10 jenis perempuan dengan 10 macam siksaan

Ali karomallahu Wajhah berkata:
'Aku masuk di rumah Nabi S.A.W berserta Fatimah lalu aku mendapatkan baginda sedang menangis tersedu-sedu, kemudian aku berkata:
Tebusan paduka adalah ayahku dan ibuku, hai Rasulullah! apa yang membuat paduka menangis?'

Baginda bersabda:
'Hai Ali! pada malam aku diangkat ke langit aku melihat kaum perempuan dari umatku disiksa di neraka dengan macam-macam siksa, lalu aku menangis kerana begitu berat siksaan mereka yang aku lihat.
Aku melihat perempuan yang digantung dengan rambutnya serta mendidih otaknya
dan aku melihat perempuan yang digantungkan dengan lidahnya sedangkan air panas dituangkan pada tenggorokannya
dan aku melihat perempuan yang benar-benar diikat kedua kakinya sampai kedua payudaranya dan diikat kedua tangannya sampai ubun-ubunnya dan ALLAH mengerahkan ular dan kala jengking untuk menyengatinya.
Dan aku melihat seorang perempuan yang berkepala babi dan bertubuh himar dan ia ditimpakan sejuta siksaan.
Dan aku melihat seorang perempuan berbentuk anjing dan api itu masuk dari mulutnya dan keluar dari duburnya (jalan belakangnya) dan malaikat memukul kepalanya dengan palu-palu besar dari neraka.'

Lalu Fatimah Az-zahra R.A berdiri dan berkata:
'Wahai kekasihku dan kasih mataku! perbuatan apa yang dilakukan oleh mereka hingga ditimpa siksa ini?'

Maka Nabi S.A.W bersabda:
'Wahai anakku! adapun perempuan yang digantung dengan rambutnya kerana ia tidak menutupi rambutnya dari pandangan kaum lelaki (yang lain).
Adapun perempuan yang digantung dengan lidahnya kerana ia telah menyakiti suaminya.
Adapun perempuan yang digantung dengan kedua payudaranya kerana ia telah mempersilahkan (orang lain) untuk menginjak tempat tidur suaminya.
Adapun perempuan yang diikat kedua kakinya sampai kedua payudaranya dan diikat kedua tangannya sampai ubun-ubunnya dan ALLAH mengerahkan ular-ular untuk menggigitnya dan kala jengking untuk menyegatinya kerana ia tidak mandi dari janabat dan haid dan ia mentertawakan solat (meninggalkan solat).
Adapun perempuan yang berkepala babi dan berbadan himar kerana ia ahli mengadu domba dan pembohong.
Adapun perempuan yang berbentuk anjing dan api masuk dari mulutnya dan keluar dari duburnya, kerana ia ahli pengungkap lagi penghasut.
Wahai anakku! celaka bagi perempuan yang tidak berbakti kepada suaminya.
Al-hasil bahawa seorang suami bagi isteri adalah bagaikan ayah bagi seorang anak, kerana taatnya seorang anak kepada ayahnya dan memohon keredaannya adalah wajib, dan seorang suami tidak wajib mentaati isteri.'


3. Keutamaan wanita Sholat di rumahnya.

Sembahyang wanita di rumahnya lebih baik dari sembahyang di masjid nabi.

Diceritakan dari isteri Khumaid As-sa-idiy bahawa ia datang kepada Nabi s.a.w lalu berkata:
'Hai Rasulullah sesungguhnya aku senang menjalankan solat bersamamu.'
Baginda bersabda:
'Aku mengerti bahawa engkau senang menjalankan solat bersamaku, akan tetapi solatmu di tempat tidurmu itu lebih baik daripada solatmu di kamarmu dan solatmu di kamarmu lebih baik dari solatmu di rumahmu dan solatmu di rumahmu lebih baik daripada solatmu di masjidku.'

Rasulullah s.a.w bersabda:
'Sesungguhnya yang lebih disukai solatnya perempuan oleh ALLAH ialah yang dilakukan pada tempat yang amat gelap di rumahnya.'

