Perutusan YDP

YDP MGC KELANTAN
  BERITA TERKINI MAJLIS GURU CEMERLANG KELANTAN
 
 Kepada semua GC.
MGCM telah menghasilkan dua buah buku iaitu Inovasi & kreativiti menjana transformasi pendidikan dan Antologi Sayembara Cerpen (Taman Kasih ku). Dalam antologi cerpen Taman Kasih ku terdapat dua buah cerpen hasil coretan dua guru cemerlang kelantan iaitu Tn Hj Suhaimi Yusof dan Tn Hj Ahmad Zamri Aziz. Tahniah dan syabas.
Saya mengharapkan semua GC memiliki kedua-dua buku tersebut yang sekarang ini sudah berada di MGC Daerah masing-masing.

Untuk makluman ahli GC sekalian, pada tahun ini Konvensyen MGCM akan diadakan di IAB Utara Jitra pada 21 hingga 24 Oktober. Bagi yang terpilih mewakili negeri ke konvensyen tersebut diharap dapat memenafaatkan peluang ini sebaik mungkin. Bagi yang tidak dapat menyertai, InsyaAllah akan berpeluang dilain masa dan ketika.

Untuk pengentahuan ahli dan semua guru MGC Kelantan dengan kerjasama JPN Kelantan baru-baru ini telah menghasilkan Modul Pecutan Akademik yang berfokuskan kepada penguasaan ilmu berasaskan peperiksaan UPSR, PMR dan SPM. Modul ini dihasilkan dengan gabungan pemikiran para pakar dan pemikir dalam subjek dan bidang masing-masing. Pada masa kini ianya sudah diedarkan ke sekolah-sekolah seluruh kelantan, saya mengharapkan semua GC dan guru-guru dapat memenafaatkan hasil penulisan ini semaksimum mungkin.

Wassalam, dari saya.

 

Kata-Kata Aluan YDP Majlis Guru Cemerlang Kelantan

Tn Hj Burhan Bin Ramli

 

           Alhamdulillah syukur saya  kepada Allah swt kerana diberi  kesempatan  menyampaikan sepatah dua kata dalam laman web ini.

 

          Terlebih dahulu saya merakamkan  penghargaan dan ucapan terima  kasih kepada Majlis Guru Cemerlang Kelantan kerana  berjaya meyiapkan laman web baharu MGCK pada tahun ini. Saya berharap agar laman web ini akan menjadi wahana untuk menyampai dan menyalurkan maklumat serta wacana berhubung kait  aktiviti yang dijalankan oleh Guru Cemerlang di segenap pelosok negeri Kelantan dan seluruh warga pendidik Malaysia. Saya juga berharap Guru Cemerlang Negeri Kelantan memberi komitmen yang tinggi dengan tugas masing-masing sama ada di peringkat sekolah, PPD, Jabatan Pelajaran Negeri, mahupun Kementerian Pelajaran Malaysia .

 

         Guru Cemerlang mestilah bertindak lebih proaktif dengan mengambil langkah  bijak bagi menangani semua masalah yang dihadapi oleh pendidik dan mencari jalan penyelesaian secara profesional. Dengan wujudnya laman web MGCK ini,  saya mengharapkan agar semua hasil atau produk Guru Cemerlang seperti Modul, Kajian Tindakan dan Inovasi perlu dikongsi bersama demi kegemilangan pendidikan di Kelantan. Hakikat ini bersesuaian denganVisi dan Misi Guru Cemerlang untuk melahirkan guru yang cemerlang secara berterusan dalam semua aspek : merangkumi kecemerlangan peribadi , pengetahuan, kemahiran kerja, berkomunikasi, dan potensi.

 

Pada tahun ini MGCK telah dan akan menjalankan pelbagai projek demi menjulang kejayaan pendidikan di Kelantan.

 

Saya juga mengharapkan agar melalui saluran kerjasama dan penggemblengan tenaga antara MGCK dengan Majlis Pengetua, Majlis Guru Besar, JPN, BTPN dan institusi-institusi lain, berupaya menjayakan hasrat JPN dan Kementerian Pelajaran Malaysia demi melahirkan modal insan yang bertaraf dunia. Oleh itu, sekali lagi saya berharap agar semua Guru Cemerlang berpegang kepada moto kita iaitu ‘KECEMERLANGAN BERTERUSAN’

 

 

 Sekian terima kasih.

 

 

  ______________________

(BURHAN BIN RAMLI)

YDP Majlis Guru Cemerlang Kelantan

Comments