SEORANG SUAMI, SEORANG ISTERI DAN BEBERAPA ORANG ANAK
        Borneo Bulletin 12 Sept 1992 (hadiah pertama peraduan menulis cerpen QAF Holdings Berhad 1991)

Keputusan suaminya itu adalah muktamad. Sudah berkali-kali Laila cuba mendesak supaya suaminya itu memikir-mikirkannya kembali. Perkara ini sudah pun ditimbulkan oleh suarninya itu beberapa bulan selepas kelahiran Syafikah, anakmereka yangpertama, tapi diaberjaya menangguh-nangguhkan keputusan suaminya itu. Sekarang setelahlahir Amirul anak kedua dan Saiful anak ketiga dan ia sekarang mengandung anak yang keempat, susun bantal, entah lelaki entah perempuan, dan ia sendiri sering mengeluh kerana letih pulang dari bekerja, suaminya menjadi lebih tegas.

"Jangan Ila sangka abang tidak sanggup," kata suaminya itu. "Gaji abang cukup."

"Abang pentingkan diri abang saja," kata Laila.

Haji Talib, suaminya itu, seorang lelaki berdahi luas dan berambut nipis dibelah sebelah kiri, mempunyai pekerjaan tetap dengan gaji tiga ribu ringgit sebulan. la bekerja makan gaji dengan kerajaan. Hutang kereta semua sudah habis dibayar cuma hutang membangunkan rumah saja yang tinggal dan rumah itu pun sudah lama didirikan semasa ia masih membujang lagi dan potongan bayarannya tidaklah begitu membebankan.

"Abang cuma memikirkan tentang anak-anak," kata suaminya itu. Suaranya rendah dan lembut tapi matanya yang sedikit sepet itu memandang keras dan tegas. "Sampai bila kita mahu membebankan orang-orang tua kita untuk menjaga mereka? Menjaga tiga orang anak bukan senang. Sehari dua hari mungkm seronok tapi jika sudah berbulan-bulan dan bertahun-tahun tentu menyusahkan pula."

Laila mendengar sambil berfikir-fikir bagaimana hendak membahas kata-kata suaminya itis atau sekurang-kurangnya rnenangguhkan lagi keputusan itu barangkali buat permulaan setahun atau dua tahun dan kemudian minta ditangguh lagi dan seterusnya.

"Kita boleh ambil amah," kata Laila, "untuk menjaga anak-anak kita itu."

''Menjaga anakbukan sekadar menjaga, tapijuga mendidik/jawab suaminya.

"Tiada didikan yang lebih berkesan dan lebih berkat selain didikan dari indung-indung yang bukan mendidik kerana gaji tapi kerana kasih sayang yang ikhlas."

Walau apapun, keputusan suaminya itu terlalu sukar untuk diterima tapi wajib juga dipatuhi kalau mahu menurut hukum agama.

Laila sudah lama bekerja makan gaji seperti suaminya itu dan gajinya pun sudah mencapai seribu ringgit lebih sebulan. Mereka bertemu secara kebetulan semasa membuang sampah pada pagi hari Ahad di tempat pernbuangan sampah di Kampung Kilanas - mula-mula mereka bertukar-tukar senyuman.

Pada hari Ahad berikutnya mereka secara kebetulan lagi sama-sama membuang sampah di tempat yang sama.

Pada kali kedua itulah Haji Talib menawarkan diri untuk menolongnya mengangkat beg-beg sampah dari bonet kereta dan menghumbankannya ke dalam tong yang berbau busuk dikerumuni lalat itu dan ia tidak dapat lagi melupakan gadis hitam manis berambut panjang yang ditemuinya di tempat pembuangan sampah yang hanyir, berbau busuk, berialat, ada tikus dan bangkai kucing itu.

"Terima kasih daun keladi," kata Laila setengah malu-malu juga. "Lain kali tolong lagi."

