang-orang yang mahu berbakti. 

242. Bagitulah Allah menerangkan hukum-hukum nya kepada kamu supaya kamu mengerti.

243. Tidakkah engkau fikirkan mereka yang keluar dari kampung-kampung mereka, kerana takut mati, pada hal mereka beribu-ribu ? Lantaran itu, Allah berkata kepada mereka itu; “matilah kamu”.  Kemudian, ia hendak kan mereka, sesungguh nya Allah itu mempunyai budi atas manusia tetapi kebanyakan manusia tidak menerima kasih.

244. Dan hendaklah kamu perangi musuh-musuh itu dijalan Allah, dan ketahuilah, bahawa se nya Allah itu amat mendengar, amat mengetahui.

245. Siapakah dari orang yang mahu meminjamkan kepada Allah, satu pinjaman yang baik, supaya ia gandakan pembayaran itu baginya  dengan beberapa banyak ganda-ganda kerana Allah itu menyampaikan rezeki dan meluaskan, dan kepadanya lah akan dikembalikan kamu.

246. Tidak kah engkau fikirkan hal ketua-ketua dari bani israel sesudah waktu Musa, tetakala mereka berkata kepada seorang Nabi mereka; “lantik kan lah seorang raja untuk kami, supaya kami berperang dijalan Allah”, ia jawab; “apakah tidak boleh jadi  -- kalau diwajibkan kamu berperang – bahawa kamu tidak akan berperang?”, mereka jawab; ”mengapa kamu tidak mahu berperang dijalan Allah, pada hal kami telah dahulu keluar dari kampung kami dan dari anak-anak kami?”  tetapi tetekala diwajibkan atas mereka berperang, berpalinglah mereka, kecuali  sedikit daripada mereka, dan Allah itu amat mengetahui akan orang-orang yang menganyayai.

247. Dan Nabi mereka telah berkata kepada mereka; “bahawa se nya Allah telah bangkitkan Talud sebagai raja bagi kamu. Mereka berkata; “adakah patut ia berkuasa atas kami, pada hal kami lebih patut berkuasa daripadanya, sedang ia tidak mempunyai keluasan dari harta ?” ia jawab; “sesungguhnya Allah telah pilih dia sebagai raja atas kamu, dan ia telah tambah keluasan nya tentang ilmu dan benda, dan Allah itu memberi kerajaan nya kepada sesiapa yang ia kehendaki, dan Allah itu luas pemberian nya, mengetahui.

248. Dan telah berkata Nabi mereka; “bahawaa se nya tanda kerajaan nya itu, yang didalam nya ada (perkara) yang memuaskan hati dari Tuhan kamu, dan berisi sisa dari apa yang ditinggalkan oleh keluarga Musa dan keluarga Harun, yang dibawa oleh Melaikat sesungguhnya didalam hal yang demikian itu ada tanda keterangan nya bagi kamu, jika memang kamu itu orang-orang yang beriman”.

249. Maka tetakala Talut berangkat bersama tenteranya, ia berkata; “sesungguhnya Allah akan memberi percubaan kepada kamu dengan satu sungai, maka barang siapa minum air daripadanya, bukanlah ia dari golongan ku,  dan barang siapa tidak minum dia, maka ia dari golongan ku,  kecuali orang yang menceduk satu chedukan dengan tangan nya, tetapi mereka minum daripadanya, kecuali sedikit dari mereka. Maka tetakala Talut dan orang-orang beriman bersama dia telah menyeberang sungai itu, sebahagian dari mereka berkata; “sesungguhnya  kami rasa tak kuat sekarang berperang kami rasa tak kuat sekarang berperang dengan Talut dan tenteranya”.  Orang-orang yang percaya akan menghadap balas Allah itu berkata; “ada beberapa banyak golongan yang sedikit pernah mengalah kan golongan yang banyak dengan izin Allah, kerana Allah itu berserta orang-orang yang sabar”.

250. Dan tetakala mereka dzahir dimedan buat menghadap jalut dan tentera nya, berkatalah mereka; “Hai Tuhan kami ! tuangkan lah kesabaran atas kami, dan tetapkan lah kaki-kaki kami, dan tolonglah kami atas mengalahkan kaum yang kafir itu”.

Sumber dari;
[] http://www.facebook.com/groups/225920304176090/doc/270001563101297


Following Twitter;
[] https://twitter.com/RegimBaniIsrail/status/655184112714579968



Comments