profil penulisan


Mula menulis cerpen pada awal tahun lapan puluhan dan karya-karyanya telah diterbitkan di Brunei, Malaysia dan Singapura. Cerpen pertama yang diterbitkan ialah "KECOH" di majalah Mastika (Sept. 1981). Cerpen pertama yang ditulis pula ialah "Masalah-masalah" untuk menyertai peraduan menulis cerpen (menang hadiah pertama) sempena sambutan Israk Mikraj (1981) anjuran Jabatan Hal-Ehwal Ugama Brunei. Diterbitkan di dalam antologi Suasana (dalam tulisan jawi oleh jabatan yang sama -1983). Cerpen-cerpennya telah diantologikan di dalam beberapa buah antologi perseorangan dan bersama:

KECOH - antologi cerpen perseorangan terbitan Dewan Bahasa & Pustaka Brunei - 1991. Kandungan: Senyum, Tuk Tamir, Pekerjaan, Gaji, Kopiah, Kecoh, Jantung, Bebal, Alhamdulillah!Alhamdulillah!, Mual, Bayang-bayang, Punggung, Telanjang, Dabat

A4 - novelet dan antologi cerpen perseorangan terbitan Dewan Bahasa & Pustaka Brunei - 1993 kandungan: Novelet A4, cerpen: "Jangaaan!", Insomnia, Ambillah, Sayap, Paranoia, Raja Segala Taman, Levitasi, Berita Perdana, Raja Ikan, Anu. TAI dan cerita-cerita lain- antologi cerpen perseorangan - Penerbitan HM - 1995. kandungan: Bukit, Payah, Cerpen Cinta, Hajat, Bujang Si Gandam, Kawanmu, Bibir, Paksi, Tai, Ada yang tidak betul dengan jiran saya.

TUM! - Penerbitan HM - 2000. Novelet - telah disiarkan secara bersiri di majalah Bahana DBP Brunei (Februari - Julai 1995)

NIPIS kumpulan cerpen 1981 - 2003 - CD-Rom - 2005 - kandungan CD-Rom adalah lebih kurang seperti laman web ini.

FINATUL KUBRA - antologi cerpen perseorangan yang belum diterbitkan.

antologi cerpen bersama:
SUASANA - Antologi bersama terbitan Jabatan Hal-Ehwal Ugama Brunei - 1983 (cerpen: Masalah, Suasana)
RANTAU UTARA - antologi bersama terbitan DBP Brunei - 1989 (cerpen: Arik)
PERGELUTAN HIDUP - antologi bersama terbitan DBP Brunei - 1992 (cerpen: Pergelutan)
MENITI WAKTU - antologi bersama terbitan DBP Brunei - 1993 ( cerpen:Gaji )
MAHLIGAI SYAHDU - Kumpulan Cerita Pendek pemenang peraduan menulis cerpen anjuran QAF Holdings Sdn.Bhd. - Brunei Press Sdn.Bhd - 1994, (cerpen: Seorang Suami, Seorang Isteri dan Beberapa Orang Anak)
APABILA SUNGAI MENGALIR (When the river flows ..) - antologi bersama (dwibahasa Melayu/Inggeris) terbitan DBP Brunei - 1995 (cerpen: Kopiah, Kecoh, Pergelutan )
MENITI JEMBATAN USIA - - antologi cerpen dan puisi (bersama) terbitan DBP Brunei -1998 (cerpen: Berita Perdana, Raja Ikan, Bibir, Paksi )
SUNGAI SIARAU - antologi cerpen dan puisi (bersama) terbitan DBP Brunei - 2003 (cerpen: Tai, Ada orang yang tidak suka pada saya dan melakukan sesuatu yang tida saya sukai terhadap saya di belakang saya, Tangga ) kanak-kanak:
BASIKAL IDAMAN - antologi cerpen kanak-kanak (bersama) terbitan DBP Brunei - 1988 ( cerpen: Flok )

PULAU SENYUMAN - Bumbu Bacaan Rumi - DBP Brunei 1997 (hadiah penghargaan peraduan mengarang buku cerita bergambar - 1995)

DBP KL Malaysia: CERPEN-CERPEN NUSANTARA MUTAKHIR - antologi bersama terbitan DBP Kuala Lumpur - 1991 (tajuk cerpen Gemala )

ORANG DI JEMBATAN - antologi bersama Cerpen ASEAN terbitan DBP Kuala Lumpur - 2001 (tajuk cerpen: Ada yang tidak betul dengan jiran saya. )

Menang Hadiah Kreatif Bahana bagi kategori cerpen bagi tahun-tahun 1989 hingga 1997, 2000 dan terakhir sekali bagi tahun 2003.

Penerima SEA Write Award - Bangkok 1994 bagi Negara Brunei Darussalam.

kembali ke:

muka utama

cerpen pilihan

nota ringkas

wawancara 

catatan 

 

 

 

 

 

klik untuk baca=>

 

 

 

 

 CD-Rom