Khatam Surah

                                                               [Previous] [Next] [Home]

Al-Maidah, dari Ayat 21~30.  

21. “Hai kaum ku !” masuklah ke negeri suci yang Allah telah tentukan untuk kamu, dan janganlah kamu mundur atas tumit-tumit kamu, kerana dengan sebab itu, kamu akan jadi orang-orang yang rugi.

22. Mereka berkata; “ya Musa ! sesungguhnya dinegeri itu, ada kaum yang zalim, dan kamu tidak akan masuk kepadanya hingga mereka keluar daripadanya, maka kalau mereka keluar daripadanya, sesungguhnya kami akan masuk”.

23. Telah berkata dua orang  dari golongan orang-orang yang takut, yang Allah telah beri nikmat kebenaran atas keduanya; “masuklah kepintu negeri atas keduanya; “masuklah kepintu negeri itu buat melawan mereka, kerana apabila kamu masuk kepadanya, maka sesungguhnya kamu akan menang, dan kepada Allah lah hendaknya kamu berserah diri, jika memang kamu orang-orang mukmin”.

24. Mereka berkata; “ya Musa ! sesungguhnya kami tidak akan masuk kenegeri itu selama mereka ada pada nya. Lantaran itu, pergilah engkau dan Tuhan mu, dan perangilah mereka. Sesungguhnya  kami, disinilah kami duduk”.

25. Ia berkata; “hai Tuhan ku ! sesungguhnya aku tak memiliki melainkan diri ku dan saudara ku. Lantaran itu, pisahkan lah antara kami dan kaum yang pasik itu”.

26. Ia berfirman; “sesungguhnya negeri suci itu diharamkan atas mereka empat puluh tahun, mereka akan hanyut dibumi. Lantaran itu, janganlah  engkau dukacita atas kaum yang pasik itu”.

27. Dan bacakan lah kepada mereka khabar dua anak Adam dengan benar, tetakala mereka masing-masing berkorban satu korban, lalu diterima seorang daripada mereka berdua dan tidak diterima dari yang lain nya. Ia berkata; “sesungguhnya aku akan bunuh mu”. Ia jawab; “sesungguhnya Allah hanya menerima dari orang-orang yang berbakti”.

28. “Sesungguh nya kalau engkau hulurkan tangan mu kepada ku buat membunuh ku, tidaklah aku akan menghulurkan tangan ku kepada mu untuk membunuh mu, kerana sesungguhnya aku takut kepada Allah, Tuhan bagi sekelian makhluk”.

29. “Sesungguh nya aku mahu supaya engkau pikul dosa ku dan dosa mu sendiri, lalu engkau jadi ahli neraka, kerana yang demikian itu balasan bagi orang-orang yang zalim”.

30. Tetapi nafsu nya memudahkan dia membunuh saudaranya, lalu ia bunuh dia, maka jadilah ia daripada orang-oranng yang rugi.

 

Sumber dari;
[] http://kalimah-ppptam.blogspot.my/2015/11/almaidah.html


Following Twitter,
[] https://twitter.com/ppptam2/status/662781736485457920





Comments