Cara suling minyak
Cara suling untuk dapatkan minyak dari tumbuhan dan buah-buahan

 

Baiklah adik-adik semua, kali ini Abg Bijakbudget nak tunjukan cara bagaimana nak suling minyak, iaitu mengeluarkan minyak dari bunga-bungaan, buah-buahan, sayuran, bijirin, rempah ratus dan kayu.

Sebenarnya abg nak bantu adik-adik semua untuk berfikiran kreatif dan berani melakukan sesuatu yang asing bagi orang melayu tapi telah lama dibuat oleh orang lain.  Sebab dari sumber alam amat banyak peluangnya.

Sebagai contoh kita nak keluarkan minyak dari bunga melur, tanjung, bunga raya, dan berbagai-bagai jenis bunga lagi. Atau buah-buahan seperti nangka, cempedak, betik, kelapa sawit, epal dan berbagai-bagai lagi. Senang sahaja jika kita tahu caranya. Minyak yang baru di suling ini dipanggil minyak Essential oil.

Sebelum kita pergi jauh, terlebih dahulu di ingatkan sebahagian tumbuhan ada mengandungi RACUN oleh itu hati-hati kalau anda nak suling pastikan dari tumbuhan yang boleh dimakan sahaja.

Potensi dalam industri suling minyak ini sangat besar, sebab orang kita hampir dengan pertanian, jadi sumber bahan mentah mudah didapati contohnya serai, pudina, jagung, buah-buahan dan lain-lain. Hasil minyak ini boleh kita kumpul-kumpulkan untuk guna sendiri atau jual.

Potensi kedua ialah membuat alat suling sendiri, kosnya murah dan dapat dijual dengan mudah sebab alat ini(kegunaan dirumah) susah untuk dicari dalam pasaran dan memang tak ada. Kalau adapun hanya alat radas makmal atau dapur besar untuk industri. Sesiapa yang mula dahulu dialah yang akan dapat, sebab alat ini sangat diperlukan.

Jika boleh abg mintalah adik-adik buat sendiri, jangan tempah sebab kalau semua nak senang bila minda nak berkembang. Ok, ini adalah asas alat suling:

1. Air dipanaskan dengan api kemudian air mengelegak lalu membentuk wap, wap air akan naik lalu masuk ke saluran, kemudian bertukar semula menjadi air lalu menitik kedalam gelas tadahan. 

WATER IN(cold water) ialah memasukkan air sejuk supaya saluran dapat disejukkan, apabila wap panas terkena sejuk ia akan bertukar semula menjadi air.

Inilah konsep asas penyulingan, anda juga boleh gunakan teknik ini untuk menyuling air sungai atau perigi yang keruh supaya dapat air jernih dan bersih dari sebarang kotoran serta boleh diminum. Dinegara arab air laut disuling untuk mendapatkan air tawar yakni proses penyulingan dapat memisahkan garam dan air. 

Cara suling untuk dapatkan minyak adalah berbeza sedikit, iaitu tumbuhan berada di bahagian atas:

Wap air akan naik keatas untuk memanaskan tumbuhan, tujuan tumbuhan diasingkan dari air ialah supaya minyak dalam tumbuhan dapat suhu yang lebih panas, takap lebur air bertukar menjadi wap ialah 100 darjah cescius, tapi tahap suhu minyak 120 darjah celcius, sebab itulah ia diasingkan. Diakhir keputusan setelah pemanasan ini kita akan dapat air dan minyak akan terhasil dalam gelas tadahan, air dibawah dan minyak diatas. Inilah sahaja asas cara penyulingan minyak. Teknik ini ditemui oleh saintis islam dizaman kerajaan Abbasiah baghdad.

=============================

Dibawah ini pula gambarajah konsep yang sama tetapi disesuaikan untuk dapur yang besar.

Dan ini pula ialah gambar dapur suling minyak pokok gaharu dimalaysia.

http://seriratnaherbsgarden.blogspot.com/

====================================

Baiklah sekarang apa yang nak dibicarakan ialah cara membuat dapur yang mudah alih, belum ada lagi di malaysia.  Untuk kegunaan suri rumah buat minyak sendiri, konsepnya seperti ini kecil, mudah alih dan mudah dijual. 

Cara membuatnya.

1. Menggunakan kepingan stainlessstell atau copper, buat dulu dengan tangan. Mula-mula memang tak cantik kemek sana-sini. Lama-lama skill akan bertambah, gunakan teknik acuan. Untuk sambungkan anda boleh joint guna welding yang murah, cairkan dulu 10 gram stainlessstell dengan api welding, kemudian sapukan ketempat yang mahu diwelding. Gunakan welding yang digunakan oleh tukang emas atau yang bersesuaian. Atau gunakan teknik joint skrew seperti dibawah.

Sekian selamat mencuba, kalau siap jangan lupa bagitau, saya tempah satu.