Al-Baqarah 1~286

                                                  [Previous] [Next] [Home] 

Al-Baqarah, dari Ayat 231~240

231. Dan apabila kamu mentalak perempuan-perempuan, lantas hampir sampai tempoh idah mereka, maka hendaklah kamu rujuk kepada mereka dengan cara yang sopan, atau kamu lepaskan mereka dengan cara yang sopan, atau kamu lepaskan mereka dengan cara yang sopan, dan janganlah kamu rujuk kepada mereka  dengan maksud hendak menyusahkan mereka, kerana dengan itu  kamu  akan melanggar batas-batas Allah, dan barang siapa berbuat demikian, maka sesungguhnya bererti ia menganyayai dirinya sendiri, dan perintah-perintah Allah itu janganlah kamu jadikan permainan, dan hendaklah kamu ingat nikmat pemberian Allah atas kamu, dan ingatlah apa yang ia turunkan atas kamu, iaitu kitab Al-Quran dan kebijaksanaan yang ia nasihati kamu dengan itu, dan hendaklah kamu berbakti kepada Allah, dan hendaklah kamu ketahui, bahawa sesungguhnya Allah itu mengetahui tiap-tiap sesuatu.

232. Dan apabila kamu mentalak perempuan-perempuan, lantas mereka sampai kepada idah mereka, maka janganlah kamu halangi  mereka bernikah kepada bakal lelaki mereka, apabila mereka telah setuju diantara mereka dengan cara yang sopan, yang demikian itu dijadikan nasihat bagi orang yang diantara kamu yang percaya kepada Allah dan hari kemudian, yang demikian itu lebih untung bagi kamu dan lebih  bersih, dan Allah itu mengetahui, tetapi kamu tidak mengetahui.

233. Dan ibu-ibu itu wajib menyusui anak-anak mereka dua tahun yang sempurna, iaitu bagi orang yang mahu menyempurnakan penyusuan itu, tetapi wajib atas lelaki yang punya anak, memberi makanan dan pakaian bagi ibu itu dengan cara yang patut, tidak diberatkan seseorang melainkan menurut kelapangan nya, dan janganlah disusahkan seorang ibu lantaran anaknya, dan jangan disusahkan seorang bapa lantaran anaknya, dan kewajipan atas waris bagi bapa itu sama dengan yang tersebut, tetapi jika mereka berdua mahu putuskan penyusuan dengan reda dan mesyuarat antara mereka berdua, maka tidaklah  ada halangan atas mereka tentang itu dan jika kamu mahu mencari perempuan untuk menyusui anak-anak kamu, maka tidaklah ada halangan atas kamu, apabila kamu serahkan upah yang kamu beri, dengan cara yang patut, dan berbaktilah kepada Allah, dan ketahuilah bahawa se nya Allah itu amat melihat apa-apa yang kamu kerjakan.

234. Dan orang-orang yang meninggal dunia dari antara kamu, pada hal mereka meninggalkan isteri-isteri, hendaklah isteri-isteri  itu menahan diri-diri mereka beridah empat bulan sepuluh hari, sesudah itu, apabila mereka sampai kepada tempoh idah mereka, maka tidaklah patut ada keberatan atas kamu tentang apa yang mereka kerjakan di diri-diri mereka dengan cara yang sopan, dan Allah itu amat mengetahui apa-apa yang kamu buat.

235. Dan tidak ada larangan atas kamu tentang peminangan yang kamu sindirkan kepada perempuan itu, atau tentang maksud yang kamu simpan didalam hati-hati kamu, Allah mengetahui bahawa kamu akan mengingat perempuan-perempuan itu, tetapi janganlah kamu berjanji kepada mereka itu didalam rashia, melainkan boleh kamu berkata perkataan yang sopan, dan janganlah kamu tentukan ikatan nikah, hingga kewajipan idah itu sampai tempohnya, dan ketahuilah bahawa se nya Allah itu mengetahui apa-apa yang dihati-hati kamu, lantaran itu, takutlah kepada nya, dan ketahuilah, bahawa se nya Allah itu pengampun, penyabar.

236. Tidak ada tangungan atas kamu kalau kamu ceraikan isteri-isteri sebelum kamu sentoh mereka, atau sebelum kamu tentukan satu ketentuan mas khawin untuk mereka, tetapi hendaklah kamu bekalkan bagi mereka satu bekalan dengan cara yang patut, iaitu orang yang berkelapangan, menurut ukurannya, dan orang yang berkesempitan, menurut ukuran nya, iaitu sesungguhnya satu perkara yang patut atas orang-orang yang hendak berbuat kebaikan.

237. Dan jika kamu ceraikan mereka sebelum kamu sentuh mereka, pada hal kamu telah tentukan bagi mereka satu ketentuan mas khawih, maka wajib kamu  bayar  separuh dari apa  yang kamu telah tentukan,  kecuali kalau perempuan-perempuan itu suka lepaskan haknya, atau orang yang memegang simpulan pernikahan itu suka memberi cukup, tetapi bahawa kamu memberi cukup itu ada terlebih hampir kepada kebaktian dan janganlah kamu lupakan kebaikan pergaulan antara keluarga kamu, sesungguhnya Allah amat melihat apa yang kamu kerjakan.

238. Kerjakan lah dengan tetap akan sembahyang-sembahyang dan akan sembahyang yang terlebih penting, dan hendaklah kamu berdiri kerana Allah dengan khusuk.

239. Tetapi jika kamu takut, maka kerjakan lah dengan berjalan atau berkenderaan, lantas apabila kamu telah aman, maka sebutlah akan Allah sebagaimana ia telah ajarkan kamu apa yang kamu tidak tahu.

240. Dan orang-orang yang meninggal dunia dari antara kamu, pada hal ada meninggalkan isteri-isteri mereka itu, iaitu berilah bekalan hingga setahun, dengan tidak keluarkan mereka tetapi jika mereka keluar sendiri, maka tidaklah ada kesalahan atas kamu tentang apa yang mereka kerjakan didiri-diri mereka, dari perkara yang sopan, dan Allah itu gagah, bijaksana.

 

Sumber dari;
[] http://www.facebook.com/groups/210280344592/doc/10151061639839593
[]
http://www.facebook.com/groups/399914713370695/doc/485384578157041


Following via Twitter;
[] https://twitter.com/mpajknajid3/status/655003617213087745



Comments