Al-Imran 1~200

                                                             [Previous] [Next] [Home]

AL-IMRAN, dari Ayat 1~10
Dengan Nama Allah, Pemurah, Pengasih.

1. Alif, Lam, Mim.

2. Allah itu, tidak ada Tuhan melainkan dia, yang hidup, yang berdiri dengan sendirinya.

3. Ia turunkan kitab kepada mu dengan membawa kebenaran, pada hal menyetujui nya isi kitab-kitab yang ada dihadapan nya, dan ia turunkan Taurat dan Injil.

4. Lebih dahulu, sebagai pertunjuk bagi manusia, dan ia turunkan kitab-kitab. Sesungguhnya orang-orang yang kufur kepada ayat-ayat Allah, adalah bagi mereka azab yang sangat, dan Allah itu yang maha kuasa, yang mempunyai seksaan yang pedih.

5. Sesungguhnya Allah itu, tidak tersembunyi  atasnya sesuatu apa pun, tidak dibumi dan tidak dilangit.

6. Ialah Tuhan yang merupakan kamu didalam kandungan-kandungan sebagaimana ia kehendaki, tidak ada Tuhan melainkan dia, yang maha kuasa , yang bijaksana.

7. Ialah yang telah turunkan kitab kepada mu, sebahagian  daripada nya adalah ayat-ayat yang menghukum, iaitu ibu-ibu bagi kitab, dan yang sebahagian lain adalah ayat-ayat yang samar.  Ada pun orang-orang yang dihati-hati nya ada kesesatan, mencari-cari apa yang samar daripadanya, kerana hendak membuat fitnah dan kerana hendak mengtakwil akan dia, pada hal tidak mengetahui takwil melainkan Allah, dan orang-orang yang jijik didalam ilmu berkata; “kami beriman kepadanya, kerana semua itu dari Tuhan kami”.  Dan tidak mengerti melainkan orang-orang yang mempunyai fikiran.

8. “Hai Tuhan kami ! janganlah engkau gelincirkan hati-hati kami sesudah engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurnia kan lah rahmat daripada mu bagi kami, kerana sesungguhnya engkau lah yang amat mengurnia”.

9. “Hai Tuhan kami !  sesungguhnya engkau lah pengumpul manusia dihari yang tidak ada syak pada nya” sesungguhnya Allah itu tidak menyalahi janji.

10. Sesungguhnya orang-orang yang kafir itu, harta-harta mereka dan anak-anak mereka, tidak akan dapat melepaskan mereka daripada hukuman Allah sedikit jua pun, dan mereka itu ialah bakaran neraka.

 

Sumber dari,
[FB] https://www.facebook.com/groups/195052713929550/permalink/695632683871548

Following Twitter,
[Tw] https://twitter.com/laburinternet2/status/656290362361688064




Comments