Sepuluh hari Ahad berturut-turut mereka bertemu secara kebetulan di tempat pembuangan sampah yang hanyir, berbau busuk dan berlalat itu barulahmerekadapatmenjalinkemesraan. Kemudian selepas ini perhubungan mereka menjadi lancar dan mereka tidak lagi bertemu di tempat pembuangan sampah yang hanyir, berbau busuk, berlalat, ada tikus dan bangkai kucing itu - mereka berjumpa di tempat yang lebih romantik. Hampir-hampir setiap tengah hari mereka keluar makan di restoran yang mahal. Mereka sama-sama mengeluarkan belanja tapi Haji Taliblah yang lebih banyak belanja.

Tidak lama selepas itu Haji Talib menyinggahi Laila setiap pagi untuk sama-sama pergi bekerja dan Laila jarang lagi membawa kereta sendiri. Haji Talib tinggal di Sengkurong dan Laila di Kilanas, mereka sama-sama bekerja di Bandar Seri Begawan dan pejabat mereka pula bersebelahan. Sebulan selepas itu mereka sudah pun membincangkan tentang perkahwinan.

"Kerana bercinta lama-lama itu terlalu mahal," kata Haji Talib berterus terang, "sedangkan kesudaharmya belum tentu apa-apa. Berkahwin itu juga mahal tapi tentu kesudahannya."

Sebulan selepas itu, Haji Talib menghantar rombongan meminang dan menghantar berian. Tiga minggu selepas itu mereka diijabkabulkan untuk menjauhi fitnah dan menghalalkan pergaulan yang semakin mesra itu.

Enam bulan kemudian barulah mereka bersanding dengan penuh meriah beradat-istiadat: berbedak pada waktu malam, bersanding pada siang harinya di rumah pengantin perempuan, kemudian berambil-ambilan lagi pada waktu malamnya diikuti lagi dengan mulih tiga hari, yang menurut Haji Talib sendiri, yang tidak begitu berminat, bahawa perkara yang tidak penting itu selalunya memerlukan masa untuk membuat persediaan, banyak cerewet dan susahnya, memerlukan belanja yang tinggi pula, kadangkala terpaksa pula berhutang di sana-sini, membuang masa dan tenaga banyak orang dan membuat sibuk tidak tentu pasal saja.

"Jika aku berkuasa aku haramkan majlis-majlis persandingan!" katanya.

Setahun selepas menikah mereka mendapat anak pertama, diikuti dengan anak kedua pada tahun berikutnya dan anak ketiga selepas itu. Anak keempat akan lahir tidak lama lagi.

Laila selalu saja mengadu letih: di pejabat ia bekerja, pulang ke rumah ia bekerja lagi: memandikan anak, mengelap badan mereka, membedak badan mereka, memakaikan mereka baju tidur, menjaga dan memberi mereka makan, menenangkan mereka jika mereka tidak teranah semasa makan malam itu, memujuk mereka jika mereka menangis, mengamankan mereka jika mereka bergaduh, memasak dan mencuci pinggan mangkuk, mencuci pakaian dan menseterika baju, dan melayani kehendak suami pada waktu malam, awal-awal pagi memandikan anak, mengelap badan mereka, membedak badan mereka, memakaikan mereka baju siang, menenangkan mereka jika mereka tidak teranah semasa minum pagi, memujuk mereka jika mereka menangis, mengamankan mereka jika mereka bergaduh.

Sementara suaminya yang dikasihi itu baru saja bangun tidur, kesiangan, kerana keletihan pulang lewat semalam selepas bermain badminton dengan kawan-kawan di dewan Institut Teknologi di Jalan Muara yang berpuluh-puluh kilometer jauhnya itu. Kemudian suaminya itu akan mengharik dari bilik tidur itu sebaik-baik saja ia siap mandi.

"Lai, mana pakaian yang hendak abang pakai hari ini!"

"Abang cari dan pilih sendiri di dalam almari."

Kemudian ia akan terdengar suaminya yang dicintai itu merungut-rungut kerana seorang isteri yang baik mestilah menyediakan pakaian yang hendak dipakai suaminya pada hari itu di satu tempat, lengkap dengan baju, seluar, talipinggang, talileher dan stokingnya. Selepas berpakaian suaminya yang dicintai itu akan pergi ke dapur meminta buatkan mi goreng kerana perutnya lapar selepas pulang lewat semalam bermain badminton dengan kawan-kawan di dewan Institut Teknologi di Jalan Muara yang berpuluh-puluh kilometer jauhnya itu dan mi gorengnya itu jarang pula mendapat pujian.