Rasulullah s.a.w bersabda:
'Sesungguhnya seorang perempuan itu (jika) keluar sedangkan ia tidak mempunyai kerepotan apa-apa, maka syaitan meliriknya lalu berkata:kamu tidak melewati seorangpun kecuali engkau menimbulkan pesona padanya dan sesungguhnya seorang perempuan itu (jika) memakai pakaiannya, maka keluarganya bertanya: kemana engkau hendak pergi? ia menjawab: aku akan menjenguk orang sakit atau mendatangi jenazah atau melakukan solat di masjid padahal tidak ada perempuan yang menyembah Tuhannya yang membandingi pahala jika ia menyembah Tuhannya di rumah.'

Dari Abi Muhammad Asy-syaibaniy bahawa ia pernah melihat Abdullah sedang mengeluarkan perempuan-perempuan dari masjid pada hari Juma'at dan berkata:
'Keluarlah (dari masjid dan pergilah) kerumahmu. Kerana yang demikian itu lebih baik bagimu.'
Diceritakan oleh Ath-thobaroniy di dalam kitab Al-Kabir.


Sebab isteri umat Bani Israil kena laknat.

Diceritakan dari Aisyah R.A :
'Pada suatu ketika Rasulullah S.A.W duduk di masjid, tiba-tiba masuklah seorang perempuan dari suku Muzainah yang memakai pakaian yang terseret-seret di tanah untuk perhiasan pada dirinya di dalam masjid.'
Maka Nabi S.A.W bersabda:
'Wahai manusia laranglah! isteri-isterimu dari memakai perhiasan dan memperindah gaya berjalan di dalam masjid. Kerana sesungguhnya kaum Bani Israil itu tidak dilaknati hingga mereka memberi pakaian isteri-isteri mereka dengan pakaian perhiasan dan mereka berjalan dengan gaya sombong di dalam masjid.'


Perbuatan isteri yang menyamai dosa berzina.

Nabi S.A.W bersabda:
'Siapa saja seorang perempuan yang memakai wangi-wangian kemudian keluar lantas melewati suatu kaum, dengan tujuan agar dapat mencium bau harumnya, maka ia berdosa seperti dosa berzina dan setiap mata yang memandangnya juga berdosa seperti dosa berzina.'


Mengapa ahli neraka ramai wanita?

Rasulullah s.a.w bersabda:
'Aku pernah melihat di dalam syurga lalu aku melihat yang terbanyak ahli syurga ialah orang-orang fakir dan aku juga melihat di dalam neraka lalu melihat yang terbanyak ahli neraka ialah perempuan-perempuan. Demikian itu kerana kurang baktinya kepada Allah dan kepada suami mereka serta kebanyakan mereka menghias diri seindah-indahnya (berkelebihan jika hendak keluar rumah).'

'Tabarruj adalah apabila seorang perempuan hendak keluar dari rumahnya, maka ia memakai pakaian yang terbagus serta yang memperindah gaya berpakaian dan mempercantik diri dan keluar untuk membuat manusia lain terpesona terhadap dirinya. Dan jika ia selamat/tidak terjadi gangguan apa-apa pada dirinya, maka manusia(yang melihatnya) tidaklah mudah selamat dari godaan perempuan tadi.'


Wanita itu aurat!

Dan kerana hal ini, maka Nabi s.a.w bersabda:
'Seorang perempuan itu aurat(tercela bagi perempuan yang terang-terangan dihadapan lelaki lain). Oleh kerana itu jika ia keluar dari rumahnya, maka ia dilirik oleh syaitan(untuk disasarkan).'
Dan lebih dekatnya perempuan di sisi Allah adalah jika ia berada di rumahnya. Dan dalam riwayat lain:
'Seorang perempuan itu aurat kerana itu kekanglah mereka dirumah sebab seorang perempuan itu jika keluar menuju jalan lalu bertanyalah keluarganya kepadanya: kemana kamu hendak pergi? Dia menjawab: Aku akan menjenguk orang sakit dan mendatangi jenazah. Maka syaitan tak henti-hentinya menggoda perempuan tadi hingga ia menampakkan lengannya dan ia tidak mencari keredaan Allah sebagaimana jika ia berada di rumahnya dan menyembah Tuhannya dan berbakti kepada suaminya.'


Keluar rumah tanpa izin suami dosa besar.

Termasuk dosa besar adalah seorang perempuan yang telah bersuami keluar dari rumahnya tanpa seizin suaminya, biarpun dia keluar kerana kematian salah seorang dari kedua orang tuanya.


Comments