Karangan

Teliti grafik di bawah dan buat suatu huraian tentang usaha-usaha meningkatkan pengeluaran buah-buahan tempatan di negara kita. Panjang huraian antara 200-250 patah kata

 

 

 


      Kempen dan pameran.

-         Dilaksanakan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Contoh : MAHA 2010.

-         Media massa: iklan dan promosi melalui televisyen, radio dan internet.

-         Promosi di hotel-hotel : dihidang di meja utama.

-         Pusat pelancongan berkonsepkan agropelancongan.

-         Misi promosi ke luar negara.

 

       Menghasilkan produk berasaskan buah-buahan.

-          Jem.

-          Minuman.

-          Makanan ringan.

-          Makanan / kuih tradisonal segera.

-          Menggunakan pek / pembungkusan yang menarik dan berkualiti.

 

      Kajian dan pembangunan oleh saintis.

-          Kajian rentang klon buah-buahan yang terkini.

-          Hasilkan benih pokok kacukan yang bermutu tinggi untuk pasaran antarabangsa.

-          Penggunaan teknologi pertanian terkini.

 

  •  Langkah-langkah lain.

-       Tanaman secara ladang / berkelompok.

-        Pengkhususan pada satu atau dua jenis tanaman bernilai komersial sahaja.

-        Skim galakan pertanian.

-        Program Bumi Hijau semasa era mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

 

  • Fakta lain.

-      Agensi kerajaan yang terlibat :

  1.   MARDI
  2.   Kementerian Pertanian dan Asas Tani / Jabatan Pertanian Malaysia
  3.   FAMA

 

  • Frasa menarik dan kosa kata.

-        Agropelancongan.

-        Spesies buah-buahan.

-        Usahawan tani.

-        Menjana hasil pendapatan yang lumayan.

-        Bersaing di pasaran global.

-        Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

-        Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.

 

 Sumber :    http://cikgumarjana.blogspot.com/2011/02/karangan-berpandu.html

 

 

Syarahan: Faedah Makan Buah-buahan Tempatan.


Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha Tuan Guru Besar, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru, serta rakan-rakan sekalian. Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan.


            Pada pagi yang mulia ini, saya ingin menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk 'Faedah makan buah-buahan tempatan'. Definisi buah-buahan tempatan menurut Kamus Dewan ialah buah-buahan yang dikeluarkan dalam sesebuah negara . Contohnya buah manggis, durian, tembikai dan sebagainya.

            Buah-buahan tempatan banyak mengandungi khasiat setanding dengan buah-buahan yang diimport. Contohnya, buah jambu batu yang mengandungi vitamin c dan buah limau yang mengandungi asid yang boleh menghadamkan makanan yang kita makan. Buah-buahan tempatan mudah didapati kerana keluaran dalam negara kita. Oleh itu, buah-buahan tempatan didapati lebih segar dan kurang mengadungi bahan pengawet. Buah-buahan ini banyak dijual di gerai buah-buahan seluruh negara.

             Selain daripada itu, harga buah-buahan tempatan juga lebih murah jika dibandingkan dengan buah-buahan import. Ini kerana buah-buahan tempatan tidak memerlukan kos yang tinggi untuk dipasarkan seperti kos pengangkutan berbanding buah-buahan yang diimport. Buah-buahan tempatan juga telah pun berjaya dieksport ke luar negara. Contohnya seperti buah nanas yang ditinkan telah dieksport ke luar negara seperti Arab Saudi, Amerika Syarikat dan lain-lain lagi. Ini menunjukkan buah-buahan tempatan juga digemari dan dipercayai dari segi mutu atau kualitinya.

              Kesimpulannya, mengambil buah-buahan tempatan sangat banyak faedahnya. Selain segar, berkhasiat dan bermutu, buah-buahan tempatan juga dapat menjimatkan perbelanjaan kita. Oleh itu, makanlah buah-buahan tempatan sebagai buah-buahan pilihan kita.

Sekian, terima kasih.

 

 Sumber :    http://karangansr.blogspot.com/2010/02/faedah-makan-buah-buahan-tempatan-yang.html

 

 

Soalan :    Buah-buahan tempatan memang berkhasiat dan lazat untuk dimakan. Nyatakan langkah-langkah     

                 untuk menggalakkan orang ramai memakan buah-buahan tempatan.


  • Pendahuluan :

Jenis buah-buahan tempatan ada dua jenis   - jenis bermusim, contoh : durian, rambutan.

                                                                     - tidak  bermusim, contoh : mangga, nenas.


  • Isi :

-    Kempen memakan buah-buahan oleh kerajaan.

-    Adakan promosi jualan murah.

-    Peranan media massa - sebarkan tentang kelebihan memakan buah tempatan.

-    Kurangkan import buah-buahan dari luar.

-    Tegaskan peranan dan kelebihan buah-buahan tempatan - kepada kesihatan.

 

                                                                            Sumber :    http://cikgumarjana.blogspot.com/2011/02/karangan-berpandu.html



 Soalan :    Kerajaan menggalakkan rakyat negara kita memakan buah-buah tempatan. Apakah faedah yang 

                   akan kita perolehi apabila memakan buah-buahan tempatan.


  • Pendahuluan :

-    Buah-buahan tempatan ada dua jenis : - bermusim, contoh. 

                                                                    - tidak bermusim, contoh.


  • Isi :

-    Rasanya amat lazat, tambahan pula ia berkhasiat.

-    Lebih segar, mutu lebih baik untuk kesihatan.

-    Tidak diletakkan bahan pengawet, baik untuk kesihatan.

-    Mesti digalakkan memakan buah-buahan tempatan.


                                                                                               Sumber :    http://karangansr.blogspot.com/2010/02/faedah-makan-buah-buahan-tempatan-yang.html

Comments