"Kurang garam," kata suaminya yang dikasihi dengan selamba pula. "Aku sendiri boleh buat yang lebih sedap dari ini."

Sementara suaminya yang dikasihi itu makan mi goreng yang kurang garam yang ia sendiri boleh buat yang lebih sedap dari itu, ia terpaksa pula melayan anak yang menangis kerana bajunya tidak secantik baju abangnya.

Selepas itu dengan tergesa-gesa ia keluar mengisis pakaian yang disasahnya semalam dan awal-awal subuh tadi dan suaminya sudah mula mengharik dari dalam menyuruhnya supaya cepat-cepat menyiapkan kerja kerana masa sudah lewat sedangkan anak-anak mesti pula dihantar ke rumah nenek mereka sebelum mereka ke pejabat.

"Masukkan anak-anak ke dalam kereta," harik suaminya. "Abang sibuk memakai tie ni."

Di dalam kereta menuju ke pejabat setelah anak-anak dihantar ke rumah nenek mereka, ia baru merasa dapat berehat.

"Lai," kata suaminya yang dikasihi, "tolong ambilkan abang tisu di kerusi belakang itu."

Sepanjang perjalanan itu ia tidak banyak cakap kerana berfikir apa lagi yang belum dibuatnya, kemudian baru ia teringat bahawa ia telah terlupa bersarapan pagi.

Seringkali ia meminta untuk mengambil amah tapi suaminya itu menolak.

"Ila berhenti saja bekerja," syor suaminya itu.

Hanya orang gila mahu berhenti bekerja setelah mencapai gaji pokok seribu lebih! Ada beratus-ratus orang berkelulusan tinggi sedang mencari pekerjaan sekarang ini dan mereka itu pula tidak terlalu lagi memilih gaji lumayan atau tidak asal tidak menganggur. Dan sekarang ia yang berpendapatan seribu lebih itu yang berkelulusan lidak seberapa tinggi setakat tingkatan enam itu hendak berhenti bekerja dengan begitu-begitu saja! Gila!

Tapi Haji Talib bersungguh-sungguh mahu ia berhenti.

"Kalau Ila berhenti," kata Haji Talib, "abang akan ambil seorang arnah untuk membantu Ila nanti."'

Lagi gila! Kalau ia sudah berhenti bekerja dan jadi suri rumahtangga sepenuh masa apa perlunya pada amah lagi? Apa perlunya? Tapi hukum telah menentukan bahawa seorang isteri wajib patuh pada suaminya selagi suaminya itu tidak menyuruhnya membuat sesuatu yang ditegah agama. Sebagai usaha yang terakhir Laila mengajukan satu syarat pada suaminya itu.

"Ila akan berhenti kerja kalau abang sanggup gantikan gaji Ila yang seribu lebih sebulan itu."

"Abang akan menggantikarlnya."

Begitulah bagaimana Laila terpaksa berhenti bekerja.

"Aku sangka lakiku itu tidak akan sanggup pada syaratku itu," cerita Laila pada kawan-kawan di pejabat. "Apa boleh buat ia sanggup dan aku sudah habis helah."

Dia memberi nolis sebulan untuk berhenti bekerja sambil menyelesaikan apa-apa yang harus diselesaikan. Rakan-rakan di pejabat ada yang terang-terangan dengan penuh perasaan marah mengatakan suaminya itu bodoh, ego dan ketinggalan zaman - wanita tidak lagi dibataskan ruang pergerakannya di rumah, di dapur memasak dan mencuci pinggan-mangkuk, mencuci pakaian dan menseterika baju, menjaga dan memberi makan anak dan melayani kehendak suami pada waktu malam - semua kerja-kerja rumah seperti itu sudah sepatutnya dikongsi dengan suami dan sekarang ini wanita berganding bahu dengan lelaki keluar dari ruang rumah untruk membangun negara.

