Khatam Surah 63‎ > ‎

Al-Baqarah 1~286

                                                                  [Previous] [Next] [Home]

Al-Baqarah, dari Ayat 101~110

101. Dan tetakala datang kepada mereka seorang Rasul dari sisi Allah yang menyetujui khabaran yang ada kitab mereka tiba-tiba segolongan daripada orang-orang  yang diberi kitab itu membuang kitab Allah  kesebelah belakang mereka, seolah-olah mereka tidak mengetahui.

102. Dan mereka turut apa-apa yang diceritakan oleh syaitan-syaitan dimasa kerajaan Sulaiman, pada hal Sulaiman tidak kufur, tetapi syaitan-syaitan itu yang kufur.  Mereka ajarkan ilmu sihir kepada manusia, dan ilmu yang diturunkan kepada dua orang Mulk di Babil, bernama Harut dan Marut, pada hal mereka berdua tidak mengajar seseorang melainkan sesudah berkata; “kami ini tidak lain melainkan satu percubaan. Lantaran itu, janganlah engkau kufur”. Tetapi mereka belajar daripada dua orang Mulk itu ilmu buat menceraikan antara suami dan isteri nya.  Dan mereka tidak bisa membahayakan seseorang melainkan  dengan izin Allah, tetapi mereka telah belajar apa yang membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat bagi mereka, pada  hal mereka itu tahu, bahawa se nya orang yang menggunakan sihir  itu tidak mempunyai bahagian baik di akhirat, dan alangkan busuknya suatu harga yang dengan itu mereka jual diri-diri mereka, jika mereka tahu.

103. Pada hal jika sesungguhnya mereka beriman dan berbakti, nescaya  adalah ganjaran dari Allah itu terlebih baik, jika mereka tahu.

104. Hai orang yang beriman !   janganlah kamu berkata; “tunggu sembentar” tetapi katalah “berilah tempoh kepada kami” dan dengarlah, kerana adalah bagi orang-orang kafir itu seksaan yang pedih.

105. Orang-orang kafir dari ahli kitab dan  orang-orang musrikin tidak suka bahawa diturunkan atas kamu kebaikan dari Tuhan kami, pada hal Allah memberi rahmatnya atas siapa-siapa yang ia  sukai, kerana Allah itu mempunyai pemberian yang luas.

106. Mana-mana ayat yang kami mansuhkan dia atau kami lupakan dia, kami gantikan dengan yang lebih baik daripadanya atau serupanya. Tidak kah engkau ketahui, bahawa se nya Allah itu amat berkuasa atas tiap-siap sesuatu ?

107. Tidak kah engkau ketahui bahawa se nya Allah lah yang mempunyai kerajaan langit-langit dan bumi, dan kamu tidak mempunyai  pengawal dan penolong selain daripada Allah ?

108. Apakah kamu hendak bertanya kepada Rasul kamu sebagaimana ditanya Musa dahulu dari ini, pada hal barang siapa menukar iman dengan kekufuran, maka sesungguhnya sesatlah ia dari jalan yang lurus ?

109. Kebanyakan dari ahli kitab yang suka hendak memalingkan kamu jadi kafir sesudah kamu beriman, lantaran dengki dari hati-hati mereka sesudah ternyata kebenaran kepada mereka, lantaran itu, ampunkan lah dan biarkan lah hingga Allah unjukkan kekuasaan nya, kerana sesungguhnya Allah  itu amat berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.

110. Dan dirikan lah sembahyang dan keluarkan lah zakat, kerana apa-apa amal baik yang kamu sediakan untuk diri-diri kamu, nanti kamu dapati ganjaran nya  disisi Allah, kerana sesungguhnya Allah itu amat melihat apa-apa yang kamu kerjakan.

 

Sumber;
[]  http://www.facebook.com/groups/knajid2.rocketmail/doc/485890141439727

Following via Twitter;

[] https://twitter.com/AirMahal/status/653016322582818816


,

Comments