mussidi

penulis brunei

biodata

LAHIR di Bandar Brunei (sekarang BSB) ibu negeri Negara Brunei Darussalam pada 22hb Jun 1955, Mussidi nama pena Hj Morshidi bin Hj Marsal, anak seorang Guru Besar, pada awal pendidikannya telah bersekolah di beberapa buah sekolah di keempat-empat buah daerah Negara Brunei Darussalam: - Sekolah Melayu.Kiudang di Daerah Tutong - 1961, - Sekolah Melayu. Sultan Hassan, Bangar di Daerah Temburong -1963, Sekolah Melayu Birau di Daerah Tutong -1964, Maktab Anthony Abell, Seria di Daerah Belait - 1966, dan Maktab Sultan Omar Ali Saifuddin di Daerah Brunei Muara - 1974.

Pada tahun 1974 ia mendapat dermasiswa Kerajaan Brunei untuk melanjutkan pelajaran ke Dartington College of Arts, Totnes, Devon di United Kingdom dengan memperolehi Diploma of Art and Design in Education - 1977 dan Cert. of Special Studies in two-dimensional expression - 1978. Pada tahun 1988 kembali semula ke UK menuntut di Coventry Polytechnic mengikuti kursus setahun Postgraduate Diploma in Electronic Graphics.

Sekarang sudah bersara setelah berkhidmat sebagai perekabentuk kanan di Radio Television Brunei.  

 

 

pos mesej/komen di sini : 

Comments