Tapi ada juga yang menentang pendapat rakan-rakan yang marah-marah itu dengan mengatakan bahawa membangun negara bukan semestinya bekerja makan gaji dengan kerajaan tapi lebih penting dengan memberikan asas yang teguh yang bermula dari rumah dengan menjaga, mendidik dan mengawasi anak-anak supaya membesar menjadi generasi akan datang yang memiliki ciri-ciri positif dan berwibawa - jika anak-anak sudah dijaga oleh amah-amah yang asal beres saja, yang menuruti segala kehendak anak tersebut asal ia aman, yang lahir nanti ialah generasi yang manja makan disuapi berak dicuci.

"Aku sendiri sanggup berhenti kerja," kata seorang gadis bertudung, "dengan syarat utama suamiku itu tidak akan berbini baru."

"Kalau lakimu itu apa-apa - mati kemalangan jalan raya misalnya?" tanya seorang gadis bermekap dan berambut keriting.

"Tawakkaltu Alallah," jawab gadis bertudung dengan suara mendatar. "Dan kalau aku masih lagi laku, aku kahwin baru, Insya Allah."

"Macam mana kau hendak kahwin berlaki baru," kata gadis bergincu bibirnya. "Sedangkan kau sekarang berlaki pun belum."

"Misalnya saja. Misalnya."

Terlalu sukar untuk membiasakan diri duduk di rumah sepanjang masa setelah bertahun-tahun bekerja rnakan gaji di pejabat. Di pejabat teman-teman untuk berbual dan berbincang sentiasa ada: berbual dan berbincang sambil berehat sebentar dan minum secawan teh dan sedikit kuih yang dibawa dari rumah kemudian setelah fikiran lapang semula baru meneruskan kerja lagi.

Di rumah ia cuma minum seorang diri. ia rehat seorang diri. Anak-anak dibiarkan bermain sendiri di satu ruang. Jika anak-anak itu tidur akan sunyilah rumah itu. Jika pakaian siap disasah, diisis dan hanya menunggu kering saja lagi dan anak-anak pula sedang tidur ia akan jadi tidak tahu apa yang mahu dibuat lagi. Duduk-duduk berehat minum teh seorang diri tidaklah seronok.

Memasak - terlalu awal pula. Mahu tidak mahu ia keluar rumah menengok kalau-kalau pakaian yang baru sepuluh rninit dijemurnya itu sudah kering.

Tapi kalau anak-anak bangun dan bermain-main, terpanjat sana panjat sini, sorok sana sorok sini, mula mengambil barang itu dan barang ini letih pula ia dibuatnya. Terbayang pula ia betapa susahnya nenek-nenek mereka menjaga mereka itu selama ia masih bekerja dulu - menjaga tanpa upah pula. Sekurang-kurangnya ia sekarang "digaji" oleh suaminya. Anak-anak itu semakin besar semakin lasak pula: main kejar-kejar, lambung dan tendang bola dan bergaduh.

"Adakalanya terlalu sibuk dan bising pula," katanya pada suaminya setelah seminggu berhenti kerja itu. "Adakalanya terlalu sunyi."

Setiap hujung minggu mereka berunding dan berbincang tentang masalah-masalah yang timbul dan mencari jalan untuk mengatasinya. Pada hari-har keIepasan awam Hj.Taliblah yang awal-awal pagi memandikan anak, mengelap badan mereka, membedak badan mereka, memakaikan mereka baju menenangkan mereka jika mereka tidak teranah semasa minum pagi, memujuk mereka jika mereka menangis, mengamankan mereka jika mereka bergaduh sementara Laila memasak mi goreng untuk mereka laki-bini bersarapan.

"Sedap!" kata suaminya itu dengan selamba pula. "Cukup garamnya."

Sebulan lebih duduk-duduk di rumah baru Laila dapat sedikit-sedikit menyesuaikan dirinya: ia baru mula dapat benar-benar mengenali rumah yang didiaminya selama ini: ruang-ruang dan bilik-biliknya. Sekarang ia mula membuat rancangan-rancangan. Ada beberapa buah bilik yang akan diubahsuai kegunaannya. Pertama-tamanya sebuah bilik tempat anak-anak bermain dengan bebas tanpa terlalu diawasi sepanjang masa: di bilik itu tidak akan disimpan benda-benda yang boleh membahayakan anak-anak dan tidak ada perabot yang terialu tinggi apalagi memiliki kaca dan cermin – barangkali hanya akan ditaruh sebuah almari kecil untuk menyimpan barang-barang perrnainan.

