Halaman Utama


                                                                              
                                                                                                                               SMK LOHAN RANAU, SABAH
Selamat datang kepada para pelawat.

Pada usia 27 tahun penubuhannya, SMK Lohan telahpun melahirkan ribuan pelajar yang kini menjadi sebahagian daripada masyarakat awam dan tidak kurang yang telah menjadi pemimpin dalam organisasi awam dan swasta. Sepanjang penubuhannya juga, sekolah ini telah mencipta pelbagai kejayaan di semua peringkat. Pengetua, para pentadbir, guru-guru dan kakitangan yang silih berganti telah berjaya memacu sekolah ini merealisasikan hasrat dan falsafah yang dimanifestasikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Kini di bawah pentadbiran seorang pengetua yang sangat berpengalaman, SMK Lohan berhasrat untuk terus maju ke hadapan.

Seiring dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), laman web SMK Lohan ini merupakan salah satu usaha untuk mengetengahkan SMK Lohan ke gerbang digital bagi menyahut tuntutan teknologi terkini. Selain memaparkan maklumat am sekolah, laman web ini turut memuatkan berita semasa atau aktiviti yang berlaku di sekolah. Laman web ini akan terus dimurnikan dari masa ke semasa. Semoga SMK Lohan akan terus maju jaya seiring dengan slogan keramat kami  'SMK LOHAN NO. 1!'

Terima kasih.