Ulasan Surah 67‎ > ‎

Al-Imran 1~200

                                                        [Previous] [Next] [Home]

Al-Imran, dari Ayat 31~40

31. Katalah; “jika kamu cinta kepada Allah, turutlah akan daku, nescaya Allah akan cinta kepada kamu dan ia ampunkan bagi kamu dosa-dosa kamu, kerana Allah itu pengampun, penyayang”.

32. Katakan lah; “hendaklah kamu taat kepada Allah dan Rasul. Sesudah itu, jika kamu berpaling, maka Allah tidak cinta kepada orang-orang yang kafir.

33. Sesungguh nya Allah telah pilih Adam dan Nuh dan keluarga Ibrahim dan keluarga Harun atas sekelian bangsa.

34. iaitu keturunan sebahagian nya adalah dari sebahagian, dan Allah itu yang mendengar, yang mengetahui.

35. ingatlah tetakala perempuan Imran berkata; “ hai Tuhan ku ! sesungguhnya aku telah nazarkan anak yang dalam perut ku ini akan memperhambakan diri kepada mu. Oleh sebab itu, terimalah daripada ku Nur ku, kerana sesungguhnya engkau lah yang mendengar, yang mengetahui”.

36. Maka tetakala ia lahirkan dia, ia berkata; “Hai Tuhan ku ! sesungguhnya aku lahirkan seorang anak perempuan” – pada hal Allah terlebih mengetahui apa yang ia lahirkan, kerana lelaki itu tidak  seperti perempuan – “ dan aku namakan dia Mariam, dan aku lindungkan dia dan keturunan nya kepada mu daripada  syaitan yang terkutuk”.

37. Maka Tuhan terima akan dia dengan penerimaan yang baik, dan ia besarkan dia dengan cara yang baik, dan ia jadikan Zakaria sebagai pemilihara nya. Tiap-tiap hari Zakaria datang berjumpa dia di mihraz,  ia dapati ada makanan disisi nya, maka ia bertanya; “ya Mariam ! dari manakah engkau dapat ini ?” Mariam menjawab; “ iaitu dari Allah kerana sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada siapa yang ia kehendaki dengan tidak berhisab”.

38. Diwaktu itu Zakaria berdoa kepada Tuhan nya, ia berkata; “Hai Tuhan ku ! berilah kepada ku dari pihak mu  keturunan yang baik kerana sesungguhnya engkaulah pendengar doa”.

39. Setelah itu melaikat menyeru dia sedang ia telah sembahayang  di mihraz; “sesungguhnya  Allah mengerangkan mu dengan Yahya yang akan beriman kepada kalimah dari Allah dan akan jadi ketua dan akan terpilihara dari kejahatan dan akan jadi seorang nabi dari  kaum yang baik”.

40. Ia berkata; “Hai Tuhan ku ! bagaimana aku akan dapat seorang anak, pada hal aku telah tua dan isteri ku mandul ?”  Ia berkata; “walau pun bagitu, Allah berbuat apa yang ia kehendaki”.

 

Sumber dari;
[] http://www.facebook.com/groups/363042257060518/doc/437437622954314

Following Twitter;
[] https://twitter.com/pasknajid2/status/657053884796375040



Comments