Sebuah bilik pula akan dijadikan perpustakaan am mini tempat menyimpan segala majalah-majalah, buku-buku dan novel-novel yang sudah terkumpul bertahun-tahun itu dan juga tempat anak-anak belajar. ia sendirilah yang akan mengajar dan mengawasi perkernbangan anak-anaknya itu walaupun ia sendiri ragu-ragu juga tentang kemampuannya itu.

Semua ini dibincangkannya dengan Hj.Talib, suaminya itu dan mereka sama-sama membuat perancangan.

"Anak-anak mesti dididik mengikut jadual waktu," syor Haji Talib.

"Tidak semestinya bulat-bulat ikut jadual waktu," bantah Laila pula. "Merekakan masih kecil lagi."

"Tapi mesti secara tetap, mungkin jangka waktunya saja dari pendek diansur-ansurkan menjadi panjang."

"Tapi jangan pula terialu panjang. Waktu main juga mesti ditetapkan."

"Ya, hanya selepas belajar."

"Abang cakap senang saja."

"Yalah, abang faham."

"Semua belanja abang yang tanggung. Beli buku, papan tulis, meja dan kerusi budak-budak dan educational toys, pensil warna, krayons, buku mari-mewarna dan penting sekali gaji Laila yang seribu lebih itu jangan dipotong-potong untuk belanja semua itu. Wang itu mau disimpan - persediaan untuk hari hujan."

"Aduuh!"

"Dan amah untuk buat kerja rumah!"

"Aduuh!"

"Abang yang janji dulu."

Menjalankan rancangan tidaklah semudah merangka-rangka rancangan. Anak-anak yang masih kecil itu tidaklah mahu dikongkong-kongkong dengan sebarang jadual waktu. Belajar dan bermain itu bukanlah dua hal yang tercerai. Mereka bermain sambil belajar dan belajar itu bermain juga. Pada waktu malam anak-anak diberi hak terhadap bapanya. Haji Taliblah yang meluangkan masa melayan karenah mereka - mengajar mereka alif-ba-ta dan membaca Bismillah sebelum tidur, menidurkan mereka dengan bercerita, cerita rakyat dan kisah-kisah Nabi yang ia sendiri terpaksa membaca dulu dari buku-buku dan membacakan buku-buku cerita bergambar. Ia tidak ada masa lagi untuk bermain badminton dengan kawan-kawan di dewan Institut Teknologi di Jalan Muara yang berpuluh-puluh kilometer jauhnya itu.

Semua ini perjanjian dan syarat tambahan yang dipinta Laila isterinya itu semasa merangka-rangka rancangan itu. Pada hujung minggu pula setiap dua minggu sekali mereka sekeluarga pergi melawat Muzium dan melihat ikan di Bangunan Peringatan Churchill, atau makan angin berkelah ke pantai Muara atau Tungku dan sekali-sekala ke Lumut atau Pantai Seri Kenangan, atau ke tempat-tempat peranginan, Bukit Shahbandar atau Taman Mini Kampung Parit dan sekali-sekala ke Sungai Liang, Luagan Lalak di Labi atau Tasik Marimbun di Tutong, pada dua hari Ahad tersebut undangan-undangan sosial apalagi jemputan-jemputan kahwin, persandingan yang amat tidak diminati itu, tidak akan dihadiri.

Dia menghadiri jemputan-jemputan pada dua hari Ahad yang lain. ia membawa anak-anak bersama untuk membiasakan mereka bersama-sama orang ramai.

Kadangkala kawan-kawan lama bermain badmintonnya dulu di dewan Institut Teknologi di Jalan Muara yang berpuluh-puluh kilometer jauhinya itu menelefon ke rumahnya bertanyakan khabar dan kenapa tidak timbul-timbul lagi.

"Sibuk membangun generasi akan datang yang positif," kata Hj.Talib separuh berseloroh. "Bergaru pun aku tidak ada masa!"

muka utama

profil penulisan

cerpen pilihan

nota ringkas

wawancara