Khatam Terjemahan

                                                 [Previous] [Next] [Home]

[12] YUSUF, dari ayat 1~10;

1. Alif Laam Raa, inilah ayat-ayat bagi kitab yang nyata.

2. Sesungguhnya kami turunkan dia sebagai bacaan yang berbahasa Arab, supaya kamu fikirkan.

3. Kami ceritakan  kepada mu sebaik-baik cerita  dengan perantaraan Quran yang kami wahyu kan kepada mu ini, pada hal sesungguhnya adalah engkau, dahulunya, daripada orang-orang yang lalai.

4. Tetakala Yusuf berkata kepada bapanya; “hai bapaku ! sesungguhnya aku telah melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan  --- aku lihat mereka --- bersujud kepada ku.

5. Ia menjawab; “hai anak ku ! janganlah engkau ceritakan mimpi mu kepada saudara-saudara mu, kerana nanti mereka menipu daya kepada mu dengan satu tipu daya, sesungguhnya syaitan itu, bagi manusia,  suatu musuh yang nyata.

6. “Dan demikianlah Tuhan mu akan memelihara mu dan ia akan ajar kapada  mu takwil mimpi-mimpi, dan ia akan sempurnakan nikmat nya atas mu dan atas keluarga Yaakub, sebagaimana ia telah sempurnakan nya atas dua bapa mu dahulu, iaitu  Ibrahim dan Ishak, kerana  sesungguhnya Tuhan mu, amat mengetahui, bijaksana”.

7. Sesungguhnya ada ditentang Yusuf dan saudaranya, beberapa tanda bagi orang-orang yang bertanya.

8. ingatlah tetakala mereka berkata; “sesungguhnya Yusuf dan saudaranya lebih dicintai oleh bapa kita daripada kita, pada hal kita ini ramai, sesungguhnya bapa kita adalah dalam kesesatan yang nyata”.

9. “Bunuh lah Yusuf atau buang dia disatu bumi, supaya terantuk bagi kamu sahaja muka bapa kamu, dan nanti sesudah itu, kamu jadi satu kaum yang soleh”.

10. Berkata seorang dari mereka; “jangan kamu bunuh Yusuf, tetapi buanglah dia kedalam sumur, supaya diambil dia oleh sebahagian daripada orang-orang yang lalu disitu, jika mahu juga kamu kerjakan”.


Sumber,
[] http://www.facebook.com/groups/238949106216550/doc/291203784324415

Following Twitter,
[] https://twitter.com/TolNaikLagi/status/689657119973343232


.

Comments